Sunday, March 30, 2008

Tatacara makan dan minum









Tatacara makan dan minum




Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah
lipat
gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~
sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita
akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.

Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut
sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin
yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan
menghampiri 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit
selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut
selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya
boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam
pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan
pertama tadi.

Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah
makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi
mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi
cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul
8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa
makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh
menghindar dari membuat sembahyang malam.

Tatacara di bilik air



Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan
daripada mendapat batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab
bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar


Tatacara didik anak

Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi
tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan
lebih "lapang" dan "lega" dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah
sempurna dan otak anak akan berkembang pesat

Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan
atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang
secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa
bersemangat waja dan exuberant.

Tatacara didik diri sendiri


Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari
berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu
itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~
emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline,
cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa
penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan
sebagainya.

Ada 3 kategori manusia:-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

0 comments: