Khabar angin
Dengar-dengar, Khabar Angin & Rasa-rasa (Sila email saya jika ada sebarang masalah):-
1. Orang Melayu patut dibuang status bumiputera kerana mereka akan menjadi malas ?
2. Malaysia perlu dibuangkan status negara Islam kerana... tanya MCA.
3. Kebebasan beragama murtad perlu diwujudkan akta mengenainya bagi memudahkan pemurtadan ?
4. Azan perlu diperlahankan bunyinya kerana orang bukan Islam ingin tidur dengan nyenyak dan tidak sedap seperti lagu orang bukan Islam
5. Asap Tok Kong patut diabaikan kerana tidak merbahaya walaupun ia berbau lebih pekat daripada asap rokok
6. Loceng kuil Hindu tidak pernah dipersoalkan kerana rupa wajah serta misai penganut Hindu sangat menakutkan
7. Ramai yang tidak tahu bahawa akhbar Harakah kepunyaan PAS telah menyiarkan beberapa tindakan kerajaan meruntuhkan masjid dan surau dengan alasan bangunan suci itu ada kaitan dengan pengganas, ajaran sesat dan politik
8. Kumpulan Al-Arqam yang pernah difatwakan sesat dikatakan hebat dari segi ekonominya suatu ketika dahulu
9. Pemimpin Al-Arqam pernah di ISA kan dan dibebaskan semula
10. DEB pun patut dibuang kerana menguntungkan semua orang Melayu rasanya orang UMNO sahaja
11. Khir Toyo mengatakan bahawa DEB akan menguntungkan orang bukan Melayu juga
12. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia tidak perlu diwajibkan kerana perkataan MyKad ?
13. VCD cetak rompak perlu dihalalkan kerana rakyat Malaysia hendak cari makan hidup
14. Pelacuran perlu dihalalkan bagi mengurangkan kes rogol dan sumbang mahram serta lelaki kucing miskin
15. Orang Cina perlu belajar diluar negara kerana tidak berpeluang belajar di Malaysia
16. Orang India banyak melarat jadi penjenayah dan korek sampah
17. Samyvellu adalah seorang menteri yang sering dipertikaikan prestasinya
18. Pak Lah adalah seorang PM yang pernah tertidur di dewan parlimen
19. Proton suatu idea Mahathir merupakan suatu jenama yang bersifat mengejar keuntungan akhirnya rugi
20. Malaysia mengalami kenaikan harga keperluan asas walaupun rakyat bising tetapi tidak dapat berbuat apa-apa
21. Penulis blog akan dimasukkan ke dalam OSA atau mungkin ISA jika bongkar rahsia tulis khabar angin
22. Orang Cina terbabit dengan sindiket Ah Long dan menjadi tali barut CTOS ?
23. Helikopter NURI makin tua makin menjadi lalu diganti selepas 6 orang mati katak
24. Orang kuat Najib ada skandal bunuh perempuan Mongolia, kambing polis pun dipaksa terlibat
25. Jerubu sering berlaku dan tidak dapat dielek. Dikatakan orang Malaysia punya angkara di Indonesia
26. Kita punyai hutan tebal yang mampu menyukarkan pencarian beberapa juruterbang TUDM
27. Kita punyai masalah melakukan pendaftaran atau apa jua dokumentasi kerana birokerasi
28. Rasuah dikatakan menjadi amalan orang-orang kenamaan dan semua negara di dunia bangga ?
29. Rakyat Malaysia yang memandang pada warta perdana dan kemudiannya akan percaya 70%
30. Media pembangkang tak boleh pakai. Ia seperti khabar angin. Pembangkang patut sokong kerajaan
31. Banjir tak akan dapat diselesaikan walaupun terowong SMART telah dibina
32. Tol sudah disinonimkan dengan Samyvellu
33. Artis, anggota pertahanan negara, pemain bolasepak, pekerja McD, KFC, Pizzahut dan 7-Eleven di Malaysia majoritinya Melayu
34. Mat rempit dibenci oleh budak-budak Cina yang mempunyai kereta
35. Mat rempit disinonimkan dengan kes rogol dan ragut
36. Mat rempit terdiri dari kaum Melayu sering juga menolong mangsa kemalangan jalanraya dan menjalankan peniagaan tukar tiub motorsikal di lebuhraya
37. Di Johor lebuhrayanya menjadi litar yang selesa untuk perlumbaan drift haram. Rakyat Singapura juga turut menumpang keluasan litar sementara itu dengan menghadirkan diri bersama kereta lumba yang 2 kali lebih hebat
38. Budak sekolah telah berkali-kali menelan makanan basi yang mana akhirnya dihospitalkan
39. Kejadian kehilangan Yin telah membuktikan Polis boleh bekerja keras dan Malaysia tidak asing dari penculikan
40. Malaysia dikatakan mengamalkan pedagangan manusia
41. Ying ying dibunuh kerana ibunya yang patut diberi anugerah pelakon wanita terbaik
42. Parti pembangkang tidak boleh berpolitik dengan adil seperti di negara penjajah
43. Laman web kerajaan masih mundur dan baru-baru ini ada syarikat menerima tender memperbaikinya
44. Kejadian membantu masyarakat bumiputera akan tiba dengan begitu rancak disaat ketibaan pilihanraya
45. Pasukan bolasepak kita kalah dan juga mempunyai kemudahan 100% lebih baik daripada pasukan Iraq
46. Naib presiden FAM meletakkan jawatan tetapi bapanya ingin kekal memerintah FAM.
47. Kuasa golongan DiRaja tidak sekuat PM walaupun mereka belajar tinggi
48. Malaysia dikatakan bukan milik kaum Melayu
49. Orang Cina dan India berjasa di dalam memerdekakan Amerika Syarikat Tanah Melayu (Malaysia)
50. Orang UK pun benci istilah bumiputera
51. Hishamuddin suka budaya mengangkat keris tetapi tidak bagi Lim Kit Siang
52. Jutawan Malaysia yang teratas masih lagi datang dari bangsa Cina dan India. Melayu di bawah
53. Perdana Menteri Malaysia dikatakan ada kedai Nasi Kandar bungkus di Australia
54. Anak Nazri bersahabat dengan anak Datuk K. Mereka minum alkohol dan bergaul tanpa batas
55. Pelatih tentera agak sinonim dengan ragging
56. Sungai Malaysia tidak bersih kerana tercemar dengan sampah dan toksik
57. Negeri Kelantan sering diburukkan oleh RTM
58. Lagu Negarakuku yang dinyanyikan oleh Cina Muar diminati ramai oleh kaum Cina. Ia dijual di pasar malam.
59. Isu bangunan bocor cuba disongsangkan oleh 2 ahli parlimen BN dengan mengaitkannya dengan haid.
60. Kaum Cina banyak online daripada kaum Melayu khususnya di laman web yang berilmiah
61. Orang Melayu akan bersatu bila tiba bulan Ramadhan dan bila bercakap bab babi-itu-haram
62. Orang Cina sedar akan sikap orang Melayu yang tidak mengira kaum di dalam berniaga (jual-beli)
63. Orang Melayu banyak dikaitkan dengan isu rasuah dan penyelewengan
64. Orang Cina banyak yang berniaga daripada bangsa-bangsa lain di Malaysia harga naik, mereka tahu dulu
65. Orang Melayu menganggur kerana tidak tahu berbahasa Mandarin dan Kantonis
66. Orang Cina tidak ada istilah kasihan di dalam berniaga selalunya berbanding dengan peniaga Melayu
67. Syarikat Melayu bungkus lebih cepat daripada syarikat Cina bungkus
68. Orang India dikatakan bangsa kelas ke-3
69. Orang India ada yang bekerja dikedai Mamak walaupun bukan beragama Islam
70. Hukum hudud tidak boleh dijalankan kerana Malaysia negara berbilang kaum bukan Arab Saudi
71. Orang Melayu banyak bertudung semasa Raihan dan kumpulan nasyid lain di puncak kegemilangannya
72. Di dalam tunjuk perasaan mana-mana pun, kaum Melayulah yang paling ramai sekali
73. Orang PAS dikatakan kolot kerana menyarankan pelacuran, perjudian, konsert lagha diharamkan
74. Golongan ustaz disinonimkan dengan letupan dan bom
75. Sekolah Agama Rakyat ditutup tanpa disedari filem lucah buatan sendiri .3gp dan .mpg makin bertambah
76. Ramai ibubapa mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama dan sekolah Cina lewat-lewat ini
77. AP diperdangangkan demi kepentingan diri-sendiri
78. Banyak budak-budak Melayu suka penyanyi kaum Cina yang menyanyi lagu Melayu
79. Jalanraya Malaysia banyak yang berlubang-lubang dan tidak punya kaki lima dan laluan motorsikal keseluruhannya
80. Pendatang asing banyak yang melakukan jenayah. Tidak dinafikan Malaysia rugi dalam kos menanganinya
81. Pendatang asing takut bekerja di Malaysia kerana kes dera pembantu rumah dan kes bunuh majikan
82. Kekurusan badan remaja di Malaysia terserlah sehingga ke perlawanan bolasepak
83. Akhbar Malaysia sering menyatakan ekonomi semakin baik tetapi banyak syarikat yang dibeli dan bergabung
84. Banyak orang Malaysia yang berhijrah ke negara luar tetapi disangkal dan dikatakan hanya sedikit bilangannya
85. Gaji minimum hanya akan dilaksanakan pada sektor kerajaan dan tidak pada sektor swasta
86. Gelaran Tan Sri, Datuk, Dato, Al-Haj, menjadi buruan di Malaysia tetapi hanya laku di Malaysia
87. Orang Malaysia banyak meniru negara luar termasuk lagu dan rupa bendera
88. Pelakon di Malaysia tidak banyak dikeluarkan di televisyen akhirnya muka-muka yang sama mewarnai televisyen
89. Filem Malaysia banyak berkisar tentang cinta dan tiruan cerita dari filem negara lain
90. Cina Muar satu-satunya orang yang berani menyanyikan lagu yang berbaur politik. jangan saman saya
91. Banyak rakyat Malaysia yang akan mengundi Barisan Nasional sekali gus mengekalkan pemerintahan mereka
92. Seekor biawak SPR yang diberi makan berada di bawah kerajaan dikatakan berat sebelah
93. Pihak berkuasa mudah dipatahkan dengan teknik suapan rasuah
94. Streamyx dikatakan tidak cukup port untuk menampung para pelanggannya. Akibatnya jalur lebar mereka menjadi bahan ketawa dan bahan makian semua lapisan masyarakat Malaysia
95. Laman web MEGAUPLOAD dan Rapidshare menjadi sebahagian daripada layaran Internet sehari-hari
96. Rakyat Malaysia sukakan peraduan dan barangan percuma
97. Orang Islam tidak dibenarkan berjudi tetapi muka-muka mereka yang menghiasi tempat-tempat berjudi
98. Berjudi dikatakan dapat mencegah kes bunuh dan gejala kemiskinan
99. Makanan sarapan pagi orang Malaysia tidak lari daripada menikmati Nasi Lemak dan Roti Canai
100. Rakyat Malaysia sukakan bolasepak tetapi bencikan prestasi pasukan bolasepak negara
101. Dikatakan politik memusnahkan reputasi para atlit sukan negara
102. Dr.M tidak berbaik dengan Pak Lah tidak berbaik dengan Anwar Ibrahim
103. MCA dan DAP akan bersatu pada satu-satu isu yang penting bagi bangsa Cina
104. MIC nampaknya dikuasai penuh oleh Samyvellu dalam tempoh yang sangat panjang
105. Pak Lah tak senang duduk selepas perkahwinan keduanya kerana disusuri dengan banjir teruk di KL
106. Kawasan bandar yang membangun dikuasai oleh wakil rakyat berbangsa Cina (contohnya Bukit Bintang dan PJ)
107. Putrajaya adalah satu kawasan yang agak tawar untuk diperbualkan dengan masyarakat bukan bumiputera
108. Chow Kit dan Bukit Bintang menjadi kawasan lampu merah red light district di Kuala Lumpur
109. Budak-budak Melayu lebih banyak terima pinjaman daripada bangsa lain di Malaysia
110. Proses belajar di Malaysia lebih menjurus kepada berapa banyak A yang boleh didapati
111. Banyak laman web berbahasa Melayu mula menceburi bidang tipu-menipu dan cepat kaya
112. Banyak orang Melayu terjerumus dengan Swish Cash, Abbfund dan sebagainya
113. Deanna Yusuf pernah cium lebih satu saat dengan seorang pemuda Cina
114. Kebanyakan pengguna YouTube dari Malaysia sukakan slot hiburan sahaja
115. Banyak orang di Kuala Lumpur tidak lakukan eye contact demi keselamatan dan kesibukan
116. Kad Ah Long banyak memenuhi peti surat rumah-rumah kedai, plaza dan tempat-tempat lain di Malaysia.
117. Sistem letak kereta tidak dilakukan dengan betul di Malaysia akhirnya wujud banyak double parkers
118. Banyak siaran televisyen tempatan menyiarkan drama atau pun program luar negara yang boleh didapati di laman web torrent
119. Terdapat stesen radio di Malaysia yang terdesak untuk meraih keuntungan lalu melakukan pertandingan gila
120. Kes jenayah meningkat dengan mendadak di Malaysia khususnya di bandar-bandar
121. Ketua Polis Negara pernah dituduh bersubahat dengan ketua gangster
122. Banyak pekerja di Malaysia tidak begitu mantap prestasinya khususnya di bahagian servis kerana mereka tidak punya pengalaman yang tinggi dan mereka digaji dengan rendah bagi penjimatan kos syarikat yang semakin rugi
123. Banyak kaki bohong dan kaki pinjam menghinggapi orang-orang pencen dan orang yang berpotensi mempunyai wang
124. Kesesakan lalulintas yang terdari setiap hari di Lembah Klang adalah kerana sistem jalanraya yang tidak dirancang dengan betul
125. Teksi tidak sepatutnya dilengkapi dengan lampu signal kerana teksi jarang beri signal
126. Banyak pelajar Malaysia yang belajar diluar negara menghabiskan masa dengan bercit-cat, MySpace, berforum dan memuat-turun benda-benda yang tidak berfaedah.
127. Penulis blog Malaysia tidak banyak yang kreatif kerana mereka tidak rajin membuat kajian dan sering menyalin dari laman web yang lain
128. Banyak orang di Malaysia masih menggunakan motor 2 lejang di mana ia diharamkan di negara barat kerana proses pembakarannya tidak lengkap dan akan menyebabkan pencemaran
129. Ramai yang mengatakan DVD cetak rompak sukar didapati di sekitar Lembah Klang padahal dengan duduk di restoran Mamak sahaja DVD cetak rompak akan menemui anda
130. Terbaru, penjual DVD cetak rompak ini menggunakan motor ala penjual putumayam dan proses pesanan melalui telefon
131. Roti Syarikat Federal Bakery yang terkenal dengan rotinya yang kurang bahan kimia sekarang sukar didapati di Lembah Klang
132. Syarikat Roti High 5 pernah ditutup kerana tidak menjaga kebersihan serta beberapa gambar kejadian telah dimuat-naikkan di Internet
133. Syarikat penerbangan Malaysia MAS menyajikan arak kepada para penumpang. Para pekerja MAS majoritinya beragama Islam
134. Banyak orang di Malaysia sanggup menghabiskan duit untuk SMS mengundi artis daripada mengundi di dalam pilihanraya yang berat sebelah
135. Super Mokh atau pun Mokhtar Dahari dikatakan masih tidak ada penggantinya
136. Rumah-rumah di Putrajaya tidak berpagar kerana sekuritinya ketat
137. Harga tembaga melonjak naik dan ini mengakibatkan kecurian kabel-kabel penting di Lembah Klang
138. Restoran Mamak dan Kafe Siber yang selalunya dibuka 24jam kini dibuka hingga pukul 2-3pagi sahaja berikutan saranan kerajaan dan tidakan para perompak
139. Malaysia banyak meniagakan produk negara lain dan tidak ada usaha rancak ke atas bidang RND
140. Najib begitu berbangga dengan perniagaan darah tiruan yang akan dilangsungkan tidak lama lagi
141. Banyak hospital di Malaysia pernah menyatakan tentang kekurangan penderma darah di Malaysia
142. Barang berjenama tiruan boleh diperolehi dengan banyak di Jalan Petaling
143. Para peniaga berbangsa India telah dibanjiri dengan banjir besar selepas perkahwinan kedua Pak Lah dengan mereka amat marah
144. Ibu pejabat MIC turut dilanda banjir dan mengalami kerugian munurut Samyvellu
145. LRT kini dikatakan mengalami masalah kelewatan untuk tiba betul-betul pada masanya
146. Para pekerja MAS ramai diberhentikan dengan sukarela dan dengan pampasan ia telah mengakibatkan kelewatan penerbangan dan ketibaan pesawat
147. Ramai masyarakat bukan Islam tidak tahu berapa kali sepatutnya orang Islam perlu bersolat
148. Pakar motivasi terkenal Fadhilah Kamsah pernah menyatakan kekesalan beliau dengan sikap umat Islam di Malaysia yang sering meninggalkan solat kerana kesibukan dan lain-lain
149. Secara kasar jika kita kunjungi ke bandaraya kita akan lihat kemajuan yang pesat serta keruntuhan moral yang banyak berbanding masa dahulu
150. Tidak ramai penduduk di Lembah Klang tahu jalan-jalan di setiap daerahnya
151. Perarakan Cina mati sukar untuk dilihat seperti dahulu yang lengkap dengan orang yang berkaki panjang, van mayat, paluan alat muzik dan tangisan ahli keluarga serta polis trafik yang memberi kerjasama
152. Perarakan hari Thaipusam masih dilakukan dan budaya atau amalan membaling kelapa masih juga dilaksanakan
153. Apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha banyak krisis yang sering dihadapi seperti kekurangan bekalan kelapa, cili dan daging ayam
154. Orang putih yang melawat Malaysia sering dilayan dengan penuh hormat kerana mereka tinggi dan kacak serta cantik?
155. Banyak lori-lori memunggah barang di hadapan kedai dan tidak memunggahnya di lorong yang terletak belakang kedai yang mana ianya khas untuk lori-lori memunggah barang
156. Lorong belakang kedai di Malaysia 99% tidak dijaga kebersihannya ia menjadi sarang penagih dan penyamun serta perogol
157. Orang Malaysia dikatakan tidak layak bekerja standard buruh seperti pendatang asing di Malaysia
158. Orang Malaysia dikepungi dengan pelbagai pinjaman.
159. Penjual kad kredit dan pegawai semakin bertebaran di kawasan yang tidak membangun untuk mencari pelanggan
160. Pelbagai teknik pembayaran diperkenalkan sehingga ke telefon bimbit bagi membolehkan pemilik telefon bimbit membuat bayaran (contohnya MobileMoney yang dikaitkan dengan Raja Gula Malaysia)
161. Tempoh perayaan Tahun Baru Cina digunakan oleh sesetengah masyarakat Cina untuk berjudi di Genting Highlands
162. Tan Sri Haniff Omar dikatakan mempunyai kepentingan di Genting Highlands
163. Professor Dato' Dr. Harun Din, Dato Ustaz Ismail Kamus dan Dato Ishak Baharom tidak keluar televisyen sejak mereka digam kerana bercakap mengenai soal yang menyentuh isu-isu politik
164. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditumbuk oleh Tan Sri Rahim Noor iaitu bekas Ketua Polis DiRaja Negara
165. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga diracun dengan racun yang bernama Arsenik
166. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ke Jerman untuk menjalani rawatan tulang belakang akibat dibelasah Tan Sri Rahim Noor
167. Orang Melayu dikatakan percaya dengan teknik berpolitik untuk berjaya
168. Orang Cina dikatakan percaya dengan teknik berniaga untuk berjaya
169. Orang India banyak yang menjadi para penguam dan pengurup wang
170. Ahli-ahli UMNO kebanyakannya tidak menghadapi masalah kewangan. Bahkan mereka kaya
171. Ahli-ahli PAS kebanyakannya mengalami kesempitan hidup. Mereka sering melakukan tunjuk perasaan
172. Di Malaysia tunjuk perasaan sering dipandang negatif dan juga sering dikaitkan dengan para perusuh yang selalu melakukan kerosakan harta benda awam
173. Kamera Litar Tertutup CCTV akan dilengkapkan pada pelbagai lokasi seperti sekolah, jalanraya, tempat-tempat awam, pasaraya, hospital dan sebagainya bagi memantau keadaan
174. Banyak peniaga Cina yang mendapat tender CCTV ini walaupun mereka disubkan kerana penerima tender pertama sudah tentu tidak punyai barangan CCTV dan pengalaman untuk menyelenggarakan CCTV secara teknikal.
175. Kebanyakan projek sekarang bernilai bukan jutaan tetapi berbilion-bilion ringgit
176. Ada pihak mengatakan pengambil tender 'makan besar' dan tipu rakyat
177. Terdapat golongan yang masih percaya akan semua berita parti pembangkang itu hanyalah khabar angin semata-mata
178. Di Amerika Syarikat parti kerajaan dan pembangkang mempunyai kebebasan bersuara baik dari segi media dakwat dan elektronik (televisyen, radio dan Internet)
179. Setiap ceramah yang dilakukan oleh parti pembangkang akan dihadiri dengan anggota-anggota FRU serta trak yang mampu memancutkan air asid pemedih, penggatal kulit & mata
180. Tian Chua selalu menunjukkan mukanya di dalam banyak peristiwa tunjuk perasaan dan peristiwa memprotes
181. Anwar Ibrahim pernah memberitahu kepada Tian Chua supaya makan banyak sedikit
182. Tunku Abdul Rahman mengatakan politik itu kotor
183. Tiada siapa yang tahu mengapa Tunku Abdul Rahman memakai songkok dengan gaya letakan yang sedikit senget
184. Gaya percakapan dan sebutan Bahasa Inggeris Tunku Abdul Rahman lebih bergaya serta berkualiti daripada PM-PM yang lain cuba cari video beliau dengan komunis di YouTube
185. Ada yang mengatakan mangsa banjir di Johor tidak dibantu dengan adil bahkan mengikut warna kulit dan jenis kaum
186. Banjir di Johor dikaitkan dengan pencurian penambakan pasir yang dicuri diambil dari tanah Johor
187. Kapal pengorek pasir milik Singapura dikatakan pernah terhanyut ke pantai barat Malaysia
188. Di Melaka terdapat golongan Melayu yang mengorek kubur anak dara bagi mengambil cebisan daging di bahagian dagu mayat untuk dibuat minyak pengasih yang bernama minyak dagu
189. Di perkuburan orang Cina, ada berlaku sesi meminta pertolongan untuk menang nombor ekor
190. Kemalangan di Malaysia sering ditonton dan dikerumuni oleh orang ramai. Ada juga pemain nombor ekor yang bergegas ke tempat kejadian bagi mengambil nombor pendaftaran kereta yang terbabit dengan kemalangan yang juga sering digunakan oleh taukeh nombor ekor
191. Zoo Negara, Muzium Negara, Tugu Negara adalah tempat yang jarang di lawati oleh rakyat Malaysia. Bahkan ada yang tidak pernah ke sana
192. Satu letupan bom pernah berlaku di stesen bas pudu raya yang mengenai seorang budak kecil perempuan Melayu. Bom tersebut dikatakan gabungan tin gam, bateri motorsikal dan botol air mineral selamat mencuba
193. Kebanyakan artis yang telah diuji bakat di dalam program realiti di televisyen perlu menyanyikan lagu-lagu pop barat dan berimejkan artis barat. Lagu Melayu yang mempunyai baris lirik "kacang meleleh" ditolak keras oleh juri.
194. Kebanyakan anak muda Malaysia sanggup beratur untuk pergi ke pesta atau ujibakat tetapi tidak sanggup beratur untuk mengundi
195. Banyak penjual burger tepi jalan adalah terdiri daripada remaja dan lelaki dewasa Melayu. Ada di antara mereka telah ditaja oleh peniaga dan pembekal daging burger Cina
196. Banyak cop halal telah didapati palsu oleh JAKIM suatu ketika dahulu, ini juga memberitahu kita tentang bertapa mudahnya logo itu untuk dibentuk ke atas bungkusan produk mereka
197. Sosej di IKEA Damansara pernah didakwa haram kerana sarung kulit sosej tersebut diperbuat daripada babi
198. Ada orang Cina mengatakan bahawa kalau nak jadi orang Cina mesti makan babi
199. Orang Cina juga terkenal dengan sikap suka berjudi
200. Pasangan suami isteri artis di Malaysia sering bercerai seperti artis barat
201. Keganasan rumah tangga di Malaysia dikatakan banyak berlaku terutama pada pasangan suami isteri yang muda
202. Ubat-ubatan atau produk meningkatkan daya seks di negara semakin bertambah. bahkan ada yang dicampuri kimia yang merbahaya dan dadah yang boleh merosakkan jantung
203. Bahasa Jawi telah menjadi tidak popular di kalangan muda-mudi sekarang.
204. Jika di waktu dahulu terdapat segelintir orang Cina yang reti Bahasa Jawi
205. Bahasa baku telah dimansuhkan sebaik sahaja Anwar Ibrahim ditangkap. Anwar Ibrahim berbahasa baku (kerana beliau menyebut negara bukannya negare)
206. RTM mengharamkan ahli panel yang berkopiah dan berjanggut serta berpakaian berwarna hijau. Kerana ia dikatakan melambangkan imej parti PAS
207. Ramai pendatang asing yang berjantina wanita telah ditipu oleh ajen yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah dipaksa melacur dan bukannya bekerja dengan kerja yang mulia.
208. Ramai rakyat Malaysia menjadi hairan dan tidak tahu maknanya apabila Amerika Syarikat menuduh Malaysia merupakan suatu negara yang menjalankan perdagangan manusia.
209. Secara tidak sedar, banyak akhbar arus perdana di Malaysia ini mengalami kekurangan berita jenayah apabila tibanya bibit-bibit pilihanraya
210. Nathaniel Tan pernah ditangkap kerana didakwa memfitnah kerajaan
211. Intel Core 2 Duo bukan ciptaan orang Malaysia walaupun terdapat ukiran MADE IN MALAYSIA
212. Malaysia mempunyai menara yang tinggi berbanding negara-negara maju yang lain. Dikatakan menara berkembar Petronas itu dibina oleh dua syarikat iaitu gabungan syarikat Korea Selatan dan Jepun
213. Kaum India miliki Bahasa Tamil
214. Kaum Cina miliki Bahasa Mandarin, Kantonis dan lain-lain
215. Kaum Melayu miliki Bahasa Melayu Bahasa Malaysia
216. Istilah Bahasa Melayu sudah dilupuskan dan telah digantikan dengan kerana kaum Melayu penghuni agung Malaysia atau ada pihak ingin melupuskan bahasa kaum Melayu ?
217. Orang Cina yang pergi ke Kelantan harus berdialek Kelantan untuk bercakap dengan mereka secara amnya
218. Kebanyakan peniaga di Kelantan adalah terdiri daripada bangsa Melayu berbanding Kuala Lumpur yang terdiri daripada kaum Cina
219. Integrasi kaum di Malaysia tidak dapat dilihat di Amerika Syarikat kerana tidak ramai orang Melayu, India dan Cina
220. Terdapat orang Melayu yang berhijrah ke negara barat tetapi masih mengekalkan title bangsa Melayu mereka
221. Kaum Cina di Malaysia mempunyai Chinatown di Malaysia yang bernama Jalan Petaling.
222. Ramai pemandu di Malaysia menggunakan lampu kuning untuk memecut laju
223. Ramai pemandu di Malaysia menggunakan hazard light ketika membawa kereta di waktu hujan lebat
224. Banyak syarikat-syarikat di Malaysia masih tidak punyai laman web sekaligus menjadikan warga Singapura terliur
225. Sedar tak sedar Malaysia dahulunya negara pertanian kini perlu bergantung pada beras siam (Thailand) untuk makan nasi
226. Kejadian Selatan Thai, di Tak Bai ketika bulan puasa amat menyedihkan orang Islam di Malaysia
227. Malaysia dikatakan akan menjadi hub produk halal di Asia Tenggara
228. Setiap kali Pak Lah berucap, beliau akan menggunakan teks
229. Dr.M telah berucap tanpa menggunakan teks dengan kerap semasa pemerintahan beliau
230. Ada pihak mengatakan MCA dan MIC hanya boleh bersuara sedikit sahaja berbanding UMNO ianya diibaratkan seperti kes kaum Melayu = kes Negara
231. Ada yang mengatakan penjual komputer sering mengenakan harga tinggi pada harga casing yang sebenarnya hanya berkos RM80 - RM90
232. Barangan komputer di Malaysia perlu dinantikan selama 1 bulan selepas penyerahan bagi tujuan warranty
233. Harga keuntungan yang dibuat oleh penjual perkakasan komputer dikatakan hanya RM3-RM5 atau RM5-RM10. Ada yang mengatakan berlakunya invois bawah meja
234. Akibat kesempitan hidup, orang Melayu telah menjadi tali barut Ah Long dengan mengedar kad Ah Long di bangunan-bangunan, di rumah-rumah kedai dan di kereta-kereta
235. Ramai rakyat mula mendaftarkan syarikat bagi tujuan berniaga secara sah tetapi terlupa bahawa syarikat berurusan dengan kad kredit tidak pernah berdaftar sama sekali
236. Selangor dikatakan tunjang kemajuan Malaysia kerana terdapat banyak kilang negara luar dan orang Cina di sana
237. Ramai juga kaum Melayu yang tidak tahu bahawa tiada langsung kilang-kilang atau sumber barang sebenar yang hendak dijual yang dibuat dan dibekalkan oleh orang Melayu
238. Kecurian pasir bukan sahaja berlaku di Johor tetapi ia turut berlaku di Selangor dengan rancak sekali
239. Ramai orang Melayu menjual barangan hasil kilang buatan China
240. TNB akan bungkus jika rakyat Malaysia menggunakan tenaga solar bagi menjana tenaga elektrik di rumah-rumah mereka dengan hanya beberapa ribu atau puluh ribu untuk penggunaan seumur hidup atau pun puluhan tahun
241. Ramai orang Melayu tidak tahu bahawa kebanyakan seluar dalam mereka buatan kilang China
242. Syarikat bekalan air SYABAS juga akan bungkus jika kontraktor menerapkan alatan berguna seumur hidup iaitulah Rain Harvesting system
243. Ramai orang Melayu tidak sedar bahawa kebanyakan tetikus mouse komputer mereka buatan kilang China
244. Para ulamak hanya laku di Malaysia apabila ada upacara membaca doa selamat dan kematian
245. Ramai orang Melayu tidak sedar jika orang Melayu memang dikatakan bukan berasal dari Tanah Melayu mereka tidak boleh balik ke negara China kerana mata mereka tidak sepet dan bukan pun berasal dari tanah komunis itu
246. Masjid dan surau di Malaysia serba kosong kerana hanya terdapat satu hingga dua baris sahaja berbanding Solat Jumaat
247. Orang bukan Islam telah melihat bahawa Solat Jumaat itu lebih penting daripada solat wajib 5 waktu.
248. Di Malaysia terdapat gereja penganut Kristian yang berlainan ajaran
249. Pak Lah telah berjaya menerbitkan Islam Hadhari yang akhirnya menjadikan orang bukan Islam keliru dengan agama Islam sebenar
250. Orang bukan Islam mahukan Malaysia menjadi negara Sekular tetapi orang Islam di Malaysia mahu menjadi negara Islam. Ada yang mengatakan bahawa ini satu sandiwara kerajaan untuk meraih undi
251. Dahulunya Eric Chia dituduh dengan hebat sebagai penyeleweng syarikat PERWAJA tetapi sekarang dia telah dibebaskan dan tidak bersalah. Dikatakan penguam turut naik bingung
252. Pelajar Melayu lebih gemar menyanyikan lagu kumpulan dari Indonesia berbanding negara sendiri
253. Afdlin Shauki pernah berkata bahawa banyak penyanyi Indonesia punya suara yang sedap
254. Di Malaysia ramai penduduknya yang takut untuk bersuara dan beri komentar sehinggakan air paip berwarna keruh pun masih berdiam-diri
255. Buat pembaca yang bukan datang dari Malaysia, anda akan dapat lihat bagaimana baik hatinya orang Malaysia walaupun ditipu, dipijak dan dimaki tetapi mereka tetap memaafkannya bahkan menyokong pula si penjenayah yang sering berlagak baik.
Friday, September 21, 2007
KHABAR ANGIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
puas aku membacanya.. :)
http://cat-world.50webs.com
Post a Comment