Wednesday, October 17, 2007

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Berbanding Orang Asia?


From: Nasaruddin Abu Bakar

Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek.

Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.

Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan "MENURUT SAINS". Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ".

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!


Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??

2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??

3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.

4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.

5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.

6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.

7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.

8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.

9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5' 11" atau lebih tinggi lagi.

Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
fuiyoh!!!
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5' 4". Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5' 11". Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5' 11' sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

hmmm patut la aku tinggi lampai..aku ni jenis kuat makan roti laa.makanan segara aku roti laaa no roti no lifeee


0 comments: