Pendapat aku di sini,beliau sungguh bapok.Ape pendapat anda semua?
Credit to alalalan.com
Saturday, May 31, 2008
Noh Hujan
Posted by Paku Neraka at 9:21 PM 0 comments
Labels: Selebriti Malaysia
Friday, May 30, 2008
Abonation Sound
Jom layan sound dorang yang agak harmony! Cheers!
Posted by Paku Neraka at 11:45 AM 0 comments
Labels: muzik
tukar link address
Salam kepada semua pelawat blog ni.
Blog ni akan bertukar link.Tetapi tidak dapat dipastikan nama tersebut dan akan diberitahu kelak.Sekian
Posted by Paku Neraka at 10:55 AM 0 comments
Labels: pengumuman
Jin dan cokenya!
Gambar ni agak menarik bagi aku.Kawan aku edit.Amacam?
Pada korang yang nak knal beliau sila g ker myspace beliau di
http://myspace.com/muzikzmania
Posted by Paku Neraka at 9:53 AM 0 comments
Labels: gambar hangat, Lawak
ANWAR SAID:EZAM GAVE UP WITH PKR STRUGGLE.
PKR's de facto leader Anwar Ibrahim today said that his former political secretary Ezam Mohd Nor re-joined Umno on his own personal wish after having long discarded the PKR struggles.
P/S:HE THINK HE'S SO GOOD?
Posted by Paku Neraka at 8:27 AM 0 comments
Labels: Politik
Bush dan google
Lawak #11: Bush Memandu
Lawak #12:
Siapa manusia paling gagal menurut Google
Posted by Paku Neraka at 3:18 AM 0 comments
Labels: Lawak
Kentut punye hal! Ke liang lahad ko!
Layan je! haha
Moral Value:Jgn kentut ketika dalam peperangan.Hahaha
Posted by Paku Neraka at 3:17 AM 0 comments
Labels: Lawak
Haiwan ape tu?
pada satu petang yang indah berlaku lah satu perbualn antara abang dan adik.
Adik=haiwan ape ni bang(suara manja)
Abang=babi
Adik=haiwan ape bang
Abang = babi
Adik = haiwan ape bang
Abang = babi
Adik = haiwan ape bang
Abang = haiwan babilah,babi.babi tul adik aku ni
moral jangan mempermainkan orang dengan menanye soalan banyak kali
Posted by Paku Neraka at 3:01 AM 0 comments
Labels: Lawak
Umno akan terus kucar-kacir sehingga Disember - Mohd Sabu
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Umno-BN dijangka akan terus mengalami pergolakan dan perpecahan sehingga Disember ini.
Pandangan tersebut dilontarkan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada Harakahdaily dekat sini ketika memberikan penjelasan berhubung kenyataan mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim yang memohon maaf kepada Suruhanjaya Pilihan Raya semalam.
"Umno akan terus begini sehingga Disember apatah lagi selepas pemilihan dan pelantikan pucuk kepimpinan akan datang," katanya.
Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya kerajaan bertukar tampuk kepimpinan kepada Pakatan Rakyat.
Bahkan katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan meneruskan siri serangan beliau menerusi satu program ucaptama yang akan berlangsung di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada jam 9 pagi esok.
Mengulas mengenai kembalinya Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor semula ke pangkuan Umno, Mohamad yang merupakan Pengerusi Mobilisasi Demokrasi berpendapat ia tidak akan banyak mengubah keadaan dalaman Umno yang telah sedia kucar-kacir.
"Tindakan Ezam tersebut merupakan pilihan beliau secara peribadi, cuma yang saya kurang pasti sekarang adalah sama ada prinsip perjuangan Ezam untuk membasmi rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan boleh dilaksanakan melalui parti yang ditentangnya selama ini?" katanya.
Ujarnya, terpulanglah kepada Ezam untuk meneruskan prinsip perjuangannya itu.
"Saya fikir Ezam perlu menjelaskan tindakan dan keputusan beliau itu sendiri kepada mereka yang pernah mengikuti ceramah dan rapat umum sebelum ini yang mengharapkan ianya dibuat," ujarnya.
Sementara itu, Mohamad yang pernah mengetuai Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 10 November lalu anjuran Bersih menyifatkan kenyataan yang dibuat Wan Abdul Rahim semalam sebagai bersifat peribadi.
"Sesiapapun yang membuat tuntutan maaf itu adalah pandangan peribadi, bahkan keputusan Mobilisasi Demokrasi dan Bersih akan meneruskan tuntutan kami sebelum ini termasuklah memorandum yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun lalu.
"Walaupun Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum lalu, ia tidak bermakna sistem pilihan raya kita telah pun bersih dan baik," ujarnya lagi.
ini kerana tegasnya, penyelewengan tersebut tenggelam oleh tsunami politik yang dilakukan oleh kebangkitan rakyat berdasarkan faktor luaran dan senario politik semasa ketika itu.
"Justeru, kejahatan dan penipuan oleh pihak SPR tidak dapat dihidu dan tidak kelihatan dengan ketara, namun kita mendapat maklumat calon Pakatan Rakyat tewas di beberapa tempat setelah pengiraan semula dijalankan," katanya.
Jelasnya ini menyebabkan suatu suruhanjaya perlu ditubuhkan bagi menyiasat masalah ini.
"Kami tidak pernah berganjak daripada meneruskan tuntutan sebelum ini kerana kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat bukanlah bermakna sistem pilihan raya di negara ini telah pulih dan bersih.
"Ia masih kotor dan tidak telus," katanya lagi.
Bersih sebelum ini pernah mengemukakan empat tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, mengkaji semula pelaksanaan undi pos, serta penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi menerusi memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu. - mns
Komen:Terpulanglah pada Ezam,adakah beliau mampu membasmi gejala rasuah dan gejala tidak sihat yang lain dalam parti yang ditentangnya selama ini?
Posted by Paku Neraka at 2:57 AM 0 comments
Penindasan Golongan Bawahan
Cuba hayati lagu ini.Ia menceritakan tentang golongan bawahan yang sering ditindas dan dibiarkan merana tanpa sebarang pembelaan oleh golongan yang bertanggungjawab.Adakah ini patut terjadi? mereka dibiarkan begitu.Sebagai manusia,mereka juga mempunyai hak!!
Golongan bawahan sering ditindas dan dibiarkan....!! Golongan yang bertanggungjawab hanya membuat sesuatu untuk kepuasan nafsu,kerakusan dan kepentingan semata-mata.
Hayati lagu ni..
dan pikirkan la sahabatku.
Posted by Paku Neraka at 2:42 AM 0 comments
Wednesday, May 28, 2008
Nia Ramadhani
haha.memang cantek die ni.memang terbukti bawang merah membuatkan mataku menjadi pedih.haha
Posted by Paku Neraka at 5:57 AM 0 comments
Labels: Selebriti Indonesia
Sila Guna Tandas Awam
BUKAN SUMA LELAKI SUKA AMBIL KESEMPATAN SKODENG MINACHI KINCING WOO!! Mat Salleh memang xdek tamadun,
Posted by Paku Neraka at 12:00 AM 2 comments
Labels: gambar hangat, Lawak
Tuesday, May 27, 2008
10 ORANG MAYATNYA TIDAK REPUT DAN BUSUK
Di sebutkan di dalam satu riwayat,bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaanTIDAK MAKAN dan TIDAKMINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimanakita dapat mengenali ORANGRANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putihdisebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kuburorang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempatsujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itudari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka.Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" SiratulMustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukminitu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkanoleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK danTIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1 Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu darikalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullahra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang beradadi dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada MalaikatRidhwan:
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buahbuahan syurga.
MakaMalaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua""anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa" dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yangpenuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyakmelebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka diamemberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirmanoleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makandan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARIyang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yangbermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnyameskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahuidengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .
Doa Nabi Yunus a.s dalam perut Ikan Nun
Posted by Paku Neraka at 11:50 PM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, renungan
Menempah Bilik Neraka
Menempah Bilik Neraka!!!
Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-dari kawan saya kepada semua pembaca.
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini. utk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi .....
alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu.
Namun, nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris
perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpd org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih dahsyat.
"Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam utk.ku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.
Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn
lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
dari blog sdr. Mohd Afifuddin Md Jamil
http://ibnu-ummi.blogspot.com/2007/08/menempah-bilik-neraka.html
Posted by Paku Neraka at 11:46 PM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, renungan
Hukum Mendengar Suara Wanita
Hukum mendengar suara wanita
Soalan:
Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain?
Jawapan:
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.
Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."
Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.
Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3
Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.
Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.
Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.
Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."
1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."
Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman ALLAH SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, ALLAH SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.
3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. ALLAH memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."
4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.
5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman ALLAH Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.
6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.
7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.
Siapakah yang telah dilarang oleh ALLAH dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, ALLAH yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.
Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang ALLAH sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!
Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, ALLAH sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, ALLAH memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.
suka saya terangkan disini,perbualan ini tk terhad kepada telefon memandangkan dunia yg semakin canggih.justeru,voice chat,tele-conference,cellphones etc termasuk dlm kategori yg sama.sebarang kemusykilan bolehlah bertanya.kalau tk mampu saya nk jawap,saya akan cuba iktiarkan kpd yg lbh arif.wallahua'lam
Nota: [Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].
Posted by Paku Neraka at 9:11 PM 0 comments
Labels: al-Hidayah, wanita
Thursday, May 15, 2008
Rosmah bini Najib Monggolia murka
Sedutan ini di ambil dari artikel Raja Petra Kamarudiin dari Malaysia Today
"To insult or defy Rulers goes against Islam, say the men of the cloth. Is this so? Well, then Rosmah, the wife of the Deputy Prime Minister, has committed a serious crime and should be punished. Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and scolded him. Rosmah spoke to His Highness the way you would scold a dog that shit on your new carpet.
Rosmah is angry that Raja Petra Bin Raja Kamarudin wrote an article called Let’s send the Altantuya murderers to hell. And Rosmah phoned His Highness the Sultan of Selangor and shouted at him. That is worse than what Karpal Singh did.
Rosmah wants to become the ‘First Lady’ of Malaysia even though the First Lady is the Agong’s consort. But Rosmah has committed treason against the Ruler. 200 years ago Rosmah would have been put to death. Today she will be rewarded with a RM100 million budget to renovate the Prime Minister’s residence in Putrajaya when her husband becomes Prime Minister.
And Raja Petra Bin Raja Kamarudin now challenges Rosmah for her to deny this allegation. Or maybe she would like to make a police report instead. That is what they normally do anyway when they are not able to reply. Porah Rosmah. Please don’t phone my cousin His Highness the Sultan of Selangor. Please don’t shout at my cousin His Highness the Sultan of Selangor. The Perak Mufti said that if you do that then you are disrespectful to Islam. You are only the wife of the Deputy Prime Minister who shall never become the Prime Minister of Malaysia. This quarrel is between you and me. Leave my cousin His Highness the Sultan of Selangor out of it.
Posted by Paku Neraka at 6:41 AM 0 comments
Sunday, May 11, 2008
Perkauman...
sentimen yang berbau perkauman selagi dimainkan oleh kepimpinan UMNO untuk memastikan survival politik mereka, setelah dibelasah oleh tsunami politik PRU12 sehingga nyawa2 ikan.
isu ketuanan melayu sekali lagi disalakkan setiap hari di seluruh media yg dikawal mereka.digambarkan bahawa seluruh umat melayu akan lenyap di mayapada ini jika umno berkubur.diberi gambaran bahawa umno seolah olah adalah parti dari langit yg mebawa wahyu untuk mejaga kepentingan melayu.tanpa UMNO, digambarkan bahawa seluruh umat melayu, akan terhapus sama sekali di alam maya ini.
inilah yg secara halus dimainkan oleh kepimpinan umno demi memastikan survival politik mereka.satu cara kotor lagi mengotorkan yg saban hari diasak kealam minda rakyat.
benarkah dakwaan mereka bahawa hanya umno yang mampu merpertahankan melayu?benarkah melayu akan terhapus jika umno dihumban ke liang lahad?
jika diamat amati, semua kaum dimalaysia ini mampu hidup dengan rukun dan damai jika pemikiran mereka tidak diracun oleh segelintir pemimpin yg dengan sengaja memainkan sentimen perkauman supaya 3 kaum utama di malaysia tidak bersatu padu.jika berlaku penyatuan yg jitu dan padu antara 3 kaum utama ini, nescaya akan lenyaplah seluruh kepimpinan yg korup ini. demi memastikan kelangsungan bagi satu sistem yg berat sebelah, maka pemecahan kaum yg berasaskan "divide and rule" perlu dilaksanakan supaya kesinambungan pemerintahan korup dapat terus bertahan.
hujah yg mengatakan bahawa semua kaum dapat hidup harmoni, adalah satu kenyataan dan bukan retorik semata.perhatikan didalam sukan, beratus ribu kaum melayu menjadikan soh chin aun sebagai idola sukan mereka, beratus ribu kaum china meminati mendiang r arumugam, baratus ribu kaum india yg menyanjung shukur saleh.kita juga tanpa mengira warna kulit bertempik sorak sehingga hilang suara sewaktu regu badminton chong tan fook/lee wan wah menentang regu indonesia.semua rakyat malaysia bermegah apabila malaysia menang didalam pertikaian isu pulau sipadan denga indonesia.seluruh rakyat malaysia berdoa kita akn menang juga dalam isu batu putih dengan singapura.ini semua antara hujah, bahawa seluruh rakyat malaysia sebenarnya memang mampu bersatupadu dan mati demi negara malaysia, kerana inilah bumi yg dipijak, disinilah langit yg dijunjung.
tetapi semua ini, dirosakkan oleh segelintir poliTIKUS yang berfahaman sempit yang tidak mampu berdiri atas keupayaan sendiri, maka satu satu isu perlu dicetuskan supaya mereka kelihatan diperlukan.
alangkah indahnya jika malaysia dipimpin oleh pemimpin yg berwawasan dimana, seluruh rakyat malaysia mampu berbahasa melayu dengan baik, mampu mengusai bahasa cina dengan lancar dan mampu bertutur bahasa tamil dengan sempurna disamping dapat memahami berbagai bagai bahasa kaum seperti iban, kadazan dan lain2.
adakah satu dosa besar jika kita mengetahui dan mahir selain dari bahasa ibunda kita?kenapa dimainkan sentimen dan dipisahkan seolah olah bahasa melayu wajib manakala bahasa bahasa lain seakan akan dipinggirkan secara halus dan terancang?semua ini tidak lain dari supaya kaum2 lain membenci kaum melayu dan penyatuan yg sepatutnya telah lama berlaku, tidak akan berlaku.maka hiduplah kaum kaum ini secara terpisah dan mementingkan kaum masing2 sahaja.
dikalangan kaum melayu pula, seringkali digambarkan dan terus diceritak secara turun temurun, bahawa kaum cina adalah komunis, sedangkan hakikatnya, beribus kaum cina yg berkihidmat sebagai SB sewaktu era dharurat demi memastikan keamanan malaysia terjamin.beratus juag yg turut terkorban demi menjamin malaysia terus aman dari ancaman komunis.
semua prasangka buruk ini haruslah dibuang terus dari minda seluruh rakyat malaysia jika kita ingin memastikan malaysia berdaya juang dalam menempuh era globalisasi yg kian terbuka dari ancaman pihak luar.siapa jua yg terus memainkan sentimen perkauman tidak harus dibiarkan berleluasa dalam menjalankan agenda jahat mereka.malaysia yg harmoni yg merangkumi seluruh kaum tanpa mengira warna kulit dari perlis hingga ke sabah perlu diujudkan dengan kadar segera demi menjamin kedaulatan dan keamanan terus utuh.
ingatlah, walau apa warna kulit, apa pegangngan agama sekali pun, inilah tanah air kita yang disini kita hidup dan disini juga kita akan mati.
Sumber : mYspace seseorang yang namanya dirahsiakan.
Posted by Paku Neraka at 11:46 PM 0 comments
RTM, 62 Tahun Agen Kristian
"Kisah sebalik RTMSaya amat terkejut bila membaca satu artikel (ada diatas) diakhbar murahan di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni.. (klik gambar untuk besarkan dan boleh baca)
Sekain lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahu tetapi ianya hanya layak digelar Agen Kristian. Saya berkata begitu atas kenyataan 2 orang pembaca berita Wanita yang RTM TIDAK MEMBENARKAN mereka memakai tudung. Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri ciri RTM, Kaler tudung mesti bla bla bla..... Hancur hancur ...
Sering berita atau rancangan RTM mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau purdah tetapiApa kurang kerajaan hadhari sekarang dengan kerajaan turki, kerajaan britain ? Rupanya RTM dan angkatan lagi terpesong dari Islam.
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah telah meletakkan laknatNya ke atas orang kafir daripada kaum Bani Isra’il atas lisan (lidah) Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Yang demikian disebabkan mereka menderhaka dan sering melanggar batas. Mereka itu selalunya tiada larang melarang terhadap kejahatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu.
”
(Surah Al-Mâ’idah: 78-79)
Sementara hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebutkan yang maksudnya: “Siapa yang menyaksikan sesuatu mungkar, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisannya, jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.
”
(Hadis riwayat Ahmad)
Maka selama ini RTM bole dikenali sebagai Radio Tv Murtad @kafir Laknatulah Patutlah Isteri isteri Bedolah, Najib tarak pakai tudung, Kalu pakai tudung tak bole masuk RTM Nauzubillah Min Zalik
Posted by Paku Neraka at 11:39 PM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, renungan
Umno: Perjuangan tersasar, raikan ulangtahun ke-62 dalam keadaan nazak
Mohd Rashidi Hassan Sun | May 11, 08 | 11:59:39 am MYT | |
Sambutan memperingati ulangtahun kelahiran Umno pada 11 Mei 1946, tahun ini amat berbeza dengan sambutan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan tahun ini amat hambar kerana orang-orang Umno tidak pernah menerima hukuman yang sebegini berat, apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas. Selama lebih 50 tahun Umno menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu 'enjoy' dengan kuasa pemerintahan mutlak dengan menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan. Umno dan parti gabungannya juga menguasai semua negeri secara mutlak kecuali Kelantan dan Terengganu (1999-2004) sehingga PRU lepas. PRU 2008 benar-benar menguji kewibawaan Umno untuk terus kekal sebagai parti tonggak pemerintahan negara. Setelah 62 tahun berkuasa penuh, tanpa diduga rakyat, memberikan signal bahawa nama Umno tidak sinonim dengan kuasa yang memerintah sebuah kerajaan. Di Kelantan, Umno sudah lama menjadi pembangkang. Di Terengganu juga Umno pernah menjadi pembangkang. Sekarang Umno dipilih rakyat untuk menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Gelaran pembangkang sebelum ini, disandang PAS, DAP, KeADILan, PRM dan lain-lain. Kini Umno dan sekutu mereka dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain adalah pembangkang di enam negeri (termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jika sebelum ini Umno dan sekutunya begitu alergi dengan gelaran pembangkang, namun itulah hakikatnya sekarang. Umno bukan lagi parti yang didokong rakyat untuk berada ditampuk kuasa, malah Umno sudah dilabel dengan gelaran pembangkang. Ramai pemimpin-pemimpin Umno yang popular dan gah ditampuk kuasa sudah bergelar Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri. Dalam keadaan sekarang, tidak mustahil Presiden Umno boleh menjawat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen pula. Justeru perhimpunan memperingati ulangtahun ke-62 Umno hari ini, disambut dengan penuh keserabutan kerana PRU ke 12 meninggalkan persoalan besar iaitu adakah Umno masih lagi relevan? Perhimpunan hari ini bukannya untuk berseronok-seronok bagi Umno seperti tahun-tahun sebelumnya. Hari ini Umno harus dibedah, dimuhasabah dan dikaji semula hala tuju perjuangannya. Jika tidak berlaku sebarang perubahan, maka daripada berkuasa Umno menjadi pembangkang, dari pembangkang, Umno akan tersimpan dalam lipatan sejarah di muzium. Semua ini tidak mustahil berlaku. Kata Laksamana Hang Tuah memang betul, 'tak Melayu hilang di dunia', tetapi parti Melayu seperti Umno tidak boleh mengelak untuk lenyap jika tidak banyak perubahan dilakukan agar ia diterima kembali oleh rakyat. Justeru apakah perubahan yang harus dilakukan Umno sekarang ini? Perubahan dalam bentuk apa dan bagaimana harus dilakukan? Ketuanan Melayu bukan milik mutlak Umno Sejarah penubuhan Umno sejak tahun 1946, yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar adalah untuk memartabat dan memperjuangkan nasionalisme Melayu. Secara khususnya Umno diasaskan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Asasnya adalah nasionalis-kebangsaan atau asabiyah Melayu, untuk ketuanan Melayu dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Siapa sebenarnya yang melupakan perjuangan asal Umno? Harus diingat bahawa perjuangan ketuanan Melayu bukan milik mutlak Umno. Kuasa Melayu, juga bukan hak Umno dipegang Umno buat selama-lamanya. Yang terhakis sekarang ini adalah kuasa Umno, bukan kuasa Melayu. Jika orang-orang Melayu menolak Umno, mereka masih ada PAS dan sebahagian pemimpin utama dalam KeADILan yang terdiri dari orang-orang Melayu juga. Umno menghadapi masalah besar sekarang ini kerana perjuangan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan pemimpin mereka sebenarnya hanya setakat retorik. Yang diperjuangkan mereka hanya adalah perjuangan ketuanan Umno dan pemimpin Umno. Masalah yang berlaku ketika ini ialah, orang-orang Umno menjadi pendukung tegar kepada keputusan pemimpin mereka, walaupun keseluruhan rakyat berbangsa Melayu tidak bersetuju. Kegagalan perlaksanaan Dasar Ekonomi baru, penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan pada tahun 1993, sistem meritokrasi, penindasan terhadap kerajaan negeri yang dikuasai (orang Melayu PAS), penghapusan bantuan Sekolah Agama Rakyat, penguatkuasaan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam bahasa Inggeris adalah antara faktor kegagalan Umno. Orang Melayu secara keseluruhannya tidak mempunyai kuasa politik kerana kuasa itu dimonopoli kelompok tertentu dalam Umno. Orang Melayu secara keseluruhannya tidak mempunyai kekuatan dari sudut ekonomi. Masih ramai Melayu yang dihimpit dengan kemiskinan. Yang kaya hanya segelintir Melayu yang menjadi pemimpin Umno. Umno juga menjadi punca utama kuasa Raja-Raja Melayu terhakis dan dihadkan pada tahun 1993. Kebongkakan pemimpin Umno terserlah dengan usaha penabalan raja baru di Kelantan. Selain daripada itu dalam tahun 1993, media massa turut bersekongkol dengan Umno untuk menghentam Raja-Raja Melayu tertentu dengan pembongkaran pelbagai kes-kes tertentu. Terkini, pemimpin Umno menderhaka kepada Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam isu perlantikan Menteri Besar. Kes yang hampir sama di Perlis. Justeru jika pemimpin-pemimpin Umno hari ini mendabik dada kononnya pejuang tulen kedaulatan raja, ianya sangat-sangat dipertikaikan keikhlasan mereka. Di suatu ketika raja dihina, untuk kepentingan politik hari ini, raja didaulat semula. Apakah sikap seperti ini wajar digelar pejuang ketuanan Melayu? Sokongan terhadap Presiden Umno tidak solid Masalah besar kepada Umno sebenarnya adalah masalah kepimpinan. Berbanding dengan lima Presiden Umno dari Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap pemimpin yang paling lemah bagi Umno. Abdullah Badawi amat popular ketika menghadapi PRU ke 11 pada tahun 2004. Namun selepas empat tahun berkuasa popularitinya merudum. Sepanjang empat tahun berkuasa Abdullah menerima kecaman yang hebat dari kalangan orang-orang Umno sendiri, khususnya bekas PM, Dr Mahathir. Kepimpinan Abdullah dipertikaikan kerana beliau didakwa terlalu menurut nasihat anak menantunya dalam mengendalikan urusan negara dan parti. Dakwaan seumpama ini tidak pernah berlaku kepada empat PM dan Presiden Umno sebelum beliau. Dan sepanjang 22 tahun Mahathir memerintah, tidak langsung wujud cakap-cakap bahawa beliau dipenggaruhi anak menantu atau isteri. Sepanjang Mahathir berkuasa, anak-anaknya terbabit dalam perniagaan tetapi tidak memperolehi kekayaan, projek atau tender-tender besar secara ketara. Anak-anak menantu beliau juga tidak mempunyai apa-apa jawatan utama dalam parti dan kerajaan. Malangnya Abdullah tidak dapat membebaskan diri dari dakwaan seumpama ini. Anaknya, Kamaluddin tersenarai antara individu Melayu yang terkaya hanya baru dua tahun beliau menjadi PM. Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa dipilih menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, dengan 'pengaruh dan kuasanya' sebagai menantu PM. Abdullah juga didakwa terlalu mempercayai kelompok elit muda lulusan Oxford - Cambridge sehingga mengetepikan pejuang tulen Umno yang banyak pengalaman dalam urusan parti dan pemerintahan. Anak menantu dan rakan-rakan terdekat mereka didakwa menguasai tingkat 4 pejabat PM di Putrajaya, menguasai beberapa syarikat korporat (seperti Scomi, Equine Capital, ECM-Libra dsbnya) yang mendapat pelbagai projek dan pembiayaan dan menguasai media dalam waktu yang singkat. Lebih malang lagi, menantunya, Khairy didakwa antara punca utama kekalahan BN dalam PRU lepas oleh orang-orang Umno sendiri. Apakah Abdullah sahaja yang harus dipersalahkan? Kesalahan berat yang ditimpakan ke atas Abdullah, berterusan sehingga kini, dengan suara-suara dalam Umno yang mahu beliau meletakkan jawatan dan segera mengemukakan pelan persaraan. Apapun yang berlaku, apakah wajar kesalahan orang-orang Umno menuding jari terhadap Abdullah semata-mata? Masalah besar kepada krisis kehilangan kepercayaan rakyat terhadap Umno, bukan 'hasil karenah' Abdullah sahaja, apakah Mahathir, Najib, Muhyiddin dan ramai lagi, tidak punyai kesalahan? Kemaruk kuasa yang begitu lama menjadikan Umno lalai. Pemimpinnya juga lalai. Dasar yang dilaksanakan hanya melahirkan kelompok elitis Melayu, bukan untuk kepentingan kelompok besar orang-orang Melayu. Kegagalan dasar ini menjadikan Umno sinonim dengan gelaran 'Korupsi, Kronisme dan Nepotisme'. Persepsi hendak kaya melalui Umno, jawatan dan kuasa dalam Umno menyebabkan perjuangan asal mereka sudah tidak tulen. Rakyat, khususnya orang-orang Melayu, juga wujud pada minda mereka kesedaran bahawa amalan korupsi, kronisme dan nepotisme sudah merosakkan perjuangan asal Umno untuk agama, bangsa dan negara. Justeru dalam menyambut ulangtahun ke 62 ini, Umno harus memastikan persepsi buruk ini dihapuskan dengan keberanian melakukan perubahan drastik demi masa depan mereka. Umno harus membulatkan tekad, mengetepikan kepentingan peribadi dengan bersungguh-sungguh. Namun pada saat ini, Umnol agak sukar untuk berubah. Transisi atau perubahan kuasa secara damai belum nampak tanda-tanda akan berlaku. Perpecahan dan perebutan kuasa dalam Umno menjelang Disember depan sudah tidak mampu dielakkan lagi. Hakikatnya kini, Umno menyambut ulangtahun kelahirannya dalam keadaan yang nazak. Siapakah yang mampu merubah Umno dan mengembalikan ia kepada landasan yang betul untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat? Orang-orang Umno sendiri tidak tahu jawapannya. - mks. Sumber:Harakahdaily |
Posted by Paku Neraka at 5:02 AM 0 comments
Labels: Politik
Doraemon (Jalan yang menggembirakan)
Sekali sekala kembali ke alam kanak-kanak yang penuh dengan keriangan dan gelak tawa tanpa perlu memikirkan pelbagai masalah yang pasti merungsingkan kepala.Yang penting,enjoy je la..Sekali sekala layan doraemon..
Posted by Paku Neraka at 4:57 AM 0 comments
Labels: cartoon
Friday, May 9, 2008
Kata-kata motivasi
MENGAPA...
- Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.
- Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.
- Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.
- Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.
- Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.
- Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.
- Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain.
- Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.
- Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.
- Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada didepanmu.
- Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari-.
Posted by Paku Neraka at 10:13 AM 0 comments
Teladan dari kisah Mustapha Kamal Ataturk
Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di
seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan >
tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah
tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh
askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh
kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar
beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau
akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15
tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!"
Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah
dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri
Credit by isuhangat
Posted by Paku Neraka at 10:07 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, Bodoh, Murtad, renungan
Guru Ponteng
Buletin Utama 9 mei tadi ada melaporkan tentang guru yang ponteng.So,ape pendapat korang?Bagaimana masalah ni boleh terjadi.Perkara ini perlu ditangani secepat mungkin bagi mengelakkan ia menjadi2 dan jika dibiarkan mungkin akan menjadi seperti kudis! Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa.Tapi agak terkejut kerana kes seperi ini jarang berlaku di kalangan para pendidik yang sepatutnya member contoh tauladan yang baik kepada para pelajar.
Guru sepatutnya memberi contoh tauladan yang baik,jika guru sendiri sanggaup ponteng.Inikan pula murid skola yang berdarah muda dan panas!
Sekian
Posted by Paku Neraka at 10:02 AM 0 comments
Labels: Berita terkini
Saturday, May 3, 2008
Yahudi Di Malaysia
Orang pertama yahudi datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke George Town. Semasa perang dunia ke 2, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di George Town dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di George Town bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di George Town. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di George Town dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.Maklumat di atas menunjukkan komuniti yahudi telah lama wujud di Malaysia.Namun,ramai yang tidak mengetahuinya.Di Pulau Pinang,terdapat sebuah tanah perkuburan yang dapat dilihat sehingga kini.Ia terdapat di Yahudi Road yang kini Jalan Zainal Abiddin.
sumber maklumat:Wikipedia.
Posted by Paku Neraka at 8:22 PM 0 comments
Labels: artikel, Info Hangat, Informasi, menarik