- 20:31 - Keputusan tidak rasmi, BA menang besar!
Keputusan tidak rasmi yang diterima oleh Harakahdaily menunjukkan peningkatan prestasi BA dalam pilihan raya kali ini. - Kelantan - Di Kelantan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa telah mengesahkan rakyat Kelantan memberi mandat apabila memenangi 30 kerusi negeri.
- Kedah - Di Kedah, sehingga berita ini ditulis (9.30pm), PAS Kedah telah memenangi 15 kerusi Dun.
- Pulau Pinang - Manakala di Pulau Pinang, pembangkang secara tidak rasmi telah menang 24 kerusi dan mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.
- Kuala Lumpur - Sementara itu, di Kuala Lumpur, untuk Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo menang dengan majoriti 2,00o undi. Di Parlimen Lembah Pantai, menurut laporan Malaysiakini, Nurul Izzah (KeADILan) menang mengalahkan Sharizat Jalil (BN).
- Selangor - Calon DAP (Dun Teratai), Jenice Lee kalah calon BN. Di Dun Cempaka (N21) Iskandar Samad (PAS) menang kalahkan BN. Kassim Abdul Aziz (Lembah Jaya) menang kalahkan BN.
- Perak - Di Perak, Sungai Siput, Samy Vellu kalah kepada Dr D Jeyakumar dan calon Kayveas (BN) kalah kepada BA
Saturday, March 8, 2008
Keputusan Tidak Rasmi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment