Monday, March 3, 2008

Lihat bagaimana Kelantan ditadbir dengan penuh amanah!

Kempen Umno/BN kini semakin bercelaru dan penuh pembohongan apabila Naib Presidennya, Tan Sri Muhyidin Yassin membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan negeri Kelantan muflis kerana hutang dengan kerajaan pusat sejumlah RM1 bilion.

Kenyataan Muhyiddin ini amat menghina rakyat Kelantan dalam usaha mereka untuk menawan Kelantan, selepas mereka melihat rakyat Kelantan memberi sokongan padu kepada pentadbiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Razak turut berbohong ketika melawat Kelantan dengan menyatakan rakyat Kelantan miskin, dan BN mahu merawat negeri yang ditadbir PAS itu.

Namun sebenarnya umum mengetahui bahawa negeri paling miskin bukanlah Kelantan, dan sejak PAS mengambil alih Kelantan 18 tahun lalu, kedudukan Kelantan dalam senarai negeri miskin telah berubah daripada tangga kedua kepada tangga ke enam.

Begitupun semalam, seorang Naib Presiden Umno (Muhyiddin) pula mengambil alih tugas sebagai pembohong untuk memancing undi rakyat Kelantan.

Muhyiddin dalam sidang media selepas majlis ramah mesra bersama petani Kada di Kota Bharu mengatakan bahawa kerajaan Kelantan sudah muflis kerana menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion.

Apa yang diucapkan oleh Muhyiddin itu ternyata satu pembohongan besar kerana kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran PAS hanya mempunyai hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM5 juta.

Kelantan hanya berada satu tangga di bawah Sarawak yang langsung tidak mempunyai hutang sedangkan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN mempunyai hutang melebihi RM100 juta.

Lebih teruk lagi Johor yang merupakan negeri kelahiran Muhyiddin mempunyai hutang sebanyak RM700 juta dan merupakan negeri paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat.

Pembohongan yang dilakukan oleh Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin BN yang lain akan menyebabkan Kelantan akan terus kekal di bawah pemerintahan PAS selepas pilihan raya umum nanti.

0 comments: