Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah isteri kita. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada 'kuasa' untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita.
Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.
Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, "Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?" sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata, "Ennn, cantik?. Kemudian dia akan ambil lagi kain yang disebelah dan diletak lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, "Yang ini pula Bang?,". Kita pun menjawab, "Cantik juga?". Dia pun naik kelabu fikiranya dan meminta kepastian, "Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?" Kita mula naik 'fed up'. "Mana-mana aje lah" . Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan.
Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa. Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja.
Mengapa boleh terjadi demikian?
- Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi 'time-keeper'
. Jika lebih waktu, kita mula naik 'hot'. - Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, "Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka." Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang. Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, "Baju ini abang I yang pilih kainnya". Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargai nya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira.
- Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita dan malah menyeronokan pula kerana:
- Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.
- Pengunjung yang juga bershopping adalah "peragawati" bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.
- Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang jelling padanya.
- Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah rujukan hiasan dalaman di rumahnya.
- Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.
- Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.
- Dapat membeli barangan / pakaian yang diimpikannya (diangan2kan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.
Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi 'shopping', maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkannya pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, Angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat,
"Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta'ala".
Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita. Pohonlah keberkatan dari Allah sehari bersama dengannya ini.
Selamat Mencuba.
- Pak Utih -
0 comments:
Post a Comment