Petikan Dari tranungkite Pada 1.10.2007,saya telah ke klinik untuk membeli ubat. Semasa saya keluar dari klinik tersebut,saya terpandang seorang yang memang berwajah melayu masuk kesebuah kedai disitu. N ampak seperti biasa saja.
Oleh tongkatsakti
"
Bila keluar saja dari kedai itu, tidak semena-mena dia[seorang lelaki]terus melutut. Saya yang melihat tidak menyangka, perbuatan itu sebenarnya adalah untuk berdoa. Itupun setelah saya lihat dia menggenggam tangan seraya mendongak kelangit dan berdoa eterusnya tangannya memangkah dari dahi ke bawah, bahu kanan ke bahu kiri. Selepas itu dia terus mencium tanda SALIB yang tergantug dilehernya yang membuatkan saya betul2 terkejut.
Saya kecewa dengan situasi ini kerana dia seolah2 bangga dengan agama baru ini. Selama ini saya hanya mendengar tentang kes2 murtad ni. Tetapi saya tidak sangka akan melihat sendiri kedangkalan anak melayu kita yang sanggup jual agama kerana wang.
Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Diri sendirikah atau undang2 yang ada sekarang yang tidak mampu membendung gejala murtad atau jabatan agama/kerajaan yang penuh dengan kerenah birokrasi apabila meminta bantuan?
Apapun jawapan kita, gejala murtad menjadi masaalah kita umat Islam. Jangan biarkan ia terus menjadi BARAH dalam masyarakat kita. Sayangi ISLAM, SAYANGI KELUARGA KITA. JANGAN BIARKAN BARAH INI TERUS MEREBAK MENJANGKITI KITA."
Wednesday, October 3, 2007
Murtad Barah Masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment