Sunday, March 30, 2008

Ada Apa Dengan Nama?

Ada Apa Dengan Nama?

Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:

1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R



2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)



3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.



Contoh: ADET ZAIN

Vokal: A+E+A+I

1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7

Konsonan: D+T+Z+N

4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1

Kombo ADET ZAIN ialah 7-1

Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9



Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!



1-1 Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.



2-1 Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.



3-1 Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.



4-1 Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.



5-1 Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman. Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.



7-1 Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.



9-1 Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
____________ _____

1-2 Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.



2-2 Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.



3-2 Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.



4-2 Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.



5-2 Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.



6-2 Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.



7-2 Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.



8-2 Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.



9-2 Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya. Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.
____________ _____

1-3 Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.



2-3 Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.



3-3 Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.



4-3 Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.

5

-3 Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.



6-3 Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.



7-3 Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.



8-3 Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.



9-3Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
____________ _

1-4 Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.



2-4 Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.



3-4 Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.



4-4 Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.



5-4 Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.



6-4 Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.



7-4 Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.



8-4Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?



9-4Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.
____________ ________

1-5 Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.



2-5 Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.



3-5Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.



4-5Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.



5-5Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.



6-5Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.



7-5 Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.



8-5Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.



9-5 Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
____________ ________

1-6 Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.



2-6 Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.



3-6 Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.



4-6 Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.



5-6 Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.



6-6 Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.



7-6 Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.



8-6Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!



9-6 Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
____________ __

1-7 Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.



2-7Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.



3-7 Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.



4-7Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.



5-7Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.



6-7 Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.



7-7 Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.



8-7 Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.



9-7 Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
____________ ____

1-8 Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.



2-8 Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.



3-8 Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.



4-8 Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.



5-8 Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.



6-8 Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.



7-8 Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.



8-8 Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.



9-8 Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.
____________ ___

1-9 Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.



2-9 Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.



3-9 Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.



4-9 Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.



5-9 Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.



6-9 Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.



7-9 Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.



8-9 Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!



9-9 Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.

0 comments: