Monday, February 25, 2008

Pilihanraya Malaysia ke - 12 (Lagu Mengundi - Klasik)



Lawak gak! hehe

Klasik punya beb! Lama!

Saturday, February 23, 2008

Biadap! Pembunuh Sayyididna Umar Diagungkan,Umar Dicemuh



Biadap! Pembunuh Sayyididna Umar Diagungkan,Umar Dicemuh

Friday, February 22, 2008

Syiah Dan Kristian,seakan serupa



Tengok la video ni!

Tuesday, February 19, 2008

Kejayaan BN

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

2. Jenayah menjadi-jadi

3. Dr M gambarkan BN penuh tunggul mati yang korup

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak

6. Dr M kata Khairy lebih berkuasa dari PM

7. Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji BN

8. Dr M kata 'Patrick Badawi' perintah Terengganu

9. ECER akan sapu tanah rezab Melayu

10. WPI untuk Singapura, gugat Islam

11. Dr M minta siasat PM kerana skandal minyak (Oil for Food)

12. PM langgar garis panduan JPM, lepaskan harta kerajaan

13. Dr M tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?

14. Anak PM juga jutawan segera

15. PM cakap tak serupa bikin dan halang isytihar harta anak menantu

16. Malaysia tercorot dalam senarai demokrasi terencat

Saturday, February 16, 2008

Aku Scandal/Meninggalkanku Sendiri@!



Lagu ni bes kan? kekekeke! Layan je la!

kan ku berikan semua
agar kau gembira sentiasa
engkau tetap pergi
pergi meninggalkan ku sendiri

jgn disimpan tiada rahsia
katakan saja ku terima
engkau tetap pergi
pergi meninggalkan ku sendiri

waktu duka dulu
kita lalui bersama
bahagia bagaikan mlm ditemani bintang terang
hancur hati bila kau undurkan diri
meninggalkan daku
meninggalkan daku sendiri

senyuman manis dibawa angin
ku tunggu dikau terasa dingin
engkau tetap pergi
pergi meninggalkan ku sendiri

Kita Adalah Pengantin! Jom baca!

Kita adalah pengantin..

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya... sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan DIA KEKASIH itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Kepada Muslim sila baca dan sebarkan kalau anda sayangkan Islam!

assalamualaikum wbt tolong sebarkan msg ini pada semua umat islam. kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru, hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. surah surah itu adalah: AL-IMAN , AL -WASAYA, AL-TAJASUD DAN AL-MUSLIMOON. JANGAN SESEKALI layari laman web www.thequran. com (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah PALSU BELAKA!!!.. sebarkan msg ini kepada umat islam seramai yang mungkin!!!!! sebarkan,,, sebarkan jika anda SAYANGkan islam.."

Wednesday, February 13, 2008

Virus baru menyerang! Virus valentine!

hahahahaha......esk valentine!esk virus serang! klu bole x yah bkk ms n email...donlod² juge elakkn esk!its can harm u pc! Virus ni boleh disable ur graphic card!

Friday, February 8, 2008

Dua Tabiat membawa ke neraka!


Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:


"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']


Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Wallahualam..

Ketawa Melampau Hilang ilmu

BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal kita tempuhi kelak.

Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju ke destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika, tetapi di akhirat azabnya berterusan dan berkekalan.

Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur, demikian ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki bagi tempoh panjang.

Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi pernah bersabda: Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.

Saidina Ali sentiasa mengeluh: ... jauhnya perjalanan... sedikitnya bekalan... 

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud: Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata: Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.

Sunday, February 3, 2008

Dahulu ada biasiswa kini tiada, ekonomi Malaysia semakin kebelakang?

Dahulu tahun 70-an Malaysia cuma sebuah negara pertanian, tidak banyak industri, tidak banyak bangunan tinggi,tidak ada industri Petroleum yang hebat macam sekarang ini yang menjana keuntungan berbilion ringgit.

Tetapi ingat lagi tak masa itu kita dan kawan-kawan kita ramai belajar universiti dalam dan luar negara dengan biasiswa ditanggung penuh kerajaan.

Lepas itu belum habis belajar lagi dah dijamin kerja, sesuai dengan bidang yang diambil.

Sebaliknya sekarang zaman angkasa ini Malaysia semakin maju, boleh hantar angkasawan, banyak bangunan tinggi, jalan cantik-cantik, banyak pembangunan, jet pun paling canggih jet Sukhoi, ada kapal selam lagi.

Tetapi anak-anak kita sukar mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, manakala biasiswa pula susah betul nak dapat, mesti betul-betul cemerlang.

Yang ada ialah pinjaman PTPTN yang perlukan simpanan SSPN. Lepas itu dah berbulan, malah ada yang bertahun habis belajar sukar untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang yang diambil.

Jadi , adakah Malaysia sekarang ini maju ke hadapan, atau maju ke belakang?

Apakah ini Teori Relativiti Ekonomi dimana semakin maju sesebuah negara, semakin kurang biasiswa pelajaran dan semakin sukar mendapat pekerjaan ?



Credit by Harakahdaily

MAAF YA! ini Kursus untuk wanita!

Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada, "Little Mosque on the Prairei" amat menarik perhatian penulis. Rancangan sitcom itu penulis tonton melalui MyTube.com. "Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Saya tidak ingat kesudahan cerita itu kerana tumpuan saya terganggu dengan tugas-tugas lain di pejabat. Tetapi pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usah untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi penulis tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad (yang tidak punyai apa-apa portfolio dalam kerajaan) tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun Wai yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Penulis pernah berbual dengan seorang teman, prof madya di sebuah IPTA tentang perkembangan ini. Sambil menyatakan sokongannya terhadap Nisa' Games yang berlangsung di Kelantan, beliau mempunyai pandangannya sendiri tentang fenomena segregasi gender ini. Menurut beliau, mengapakah kerajaan negeri begitu obses dengan peraturan segregasi gender sehingga mengasingkan kaunter lelaki dan wanita di pasaraya. Mengapa tidak diwujudkan kaunter khas untuk wanita. Maksud beliau, biarlah wanita yang mahu berbaris di kaunter khas wanita berbuat demikian, manakala yang mahu terus berbaris di kaunter biasa berbuat demikian.

Menurutnya, adalah lebih praktikal untuk orang ramai khususnya wanita diberikan pilihan daripada dipaksa untuk ke barisan tertentu yang mungkin menyulitkan mereka khususnya kepada yang berkeluarga.

Beliau memberi contoh Jepun yang menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India yang menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan. Maaflah ya! Ini khusus untuk wanita...

Friday, February 1, 2008

Perbezaan antara lelaki dan perempuan!(Muslim shj)

Untuk pengetahuan… sekadar untuk berkongsi demi manafaat bersama…


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. Ibunya ,
2. Isterinya ,
3. Anak perempuannya , dan
4. Saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. Suaminya,
2. Ayahnya,
3. Anak lelakinya dan
4. Saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat kepada suaminya dan
4. Menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya" (Ali- Imran:103)

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

:-o

Faizal mula jalani hukuman!

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Penyanyi Faizal Tahir yang dihukum melakukan kerja-kerja amal oleh 8TV selepas mencetuskan kontroversi kerana membuka baju pada konsert anjuran stesen televisyen itu, mula melaksanakan hukuman tersebut hari ini.

Sebagai permulaan, Faizal, 30, melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar rumah kebajikan Asrama Darul Falah kendalian Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini.

Bagaimanapun, penyanyi rock itu tidak menganggap kerja-kerja amal dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu sebagai sesuatu yang sukar.

“Saya tidak anggap ini sebagai kerja amal kerana saya sudah biasa melakukan kerja-kerja seperti ini apatah lagi saya berasal dari kampung.

“Cuma sudah dekat setahun saya tidak melakukan kerja-kerja seperti ini, apa pun kerja-kerja sebegini bagus untuk mengingatkan atau menginsafkan diri sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


FAIZAL Tahir (dua dari kiri) melakukan kerja-kerja amal sebagai hukuman gara-gara insiden ‘buka baju’ yang dilakukannya dengan melakukan pembersihan di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.



Pada sesi menjalani hukuman itu, Faizal bersama para penghuni Asrama Darul Falah melakukan kerja-kerja pembersihan dan menanam anak pokok di sekitar rumah kebajikan tersebut.

Meskipun akur dengan hukuman melakukan kerja-kerja amal selama enam bulan itu, bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, 1, tidak menafikan kritikan dan berita yang disiarkan menerusi media massa lebih memberi pengajaran kepadanya.

“Selama lebih kurang dua minggu pihak media massa termasuklah para peminat telah banyak memberi kritikan kepada saya.

“Saya anggap itu merupakan suatu pengajaran yang paling bermakna kepada saya. Ia benar-benar menginsafkan saya,” ujarnya yang juga finalis pertandingan One In A Million.

Namun katanya, pada masa yang sama masih ada pihak yang memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya dalam meneruskan perjuangannya sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

“Syarikat DC Super Heroes yang mengedarkan pakaian jenama watak-watak super hero seperti Superman melanjutkan kontrak saya sebagai duta mereka selama setahun.

“Selepas ini saya akan terus aktif seperti biasa termasuklah mencipta lagu-lagu baru dan menumpukan kepada Studio Aku.Muzik.Kamu yang terletak di Damansara,” katanya.

Faizal akan menjalani hukuman dengan menjalani kerja-kerja amal di Rumah Amal Cheshire, Selayang, Selangor pada 6 Februari ini.

Kerja-kerja amal tersebut diaturkan oleh pihak pengurusan Faizal iaitu 8 Unit, 8TV dan syarikat rakaman yang menaunginya, Monkey Bone Records.

Selain hukuman daripada stesen televisyen yang menjadi tempat beliau bernaung, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menggantung rancangan siaran langsung berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Keputusan itu dibuat selepas stesen 8TV gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan semasa konsert siaran langsung ulang tahun keempat stesen televisyen terbabit pada 13 Januari lalu yang menyaksikan Faizal menyanyi tanpa memakai baju.

utusan.com.my




Hukum orang islam menyambut valentine!



Assalamualaikum.

Kali ini aku nak cerita mengenai Hari Memperingati Kekasih atau lebih dikenali Hari Valentine yang disambut pada setiap 14hb Februari. Di sini sebagai umat Islam, kita haruslah mengetahui serba sedikit mengenai perayaan yang tidak berkaitan dengan agama kita. Tidaklah salah untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi untuk menyambutnya pula, tidak perlulah ditetapkan satu hari dalam setahun untuk meraikannya. Bahkan setiap hari itu boleh dijadikan Hari Meraikan Kekasih terutama bagi mereka yang sudah berkahwin.

Kita sebagai umat Islam telah pun diperingatkan di dalam Ummul Kitab kita, Al-Quran Al-Karim mengenai menyambut perayaan yang bukan berkaitan Islam.

Di sini aku ambil petikan daripada Buletin At-Taqwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor (Bahagian Istinbat)

…budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang

sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut

mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian

serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat…

Pendahuluan

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih’ atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya,Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaantradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :

“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Otak lembu!

Ahmad dan Ludin berjalan seiringan menuju ke suatu tempat.

Ahmad menyandang sebuah beg besar di belakangnya.

"Hai, Ahmad, " Ludin menyapa. "Apa ada di dalam beg kamu?"

"Ayam", Ahmad menjawab.

"Kalau aku teka berapa jumlahnya, boleh kau berikan aku satu daripadanya?" Tanya Ludin lagi.

"Kau boleh miliki kedua-duanya" Balas Ahmad.

"Baiklah, aku teka ada lima kesemuanya. Betul tak?"

Tak pandai cakap inggeris

Bambang yang tidak bisa berbahasa Inggris beremigrasi ke New York. Ia mendapat pekerjaan, dan teman-temannya mengajarinya untuk mengucapkan “Apple Cake and Coffe( kue apel dan kopi)” dalam bahasa Inggris agar ia dapat memesan makanan sendiri.

Keesokan harinya, Bambang masuk ke sebuah rumah makan. “Pesan apa?” tanya pelayan.
“Apple Cake and Coffe” kata Bambang.

Karena hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kue apel dan kopi setiap hari selama satu bulan. Ketika ia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajarinya untuk mengucapkan “Meat bread”.

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Bambang masuk ke restoran dan langsung memesan, “Meat bread”

“Chiken or beef?” tanya si pelayan.

“Apple Cake and Coffe” kata Bambang

Lawak ala- ala Lucah!



Best do lawak ni!.Ni lawak mat salleh! sape kepla utak blue akan terasa bahangnya! bak kata orang,sape mkan petai mulut dia berbau! kah3

Cheers!