Friday, December 26, 2008

Blog Has been moved

Hello,

How are you guys!

sorry! Actually we has been move to andagila.blogspot.com

Thank because still visit our blog.


ASSALMUALAIKUM.

APA KABAR SEMUA!

MAAF KAMI TELAH BERPINDAH KE andagila.blogspot.com

TERIMA KASIH! HARAP SEMUA ENJOY!.

Thursday, August 21, 2008

Satu tongkat, tiga zaman dan kisah merdeka

Kisah perjuangan Nabi Musa a.s sangat rapat di hati saya. Padanya ada beberapa fasa perjuangan. Dr Ali Shariati antara yang banyak menukilkan kisah-kisah perjuangan Musa menentang Firaun.
Iklan



Nabi Musa pernah berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.
w di dalam kisah Isra' Mikraj tentang urusan mengurangkan jumlah solat daripada 50 kepada 5

Tanpa peranan Nabi Musa nescaya kita tentu saja terbeban dengan ur usan solat. Pada saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan baginda sentiasa menyebut 'umatku' dan 'solat' secara berulang. Ertinya, peranan Musa a.s amat besar dalam ur usan solat ini.


Diriwayatkan juga bahawa ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda menyebutkan suatu doa yang meminta agar baginda dapat berjumpa rakannya di langit. Kalangan orang Kristian mendakwa, doa ini menunjukkan bahawa baginda ingin bertemu Nabi Isa (Jesus Christ). Akhir-akhir ini saya yakin bahawa yang ingin ditemui baginda adalah Musa, iaitu saudaranya yang pernah berbincang mengenai hal pengurangan solat di langit.


"Dan bacakanlah (Hai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah insan pilihan, dan adalah ia seorang Rasul dan Nabi.
"
(Maryam, 51)

Jika Nabi Musa membawa umatnya ke Laut Merah daripada buruan Fir'aun, maka hal ini juga mirip kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam kisah hijrah. Ringkasnya ada banyak persamaan yang boleh ditemui pada sosok Musa dan Muhammad ini.


Kembali kepada hal fasa perjuangan Musa a.s, maka saya bahagikan fasa perjuangan ini kepada tiga bahagian bermula dengan tongkat Nabi Musa a.s. Kenapakah perjuangan ini bermula daripada tongkat? Ini kerana, tongkat itu diterima selepas wujud peralihan baru dalam kehidupan Musa yang pernah berada dalam istana Fir'aun sebelum itu.


Tongkat itu adalah simbol 'perjuangan' Musa menyambung kehidupan dengan menternak kambing, sesuai dengan pekerjaan Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi nabi. Dan, yang paling penting, tongkat itulah yang disebut Tuhan dalam al-Qur'an.


Di dalam surah Taaha, dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t disebutkan sebagai berikut. (Taha adalah nama lain bagi Muhammad selain Yasin.
Pada awal surah ini sudah pun ditunjukkan bagaimana Allah telah memperihalkan perjuangan Musa kepadanya)

[17] "Dan apa (benda) yang berada pada tangan kananmu itu wahai Musa?"
[18] Dia menjawab: "Inilah tongkatku; aku menggunanya semasa berjalan, aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".

[19] Allah berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
[20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.

[21] Allah berfirman: "Tangkaplah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
" (Taaha; 17 hingga 21)

Inilah pertunjukan yang pertama ke atas Nabi Musa guna meyakinkan baginda mengenai kekuasaanNya. Bukan saja tongkat, malah tangan Musa yang memegang tongkat itu juga turut diberikan Allah kekuatan mukjizat dengan tangan yang bersinar-sinar.


Pada zaman Rasulullah s.a.w, mukjizat yang lebih kurang sama diberi kan ke atas baginda yang mirip kepada Musa; membelah bulan seperti mana Musa membelah lautan. Lihatlah pergerakan air laut pasang dan surut yang ada kaitannya dengan peredaran bulan.


Adapun kesan tangan Musa yang bersinar itu mengalir kepada tangan Muhammad s.a.w yang bersinar-sinar ketika membelah bulan. Ertinya, banyak persamaan antara Musa dan Nabi Muhammad s.a.w ini.


Bagaimanapun, kita boleh melanjutkan hal persamaan ini pada suatu bab yang lain. Yang menarik untuk direnung kan ialah hal tongkat Nabi Musa pada tiga zaman berbeza.


Tongkat baginda berperanan pada era penjajahan, pra-merdeka dan merdeka.


Zaman penjajahan
Berikut adalah dalil dan nas yang ditemui di dalam al-Qur'an berhubung hal tersebut.


Nabi Musa mula menetapkan masa bagi memerangi kekuatan ahli sihir yang diperalatkan oleh Fir'aun.


Nabi Musa berkata: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha" (Taaha, 59)

Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
(Asy-Syu'ara', 32)

Zaman pra-merdeka
Setelah berperanan pada zaman penjajahan Fir'aun, tongkat itu juga membawa Bani Israel merentasi Lautan Merah ketika Musa membelah lautan dengannya.


Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah kau membawa hamba-hambaKu keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula kau takut tenggelam".
(Taha, 77)

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
" (Asy-Syu'ara', 63)

Kalau tongkat itu berperanan membelah lautan maka apa peranan tongkat itu pada zaman seterusnya, iaitu zaman mengisi kemerdekaan?

Zaman merdeka
"Dan (ingatlah) ketika Musa meminta agar diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berkata: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu," (ia pun memukulnya), lalu terpancut dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya setiap puak (antara mereka) telah mengetahui tempat minum. (Dan Kami berfirman): "Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
" (Al-Baqarah, 60)

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya memohon air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah darinya 12 mata air. Tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat masing-masing.
"

Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.
(Al-A'raaf, 160)

Peranan tongkat Musa a.s itu berakhir dengan sendirinya pada ketika Bani Israel merdeka daripada perhambaan Fir'aun. Khazanah itu semua mungkin tersimpan dalam peti Tabut yang menjadi rebutan anggota Freemason dan Knight Templar pada era berikutnya.


Kesimpulan
Daripada kisah ini, kita membuat banyak rumusan. Tapi, dalam tulisan kecil ini tidaklah boleh kita rangkumkan semuanya.


Pertama, asas pembinaan tamadun berawal daripada 'tongkat'. Dan ia terus juga berfungsi pada setiap zaman, iaitu zaman dijajah, pra-merdeka dan merdeka sepenuhnya.


Bagi umat Nabi Muhammad, 'tongkat' mereka yang sebenarnya ialah pena atau tinta yang pernah disebutkan dengan jelas dalam al-Qur'an menerusi surah al-'Alaq.


[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku
[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
[5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Barangkali, kerana faktor inilah yang menyebabkan sasterawan Usman Awang misalnya memilih nama pena ' Tongkat Wa rrant' sebagai gantian kepada nama asalnya.

Pendekatan Al-Quran dalam menangani Krisis ekonomi.

Al-Quran adalah kitab terlengkap dan mempunyai pelbagai cabang ilmu termasuk science,ekonomi dan sebagainya.Mari baca serba sedikit tentang cara menangani Krisis ekonomi yang dianjurkan oleh Islam.Ada seorang sahabat yang mengirim artikel ni pada aku.




Dunia seluruhnya ketika ini sedang menghadapi satu kemelut atau krisis ekonomi yang berterusan, setelah mencuba pelbagai teori ekonomi ciptaan manusia yang serba tidak sempurna, kononnya teori ekonomi itu menjamin masa depan yang lebih baik kepada manusia.
Iklan



Pakar-pakar ekonomi dari kalangan aliran Kapitalis telah menggaris beberapa pendekatan sistem ekonomi yang kononnya menjamin keselesaan kehidupan, tetapi pada hakikatnya menempuh jalan buntu, akhirnya tidak mampu menyelesaikan masalah hidup kerana ia dicipta menurut naluri serta pandangan manusia yang serba terbatas.


Selagi mana sistem ekonomi tidak disandarkan kepada pendekatan Islam sebenar berasaskan akhlak agama, khususnya perasaan malu untuk tidak mengeksploit harta benda awam, maka ia akan mengundang dan menuju kepada perlakuan jenayah dalam mengamalkan teori sesuatu sistem ekonomi.


Menurut Islam, perasaan malu adalah satu sifat mulia yang mampu membangkitkan kesedaran kepada seseorang individu untuk meninggalkan segala perlakuan jahat, maksiat serta perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syariat Islam termasuk dalam perlakuannya pada amalan berekonomi, ia termasuk juga mengekangnya untuk tidak menipu, memonopoli sesuatu barangan produk, tidak mencuri, tidak terlibat dalam jual beli yang haram, kerana perlakuan jahatnya itu diperhatikan oleh Allah SWT.


Syariat Islam adalah penyelesai kepada kemelut ekonomi

Negara-negara umat Islam, khususnya negera-negara OIC perlu menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem ekonomi bertepatan dengan roh syariat Islam yang berteraskan elemen ayat-ayat al-Quran tanpa sedikitpun terikat dengan mana-mana elemen sistem ciptaan manusia, kerana Islam menganggap ia sebagai cara untuk menghapuskan sistem-sistem yang dikenal pasti menindas kepentingan orang ramai.


Bagi menangani kemelut ekonomi yang dianggap menyusahkan banyak pihak khususnya orang awam, Islam telah meletakkan garis panduan untuk diikuti oleh seluruh peringkat individu di kalangan umat Islam, iaitu prinsip al-Quran yang menghubungkan naluri manusia dengan hukum syariat Allah SWT, ia dapat dijelmakan menerusi tiga perkara berikut:

Menyediakan kaedah membersihkan hati manusia daripada segala dosa, dengan meninggalkan segala aspek muamalat yang dianggap jijik oleh Islam.

Kaedah menambah-baik pengurusan harta dan cara pensuciannya daripada daki riba, faedah dan sebagainya.

Menjamin keharmonian hidup kepada setiap individu dalam bermasyarakat untuk memenuhi keperluan mereka dari sudut penggalakan pertumbuhan ekonomi bagi meneruskan agenda hidup harian terutama kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang benar-benar perlu dibantu.

Islam memerangi jenayah dalam amalan berekonomi

Sejak awal-awal lagi Islam sebagai agama penyelesai kepada permasalahan hidup manusia, telah menyatakan sikapnya yang cukup tegas untuk memerangi apa sahaja bentuk tindakan atau perlakuan bersabit dengan perkara yang boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.


Al-Quran yang menjadi teras keutuhan pertumbuhan ekonomi negara, masyarakat dan sebagainya, tampil dengan laungan larangan yang keras terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan perlakuan negatif itu, justeru, Islam telah menggariskan beberapa tindakan berikut sebagai ancaman kepada kemajuan ekonomi:

Memakan/mengambil harta orang ramai dengan cara yang batil (tidak sah), kerana al-Quran menganggapnya sebagai satu perbuatan dosa dan mengeksploitasi harta/hak orang lain dengan cara paksa, ia adalah satu larangan dan jenayah yang mesti dijauhkan, firman Allah menerusi ayat 188, surah al-Baqarah maksudnya : "Dan janganlah  kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
"
Mengambil dari wang riba, sesungguhnya Islam dengan jelas menyatakan bahawa tindakan itu adalah satu perbuatan yang mesti diperangi, kerana Allah SWT akan menimpakan siksaan yang keras kepada pelakunya, dan menganggapnya sebagai musuh Allah SWT, firman-Nya menerusi ayat 278-279 surah al-Baqarah, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
"
Satu bentuk tindakan yang dianggap jijik oleh Islam ialah monopli sesuatu barangan, kerana ia disifatkan Islam sebagai satu perbuatan kotor dengan tidak menampakkan daya usaha gigih sesorang, cukup dengan mengaut keuntungan hasil usaha orang lain, sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang memonopli sesuatu barangan, maka dia telah melakukan satu kesalahan, dan orang yang berslah itu berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
"
Menurut ahli fiqh Islam, sesiapa yang melakukan perbuatan itu, hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, kerana tindakannya itu adalah satu jenayah, iaitu dengan menyorok barang keperluan seperti inyak, gula, gandum, beras dan sebagainya untuk dijual pada satu tempoh tertentu bertujuan untuk menaikkan harganya hingga tidak dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana, kekayaan hanya berkisar di kalangan mereka yang berada atau golongan kaya dan berada.

Jenayah rasuah berleluasa di kalangan segelintir individu yang berkepentingan, ia dianggap satu perbuatan yang boleh merosak dan merencatkan pertumbuhan ekonomi, rasuah juga adalah satu tindakan yang membawa kepada penganiayaan, penghakisan hak golongan berpendapatan rendah dan sederahana, malah yang lebih buruk lagi merosakkan nilai akhlak pelaku, sama ada yang memeberi ataupun yang menerima, sehubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Orang yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya dalam api neraka.
"
Sektor perjudian dan penjualan arak juga adalah dianggap merosakkan sumber ekonomi sesebuah negara yang sudah pasti tidak akan diberkati Allah dalam segenap aktiviti yang berpunca daripada hasil kedua-duanya, kerana ia adalah punca sebenar yang dikenal pasti berpotensi membawa kepada permusuhan, hasad dengki dan sebagainya, akibatnya perancangan pertumbuhan ekonomi tidak mampu ditadbir dengan baik, firman Allah menerusi ayat 90-91 surah al-Maidah bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?".

Menipu juga disifatkan Islam sebagai punca kepada kemerosotan ekonomi negara, mengapa tidak? Jika seorang individu itu memanipulasi sistem kewangan atau pengeluaran barangan dengan tidak melakukan catatan hitam putih sebagai bahan bukti, maka akan berlaku penyelewengan yang merugikan produktiviti negara yang akan membawa kesan buruk terhadap orang ramai (rakyat), justeru, Islam memandang serius perbuatan itu dan pelakunya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada umat Nabi Muhammad, sabda baginda yang bermaksud : "Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku.
"
Menyimpan barangan kemas/perhiasan tanpa dimanfaatkan atau menggunakannya, malah tidak mengeluarkan zakat daripadanya, dianggap sebagai satu perbuatan yang menghalang pemberian hak kepada yang memerlukan di kalangan asnaf yang lapan, Allah menegaskan dalam ayat 34-35 surah at-Taubah, maksudnya : "Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (mengeluarkan zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
"
Perniagaan pada barangan yang diharamkan Allah seperti arak, nombor ekor, dadah, candu yang membahaya kesihatan awam dan lain-lain juga adalah satu ketetapan jenayah yang mesti dibenteras segera oleh pihak berwajib, kerana ia adalah tindakan zalim terhadap orang lain.

Pelacuran yang melibatkan anak-anak gadis yang suci dengan menjual tubuh badan mereka kerana mahu mengaut keuntungan segera adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan, kerana ia tindakan licik sesetengah pihak yang akhirnya memperolehi hasil yang sama sekali tidak diberkati Allah SWT dan menucar-kacirkan institusi masyarakat umat Islam yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat contoh kepada yang lain, Allah menjelaskan dalam ayat 33 surah an-Nur, maksudnya : "Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"
Hasil pandapatan dari pembinaan kafe-kafe maksiat, disko-disko, rumah-rumah urut yang bertujuan menyebar budaya songsang dan memberi perkhidmatan seks dipandang serius oleh Islam, kerana ia dianggap sebagai punca kemungkaran dan hilangnya keberkatan daripada Allah SWT, maka segala hasil daripadanya adalah haram, ia bertepatan dengan firman Allah 19, surah an-Nur, maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan buruk lagi keji di kalangan orang-orang yang beriman berlaku, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
"
Kegiatan mencuri juga adalah salah satu jenayah yang boleh merugikan banyak pihak terutama kepada hasil pendapatan negara, negara akan terdedah dengan bencana jika menerima hasil pendapatannya daripada wang atau sumber kecurian, ia juga akan memporak-perandakan masyarakat, justeru, bagi yang terlibat dengan kegiatan mencuri secara terang atau tersembunyi dengan saksi-saksi yang adil, maka mereka perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dipotong tangannya, itulah penyelesaian terbaik daripada Allah agar dapat mengurangkan penularan kegiatan tidak bermoral itu dalam masyarakat umat Islam, firman Allah SWT menerusi ayat 38 surah al-Maidah, maksudnya : "Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
"
Mengadakan projek-projek mega yang hanya menguntungkan pihak tertentu dengan menelan belanja mencecah berbilion ringgit, sesetengahnya terbengkalai tanpa alasan yang boleh diterima, projek pula dimonopoli oleh kroni-kroni, ini termasuk program-program yang melibatkan penggunaan aliran eletrik yang banyak yang hanya dinikmati oleh golongan pemerintah, pada waktu yang sama menasihati rakyat supaya berjimat cermat kononnya untuk berhemah dalam pengurusan ekonomi, mereka ini boleh disifatkan sebagai golongan yang melakukan pembaziran dan pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya, kepada mereka Allah berfirman menerusi ayat 27 surah al-Isra? maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
" Dan firman-Nya lagi dalam ayat 2 surah as-Sof, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"
Islam dan keperluan pertambahan pengeluaran produk

Islam sentiasa menggalakkan penganutnya agar peka dalam menambahkan pengeluaran produk yang bermutu tinggi yang menjadi keperluan kepada orang ramai tanpa melakukan pembaziran lebih-lebih lagi boleh dijadikan pendapatan negara.


Produk yang perlu dihasilkan adalah berbentuk pengeluaran keutamaan seperti beras, gandum, bukannya dengan penanaman tembakau atau bahan-bahan yang yang tidak boleh dimanfaat oleh sebahagian besar rakyat sesebuah negara malah ia adalah produk yang membawa kepada bahaya.


Apa yang penting untuk penghasilan sesuatu produk itu benar-benar diberkati Allah, ialah dengan wujudnya aspek akhlak yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara, iaitu akhlak yang menjadikan seseorang itu berdisplin dan beretika malah jauh dari sebarang tindakan negatif seperti yang dibahaskan di atas antaranya, menipu, terlibat dengan rasuah, judi, arak, pelacuran dan lain-lain.


Disiplin, tekun, bersungguh dan beretika dalam pekerjaan menjamin produktiviti yang disantuni Allah sebagai satu bahagian akhlak yang cukup memberangsangkan, sekali gus seseorang itu akan merasakan ketenangan dalam meningkatkan mutu hasil ekonomi yang terbaik buat negara dan masyarakatnya malah membantu mencapai tahap ekonomi yang baik

Buku Bertajuk Semua Hindu Bangunlah

Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan serangan dan diskriminasi terhadap orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E. Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan program bernama "Penulisan Luar". Book Title : "All Hindus Wake up" (Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"). Subheading : "The protocols for Hindu leaders" (Tajuk kecil : "Protokol untuk Ketua Hindu". The Author : Dr.R. Singh (Pengarang : Dr. R. Singh)


These are 13 of the protocols mentioned (Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan):


1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative at! titude towards muslims. (1. Orang Hindu mesti anggap bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam).

2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
(2. sebarkan kemungkaran dan nilai-nilai buruk dikalangan orang muslim).

3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place. (3. Kuil Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja).

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against Islam. (4. Mesyuarat mestilah sering diadakan untuk merangka plan menentang Islam)

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities. (5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya).

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities. (6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam untuk pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka).

7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital ! defects in the foetus. (7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin).

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. (like azan) (8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang Islam)

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them. (9. Cuba rosakkan barang jualan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja di kedai mereka).

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back. (10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian tikam belakang mereka).

11. Turn others against them. (11. Jadikan orang lain memusuhi Islam).

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking. (12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi cara anak2 dan isteri mereka berfikir).

13. Wear a black string around your wrist. (13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda).


Ada diantara 13 protokol tersebut mula kelihatan di Perak,ini lah kerisauan yang dialami oleh Mufti Perak...


Credit to mydungun.net

LORD OF THE RING (VERSI MELAYU)



Jom layan kartun versi melayu ni.Tergelak2 aku tgk,

Monday, August 18, 2008

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perli

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perlis
http://www. bharian. com. my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080818160527/Article/index_html

KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.


Bagaimanapun katanya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.


“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang al-Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.


Pada Jumaat lalu, Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.


Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.


Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan.


Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.


Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu sudah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara sama.
- Bernama

Saturday, August 16, 2008

Al-Quran tidak mulia di sisi Saiful

Asalammualaikum....

KIta sebagai orang Islam dari kecil lagi telah diajar mencium dan menjunjung Al'Quran sebagai menghormati Firman-Firman Allah yg menjadi Pedoman manusia di seluruh alam semesta ini.


Begitu juga menghormati tangan kanan melebihi dari kiri untuk melakukan kebaikan.


Apa yg menjolok mata saya sebagai umat Muhammad S.A.W.
dan juga Hamba Allah
ialah bagaimana Saiful menghormati Al'Quran yakni kitab Allah ini.



 Image Hosting

 Image Hosting

Mungkin ramai yg tidak perasan Saiful bersumpah didepan Al'Quran yg di muliakan umat Islam seluruh dunia tetapi Saiful hanya memegang Al'Quran di tangan kirinya dan text sumpahnya pula dimuliakannya berada di tangan kanannya.


Apakah anda percaya sumpah liwat orang seperti saiful ini??

kalau anda tanya saya tentu sekali tidak jawapan yg diberikan kerana,
ternyata Kitab Allah sendiri yg menjadikan saksi liwatnya di akhirat pun tidak dihormatinya apatah lagi kebenaran sumpahnya di masjid Wilayah baru2 ini.


sila lihat pic:

Secara tidak langsung kebenaran sumpah Saiful telah di tunjukkan Allah pada kita dalam keadaan dia tidak sedar akan perlakuannya.



Friday, June 6, 2008

Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet

Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Sekumpulan rakyat prihatin yang dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) mengadakan demostrasi di luar perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebentar tadi, mendesak supaya Perdana Menteri dan Timbalannya meletakkan jawatan serta membubarkan Kabinet.




Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak tengah hari sudah menantikan perhimpunan tersebut.



Ketika Pengerusi Ikrar, Mustapha Mansor menyatakan tuntutan dan gesaan kerajaan supaya menurunkan harga minyak, ada di kalangan peserta yang melaungkan 'Hancur BN' dan 'PM Pembohong' di samping menaikkan sepanduk 'Tarik Balik Harga Minyak' bagi menyatakan bantahan disebabkan keperitan beban kos sara hidup yang tinggi akan kenaikan bahan bakar tersebut.



"Rakyat telah menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu...nyata BN tidak prihatin nasib rakyat.



"Kita akan terus menagadakan demostrasi setiap Jumaat sehinggalah mengadakan perhimpunan besar-besaran Protes 12 Julai nanti selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak," kata Mustapha kepada orang ramai.



Difahamkan beberapa siri demonstrasi kecil dan pengedaran risalah membantah harga minyak turut diadakan hari ini di beberapa lokasi berbeza di ibukota antaranya seperti Masjid Negara, Sogo dan KLCC.

Image

Dalam pada itu Ikrar juga turut menuntut agar kerajaan membentang laporan kewangan tahunan Petronas kepada umum secara terbuka malah menggesa supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak berundur kerana tidak mampu mentadbir ekonomi negara secara berkesan

Ikrar juga mendesak supaya kabinet yang sedia ada dibubarkan kerana terbukti tidak prihatin kepada nasib rakyat dan telah mempersendakan kepercayaan rakyat paada pilihan raya umum ke 12 yang lalu," katanya lagi

Perhimpunan aman itu berakhir kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang insiden tangkapan namun kelihatan beberapa anggota polis mengambil beberapa sepanduk kecil dan menasihati agar orang ramai bersurai termasuk kumpulan Ikrar tersebut.



Sebelum ini Penyelaras Gabungan Protes Harga Minyak (Protes) Dr Hatta Ramli dalam satu sidang medianya meyatakan bahawa akan mengandakanperhimpunan besar-besaran yang dijangkakan akan menghimpun lebih 100,000 rakyat di KLCC jam 3 petang, 12 Julai nanti

"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu.



Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.



"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.



Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Thursday, June 5, 2008

Harta awan dan kanak² Hadhari.

Buat Duit Main Myspace



Harta awan tidak di jaga! Apa yang anak² hadhari ini cuba sampaikan?
tgk la sndiri.Aku sendiri baca pon lawak.Betapa cetek pemikiran diorang.Mau cerita politik la kononnya.

P/S:HARGAILAH HARTA AWAM.

Misi Mustahak



Animasi melayu yang sungguh menarik! Berkisahkan tentang pesakit mental.hahaa
Layan je! MADE IN MALAYSIA!

Filem P.Ramlee kutuk UMNO?



Watch and listen carefully what Sudin said in Bujang Lapok! hahaa
He talked about UMNO.

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh minyak! Pak Lah Oh Pak Lah!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi kuasa memerintah kepada kerajaan BN pada PRU pada 8 Mac yang lalu.Tahniah diucapkan.!!
Pada hari ini,kerajaan BN telah membalas jasa dan budi baik anda semua dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus..! Tahniah lagi sekali!.

Saya amat berharap rakyat Malaysia terutama pengundi BN dapat menerima hakikat ini dengan dada dan hati yang terbuka.Kerajaan benar-benar menghargai anda dan telahpun membalas jasa anda dengan meningkatkan bebanan hidup terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Pada pendapat saya,inilah hadiah paling istimewa yang diberikan khas untuk rakyat Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional.Inilah yang mereka dapat setelah berkorban dengan mengundi BN.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.


Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.


Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.


Kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.


"Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.


"Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.


Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.


Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

P/S:HAHAAHA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!! HADIAH TERISTIMEWA BUAT SELURUH WARGANEGARA! ANWAR! BANTULAH KAMI!

XMRKAYX