Thursday, December 27, 2007

Benazir Bhutto dibunuh, Musharraf makin tersepit

Potret terakhir Benazir sebelum dibunuh. Dari AFP.

Krisis politik yang berlaku di Pakistan menjadi semakin rumit apabila bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto terbunuh semalam. Benazir yang baru sahaja selesai memberikan ceramah pilihanraya di Rawalpindi ditembak dileher oleh seorang penyerang berani mati yang kemudiannya meletupkan sebuah bom. Letupan bom tersebut turut membunuh lebih kurang 20 orang lagi penyokongnya.

Kematian Benazir merumitkan lagi Presiden Musharraf yang telah menghadapi banyak tekanan politik dari dalam Pakistan. Musharraf merupakan “agen Amerika” yang menjalankan agenda memerangi keganasan dikatakan tercabar dengan Benazir. Anak kepada Zulfikar Ali Bhutto itu dikatakan bakal mengambil alih tugas Musharraf dalam perang anti keganasan tajaan Amerika Syarikat jika menang besar dalam pilihanraya akan datang.

Akibat daripada kematian Benazir, penyokongnya telah memenuhi jalanraya seluruh negara dan slogan Anti Musharraf semakin hebat dijeritkan. Mereka turut menuduh Musharraf adalah dalang kepada kematian Benazir. Situasi tegang terutamanya di tempat kelahiran Benazir di Sindh yang terletak di Karachi. Telah timbul khabar angin bahawa Musharraf akan menangguhkan pilihanraya pada 8 Januari 2008. Alasannya mudah, pilihanraya mungkin akan menyebabkan keganasan meningkat di Pakistan.


Credit by Amir Iskandar

0 comments: