Ini khabar yang baru Khairul terima. Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Hussien Abu Hassan telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi tadi di wad nefrologi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau telah dimasukkan ke sejak 20 Ogos lalu akibat mengalami komplikasi buah pinggang.
Beliau yang terkenal dengan watak laksamana Pasola di dalam filem Laksaman Do, Re, Mi meninggalkan balu seniwati Mahyon Ismail, 65, tiga orang anak Dilla (penulis skrip), 44, Fairuz (penyanyi), 42 dan Faizal (pelakon), 40 dan empat cucu hasil perkahwinan ketiga-tiga anak mereka - Natrah (Ayang), 24, Marlissa (12) dan Syarifudin (11) dan Fazryn, dua tahun.
Jenazah beliau sudah ditempatkan di rumahnya di Gombak Setia dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota selepas zuhur ini.
Dunia perfileman melayu telah kehilangan satu permata yang cukup berharga. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Sunday, November 25, 2007
Hussin Abu Hassan Meninggal Dunia
Posted by Paku Neraka at 11:07 PM 0 comments
Labels: Berita terkini, Selebriti Malaysia
Lelaki Tak Berguna!
Hello sayang...
kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi...
janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang.....
walaupun muka abg ni agak macho dan comel....
janganlah sayang jeles kat abg kalau2 ada awek lain yang asyik pandang2 dan senyum2 kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...
Apa......tak muat.....???
kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi...
apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau....
duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok2 abg bayarla balik kat sayang.....
sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit..
tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg....
RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit....
tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh....
Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi...
tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman..
tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana....
maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......
Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la...
abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh.....
soksek..soksek...masa sayang gi toilet..
tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!!
tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh???
udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...
Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee...
abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik....
sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu...
Hehehehe .. henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg.........
Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh......
abg ingat la kan...
cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la.....
pasal tu la tiket dah abis.....
lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu...
kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok2.....
bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi....
buat apa nak beli baru kannn...
tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks.....
ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....
buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap2 lagi....
jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje....
sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh....
sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...........
lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye...
bukan apa......Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii....
motor kapcai abg pun tak camni.......
okeyla sayang......dah cakap lama ni......
jgn lupa top up kan prepaid abg nii......
esok2 senang abg nak call sayang lagi..........
bye-byee....
-------------------------------------------------------
mcm tak guna je lelaki ni
Posted by Paku Neraka at 12:04 PM 0 comments
Labels: Lawak
Telur Separuh mASak
ojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke
klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka
membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang badan
anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur
separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia
melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah kau", kata emaknya
Credit by isuhangat
Posted by Paku Neraka at 12:03 PM 0 comments
Labels: Lawak
Manusia Antara Dua Tangisan
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat risiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.
"Tiada sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni Syurga; penghuni-penghuni Syurga itulah orang-orang yang beruntung"
(Al- Hasyr: ayat 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita
Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............
Wallahu a'lam...
Posted by Paku Neraka at 12:03 PM 0 comments
Labels: al-Hidayah
Soal JawabSin Chan dan Guru
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
 Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*
Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, iahanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!
Posted by Paku Neraka at 11:59 AM 0 comments
Labels: Lawak
Rakyat Malaysia raja syabu Asia
Berkas Raja Syabu Asia
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang dianggap 'Raja Syabu Asia' diberkas polis Filipina selepas dikesan membina kilang dan makmal memproses dadah jenis syabu terbesar di negara itu. Syabu atau dikenali dengan jolokan 'kokain untuk penagih dadah miskin' dipercayai tidak sekadar diedarkan suspek untuk pasaran gelap dalam negara itu, malah diseludup ke China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Singapura dan Malaysia.
Difahamkan, suspek diberkas polis antinarkotik Filipina yang melakukan serbuan di dua rumah di daerah Barangay Pangsawitan dan Pangsanjan di selatan Manila, Rabu lalu. .
Suspek terbabit, Chin Soon Goon, 46, diberkas bersama seorang rakyat Singapura berusia 30 tahun dan dua rakyat China berusia 54 dan 36 tahun, selain tiga suspek warga Filipina.
Sumber polis Bukit Aman berkata, suspek dan rakannya disyaki ahli sindiket dadah antarabangsa yang aktif dalam pengedaran besar-besaran dadah jenis syabu (methampethamine hidroklorida) dari Filipina ke negara lain di Asia.Maklumat itu diperoleh berdasarkan kemudahan tiga makmal syabu yang ditemui selain sejumlah besar dadah yang dirampas bernilai jutaan dolar Amerika.
Dalam operasi jam 10 pagi itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) menyerbu kawasan rumah teres dua tingkat itu sebelum memberkas semua suspek.
Siasatan menemui botol berisi cecair asid hidroklorida, sodium hidroklorida, barium sulfat, sodium acetate dan cecair kimia lain yang digunakan khas untuk memproses syabu.
"Ketika diserbu, semua suspek sibuk memproses syabu manakala seorang anggota sindiket warga China bertanggungjawab menyelia alatan khas untuk memasak syabu.
"Selain itu, serbuan turut dilakukan di sebuah rumah berhampiran resort di sungai Pagsanjan yang digunakan ahli sindiket sebagai tempat memproses dan mengeringkan syabu.
"Melalui maklumat, pihak berkuasa negara terbabit sudah mula menjalankan risikan terhadap aktiviti sindiket dadah itu sejak enam bulan lalu. Malah ia dikesan sudah beberapa kali menjalankan urus niaga penyeludupan dadah ke luar negara," katanya.
Polis negara terbabit sebelum ini pernah merampas syabu bernilai lebih AS$5 juta di sebuah gudang di bandar San Pedro, Filipina, tiga bulan lalu tetapi gagal memberkas suspek.
Maklumat siasatan mendapati suspek warga Malaysia itu pernah dikesan membina makmal dadah sama di Malaysia dan China.
"Seorang rakannya, warga China dikenali sebagai Chai sebelum ini pernah diberkas di Malaysia pada 2004, namun berjaya melarikan diri ketika dihantar pulang ke Fuzhou, China. Suspek kemudian menggunakan sekurang-kurangnya tujuh nama di Filipina," katanya.
Suspek rakyat Malaysia terbabit dan rakan warga China itu amat dikehendaki Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC).
"Dia turut dipercayai sebagai individu bertanggungjawab menyeludup 1.7 tan syabu ke Malaysia dan China pada 2004," katanya.
Peningkatan permintaan syabu selain Ecstacy di Asia dipercayai mempunyai kaitan dengan penyusutan bekalan candu dari kawasan Segitiga Emas di sempadan Thailand, Laos, Myanmar dan Vietnam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, ketika dihubungi Harian Metro semalam, mengesahkan penangkapan suspek rakyat Malaysia terbabit.
Menurutnya, lelaki itu dikehendaki di Malaysia berikutan pernah bergiat dalam sindiket pengedaran syabu di ibu kota.
"Dia sangat dikehendaki polis dan pernah ditahan di Semenyih atas kesalahan sama," katanya.
Difahamkan, pada April 2004 lelaki terbabit membina makmal memproses dadah berkenaan dan menggunakan khidmat dua pakar kimia asing bagi menguasai pasaran Asia Tenggara.
Namun, perbuatannya terbongkar apabila sepasukan polis menyerbu makmal sindiket itu di Kawasan Perindustrian Villa Raya, Batu 18, Kajang.
Hasilnya, polis merampas dua tan syabu mentah bernilai hampir RM2 juta yang ditaksirkan mencukupi untuk bekalan setahun di seluruh Asia Tenggara.
Dalam serbuan serentak di sekitar Lembah Klang dan Fu Jian, Shanghai, China, pihak berkuasa kedua-dua negara menahan 26 lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 45 tahun, dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Seramai 15 orang daripada mereka ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang termasuk dua rakyat tempatan.
Turut dirampas ialah dua pistol, 15 peluru hidup, wang tunai, empat kenderaan termasuk dua kereta mewah, pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah.
Sumber Harian Metro
Posted by Paku Neraka at 11:57 AM 0 comments
Labels: Info Hangat, Informasi
Penipuan SPR terbukti!!
Berapa agaknya umur minimum rakyat Malaysia untuk dia boleh daftar untuk mengundi?
Berapalah agaknya umur tuan punya IC di bawah:
991214740101
981109610031
981231081137
890520610089
961231742099
910815750017
Ada ke idak nama dia dalam daftar pengundi? Jeng jeng jeng jeng....
http://daftarj.spr.gov.my/ daftar.asp
Sudahkah baby anda daftar mengundi?
Dato' SD, kod negara apa itu 74, 61, dan 75?
Posted by Paku Neraka at 11:52 AM 0 comments
Labels: Info Hangat, Isu Hangat, Politik
Kenapa Doaku tidak diterima?
kenapa doaku tidak diterima?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya:
"Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.
Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)
Posted by Paku Neraka at 11:51 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah
Wahai muslimin dan muslimat! Beringatlah!
ahai Muslimin dan Muslimat…BERINGATLAH!!
Hari qiamat sudah semakin hampir….. tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6….tidak lebih daripada itu.
Wahai Muslimin Muslimat !!
Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat…. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH…
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya…
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan *vavi* (setelah mati)”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi”
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
Zakat dijadikan hutang
Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
Anak derhaka terhadap ibunya
Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak sudah diminum secara berleluasa.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wahai Muslimin Muslimat…. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!
KEMBALILAH KEPADA ISLAM….JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!
Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??
Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!
TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH…apa yang kalian dah buat??
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim….memang muka tak malu!!
Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!
Bagi para Muslimin…DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH….Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu….DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.
TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.
p/s: copy from my email
Posted by Paku Neraka at 11:50 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah
Kapal mAksiat
Credit by harian metro
GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi beragama Islam mendapat lesen besar untuk melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.
Inilah ‘kemudahan’ yang ditawarkan sebuah kapal persiaran mewah yang beroperasi dari pelabuhan negeri ini dengan perkhidmatan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam bagi pelayaran sepanjang 11 jam.
Difahamkan, kapal yang membuat pelayaran dikenali ‘Island Trip’ (Pelayaran Pulau) itu mempunyai lesen sah tetapi yang dikesalkan ialah perkhidmatan dan aktiviti perjudian serta maksiat disediakan di atasnya turut dibuka kepada orang Islam.Hasil pengalaman wartawan Metro Ahad menaiki pelayaran berkenaan selepas mendapat aduan daripada orang ramai, dapat dirumuskan ‘Island Trip’ lebih kepada satu platform untuk kegiatan judi dan maksiat bebas daripada kawalan pihak berkuasa dan bukan khidmat pelancongan sebenar.
Pada mulanya penumpang akan menaiki sebuah bot laju dan dibawa ke kapal berkenaan yang berlabuh kira-kira setengah batu nautika dari pantai pulau ini.
Sebaik tiba di atas kapal, penumpang diminta menyerahkan kad pengenalan dan pasport untuk aspek keselamatan sebelum dibawa menjamu hidangan makan malam di restoran di tingkat lima kapal berkenaan.
Kapal sepanjang kira-kira 200 meter dengan lebar 30 meter dan mempunyai seramai 100 kru pelbagai negara itu kemudian dikatakan bergerak ke perairan antarabangsa.
Tinjauan mendapati di sebalik ada tanda amaran supaya umat Islam tidak memasuki kasino di luar premis berkenaan, namun pengawal keselamatan dan kakitangan bertugas hanya mengambil sikap ‘pejam mata’.
Malah, pemantauan mendapati kira-kira 25 peratus daripada 400 penumpang kapal itu adalah orang Islam dengan sebahagian besar mereka ligat mempertaruhkan nasib di kasino.
Kasino dipercayai memberi pendapatan terbesar kepada kapal itu kerana setiap pelanggan diberikan kupon RM20 percuma seolah-olah galakan penumpang berjudi.
Ini menyebabkan ramai umat Islam mengambil kesempatan berjudi berikutan undang-undang yang ketat di Malaysia dengan umat Islam tidak dibenarkan memasuki kasino di Genting Highlands.
Kasino di tingkat dua kapal itu memiliki 15 meja pertaruhan. Ia membabitkan permainan ‘Banker & Player’, ‘Roulette’ dan ‘Black-Jack’.
Selain itu, di tingkat dua dan lima kapal berkenaan turut menempatkan kira-kira 100 mesin jackpot di tempat terbuka dengan sesiapa saja boleh bermain. Malah, di papan kenyataan kasino mengenai pemenang jackpot sepanjang minggu lalu, dua nama orang Islam tertera di situ.
Bagaimanapun, berbeza dengan mereka beragama lain yang gambar mereka terpampang di dinding berkenaan, umat Islam yang menang jackpot antara RM18,000 hingga RM25,000 itu tidak ada gambar mereka.
Bagi pelayaran malam, kasino itu dibuka kira-kira jam 11 malam, iaitu sejam selepas pelayaran. Ia dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang cukup ketat bagi memantau pergerakan penumpang selain kakitangan kapal juga menggunakan walkie-talkie.
Malah, penumpang juga dilarang merakam gambar sama ada menerusi kamera atau kamera telefon bimbit di dalam kasino atau sudut jackpot.
Selain kasino dan jackpot, ruang arked permainan video di tingkat lima kapal itu turut menempatkan lima mesin slot kuda yang diharamkan di Malaysia dengan polis menggempur aktiviti perjudian haram itu secara besar-besaran tiga tahun lalu.
Selain aktiviti perjudian, kapal itu turut menyediakan khidmat urutan berharga RM66 untuk setiap 45 minit. Empat wanita Thailand berusia dalam lingkungan awal 20-an didapati bekerja di premis berkenaan.
Siasatan kemudian mendapati wanita terbabit menawarkan juga perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200. Bagaimanapun, `perkhidmatan tambahan’ itu dipercayai dilakukan secara persendirian tanpa ada kaitan dengan kapal itu.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penumpang kapal itu, ‘tarian bogel’ turut disediakan pada malam tertentu. Bagaimanapun, ketika wakil akhbar ini menaiki kapal itu, pertunjukan lucah itu tidak diadakan sebaliknya hanya ‘sexy show’ dengan penari agak seksi.
Kapal itu turut menyediakan bilik dengan kadar bayaran RM60 untuk sepanjang pelayaran dan bilik rehat (RM15) untuk mana-mana penumpang melelapkan mata sekiranya penat atau mengantuk.
Bilik berkenaan dipercayai mendapat sambutan hangat daripada pasangan bercinta di kalangan orang Islam untuk melakukan maksiat tanpa perlu berasa bimbang serbuan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).
Difahamkan, pada hujung minggu, tempahan bilik perlu dibuat lebih awal berikutan permintaan tinggi.
Antara kemudahan lain disediakan termasuk refleksologi, salun, bilik tayangan filem, kedai cenderahati serta bistro yang beroperasi 24 jam untuk menikmati hiburan.
Tinjauan mendapati kebanyakan penumpang dewasa berusia antara 20-an hingga 60-an dengan kebanyakan ‘warga emas’ banyak menghabiskan masa di kasino.
Bagaimanapun, bagi pasangan muda, mereka hanya kelihatan ketika mula menaiki kapal dan kemudian waktu bersarapan sebelum pulang.
‘Pelindung’ operasi
GEORGETOWN: Alasan beroperasi di perairan antarabangsa dan tidak mengeluarkan sebarang dokumen hitam putih, termasuk resit kepada penumpang dipercayai menjadi ‘pelindung’ kapal persiaran mewah mampu bertahan sejak lima tahun lalu tanpa operasi mereka diganggu.
Ini kerana operasi kapal berkenaan hanya tersebar di kalangan kaki judi dan maksiat yang bimbang melakukan kegiatan mereka di dalam negara berikutan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.
Seorang pekerja industri yang hanya dikenali sebagai Didy, 45, mengaku ramai rakannya sering membawa teman wanita mereka menaiki bot berkenaan untuk ditiduri kerana selamat tidak ditangkap khalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam (JAI).
“Kewujudan kapal ini mungkin agak asing kepada kebanyakan orang, tetapi bagi ‘kaki judi'’ dan ‘kaki betina’ memang ini tempat kesukaan mereka. Memang tak akan kena tangkap basah.
“Kalau tak ada ‘girlfriend’, mereka akan main judi kerana bayaran untuk naik kapal ini bukannya mahal cuma RM60 pagi dan RM70 malam,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengaku sukar mengambil sebarang tindakan terhadap umat Islam yang dilaporkan melakukan maksiat termasuk berjudi di atas kapal persiaran.
Ketua Unit Penguatkuasanya, Faizal Ibrahim, berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan kerana sukar untuk mendapatkan sebarang bukti yang menunjukkan golongan itu berbuat demikian.
Menurutnya, pelbagai andaian boleh ditafsirkan sama ada kehadiran umat Islam di atas kapal berkenaan semata-mata untuk bercuti atau sebaliknya kerana pergerakan mereka sukar dikesan.
Katanya, lebih merumitkan kawalan keselamatan yang terlalu ketat oleh pihak pengurusan kapal akan menimbulkan kesulitan kepada penguat kuasa agama untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana individu.
“Sama ada umat Islam berjudi atau melakukan maksiat sukar untuk dikenal pasti kerana segala aktiviti berkenaan didakwa berlaku di perairan antarabangsa.
“Setakat ini, Jaipp belum menerima laporan tetapi tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka melakukannya di perairan negara mengikut enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996,” katanya.
cam cite omputih la pulak!
Posted by Paku Neraka at 11:47 AM 0 comments
Labels: Isu Hangat
Friday, November 23, 2007
Teka-Teki
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"..
Posted by Paku Neraka at 12:42 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah
Cerita Kelakar
Kaya 7 keturunan
Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".
Anjing Tak garang
Seorang pemuda melihat seekor anjing sedang berbaring di sebelah seorang tua yg sedang duduk membaca akhbar.
“Apakah anjingmu garang?”, tanya pemuda tersebut
“Tidak”
Tapi ketika si pemuda mencoba membelainya, si anjing dengan ganas menerkam tangannya dan mengigitnya hingga hampir putus”
“Hei! Kamu bilang anjingmu tidak garang!”
“Memang tidak. Itu bukan anjing saya”
Tidak boleh kentut
Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.
Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.
Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.
Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.
Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.
Keesokan harinya anaknya datang melawat.
“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.
“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”
“Masalah apa Pak?”
“Mereka tidak mengizinkan saya kentut di sini”
Posted by Paku Neraka at 12:41 AM 0 comments
Labels: Lawak
Thursday, November 22, 2007
Wednesday, November 21, 2007
Forum Lucah Malaysia
Bilakah agaknya pihak polis/kerajaan/media akan membongkar isu ini?, di bawah ini aku sertakan salah satu info utk siasatan:
Admin Web lucah:
Nama laman: 18sx
Sebenarnya aku ada nama penuh dia dan akaun maybank dia tapi da hilang.Siapa yang ada info pasal dia tolong tinggalkan komen anda dibawah.
Web ini benar2 menghina islam, mereka mencampuradukkan bahan2 agama & bahan2 lucah,
kebanyakkan gambar2 atau video lucah org melayu sendiri!
Posted by Paku Neraka at 10:33 PM 0 comments
Labels: Bodoh, Isu Hangat, Malaysia dan Melayu Boleh
Pil Chi Kit Teck Aun
Pelik ,.... di manakah pakar2 syarikat IKS Melayu Bumiputra
tyang mengusahakan Herba ?
Sampai bila kita masih mengharapkan ubat sakit perut
Pil Chi Kit Teck Aun cap Burung dan Menara Kuil?
Sampai bila perut anak kita disapu dengan Minyak Yu Yii
cap Limau ???
Apakah kandungannya ?/??
Kalau tak silap,.. dua2 ubat tu tak ada logo halal
Posted by Paku Neraka at 10:11 PM 0 comments
Labels: Isu Hangat
kepada yang ada yahoo messenger
Mesej dari sahabat,
kepada sumer org yg ade ym, tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_97@yahoo.com, die cuba nak murtadkan org Islam.
Posted by Paku Neraka at 10:10 PM 0 comments
Labels: Isu Hangat, pengumuman
Nak baby
Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.
"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang... "Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri. "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!
Posted by Paku Neraka at 10:08 PM 0 comments
Labels: Lawak
Makan Malam Suami (18 sx)
Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..
Suami : "Ema.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata "inilah sarapan pagi abang"
Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..
Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan
mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"
Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..
lalu betanya..
Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam bang!"
Posted by Paku Neraka at 10:06 PM 0 comments
Labels: Lawak
Cewek Era Komputer
HARD-DISK Girls: Cewek jenis ini akan mengingat semua hal, SELAMANYA
RAM GIRLS: Cewek jenis akan langsung melupakan mu, pada saat kamu melepaskannya.
WINDOWS Girls: Semua tahu cewek jenis ini tidak dapat melakukan semua dengan benar, tapi kita tidak dapat hidup tanpanya.
INTERNET Girls: Biasanya susah di akses, dan mudah putus hubungan (Disconnected)
SERVER Girls: Selalu sibuk bila kita membutuhkannya
MULTIMEDIA Girls: Cewek jenis ini bisa membuat hal buruk menjadi indah
E-MAIL Girls: Setiap sepuluh kalimat yang diucapkannya, delapan kalimat adalah bohong
VIRUS Girls: Cewek jenis ini bila kita tidak memerlukannya dia datang, dia meng-Install dirinya dan menggunakan semua sumber sumber yang ada. Jika kita berusaha meng-Un-install, kita akan kehilangan semuanya, Jika kita tidak berusaha untuk meng Un-Installnya, maka kita pun akan kehilangan juga…
....
Kalo FLASH DISK Girl? Type yang memuat dan menerima segala jenis pria
Posted by Paku Neraka at 10:05 PM 0 comments
Labels: Lawak
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAWAT
Assalamualaikum dan salam cyber kepada semua pelawat yang sudi melwat blog aku ni!!
Sori semenjak dua menjak ni blog aku kurang aktif..sbb busy...tak ada masa nak update...sorry sangat...! aku akan berusaha update lepas ni....SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI...
Sekian!
Posted by Paku Neraka at 9:59 PM 0 comments
Labels: pengumuman
Friday, November 2, 2007
Petua² untuk hati
Petua2 mengubati sakit
Petua-Petua Yg Dpt Anda Sumer Amalkan
MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.
MENURUNKAN DARAH TINGGI
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
Makanlah biji buah Peria atau
Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
DEMAM BIASA
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
Minumlah air rebusan bunga melor.
SAKIT KEPALA
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
Makanlah daun pokok Peria atau
Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
SENGAL SENDI
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
SELSEMA
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
SUARA SERAK
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
BATUK/LELAH/SEMPUT
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
minumlah rebusan akar pokok melor atau
Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
SAKIT GIGI
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau
Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
BENGKAK GUSI
Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
GUSI BERDARAH
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.
DEMAM CAMPAK
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya akan keluar atau
Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari
Posted by Paku Neraka at 10:15 AM 0 comments
Labels: Tips Dan Petua, Tips Kesihatan
Pelbagai Petua
Petua-Petua Yg Dpt Anda Semua Amalkan
Petua Menyihatkan Rambut
Rambut adalah sebahagian daripada anggota kecantikan manusia. Kerana itu, ia perlu dirawat agar sentiasa subur dan terpelihara. Justeru, pengetahuan mengenai masalah rambut perlu ada bagi mendapatkan rambut yang sihat dan bermaya.
Read more...
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.
Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.
Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan
bahan-bahan tersebut.
Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.
Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan
klorin.
Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.
Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.
pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala
orang dewasa.
Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.
Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang.
Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.
Posted by Paku Neraka at 10:12 AM 0 comments
Labels: Tips Dan Petua, Tips Kesihatan