Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet
KUALA LUMPUR, 6 Jun - Sekumpulan rakyat prihatin yang dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) mengadakan demostrasi di luar perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebentar tadi, mendesak supaya Perdana Menteri dan Timbalannya meletakkan jawatan serta membubarkan Kabinet.
Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak tengah hari sudah menantikan perhimpunan tersebut.
Ketika Pengerusi Ikrar, Mustapha Mansor menyatakan tuntutan dan gesaan kerajaan supaya menurunkan harga minyak, ada di kalangan peserta yang melaungkan 'Hancur BN' dan 'PM Pembohong' di samping menaikkan sepanduk 'Tarik Balik Harga Minyak' bagi menyatakan bantahan disebabkan keperitan beban kos sara hidup yang tinggi akan kenaikan bahan bakar tersebut.
"Rakyat telah menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu...nyata BN tidak prihatin nasib rakyat.
"Kita akan terus menagadakan demostrasi setiap Jumaat sehinggalah mengadakan perhimpunan besar-besaran Protes 12 Julai nanti selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak," kata Mustapha kepada orang ramai.
Difahamkan beberapa siri demonstrasi kecil dan pengedaran risalah membantah harga minyak turut diadakan hari ini di beberapa lokasi berbeza di ibukota antaranya seperti Masjid Negara, Sogo dan KLCC.
Image
Dalam pada itu Ikrar juga turut menuntut agar kerajaan membentang laporan kewangan tahunan Petronas kepada umum secara terbuka malah menggesa supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak berundur kerana tidak mampu mentadbir ekonomi negara secara berkesan
Ikrar juga mendesak supaya kabinet yang sedia ada dibubarkan kerana terbukti tidak prihatin kepada nasib rakyat dan telah mempersendakan kepercayaan rakyat paada pilihan raya umum ke 12 yang lalu," katanya lagi
Perhimpunan aman itu berakhir kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang insiden tangkapan namun kelihatan beberapa anggota polis mengambil beberapa sepanduk kecil dan menasihati agar orang ramai bersurai termasuk kumpulan Ikrar tersebut.
Sebelum ini Penyelaras Gabungan Protes Harga Minyak (Protes) Dr Hatta Ramli dalam satu sidang medianya meyatakan bahawa akan mengandakanperhimpunan besar-besaran yang dijangkakan akan menghimpun lebih 100,000 rakyat di KLCC jam 3 petang, 12 Julai nanti
"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu.
Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.
"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.
Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Friday, June 6, 2008
Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet
Posted by Paku Neraka at 8:06 AM
Labels: Berita terkini, Isu Hangat, Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment