Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Sunday, February 3, 2008

Dahulu ada biasiswa kini tiada, ekonomi Malaysia semakin kebelakang?

Dahulu tahun 70-an Malaysia cuma sebuah negara pertanian, tidak banyak industri, tidak banyak bangunan tinggi,tidak ada industri Petroleum yang hebat macam sekarang ini yang menjana keuntungan berbilion ringgit.

Tetapi ingat lagi tak masa itu kita dan kawan-kawan kita ramai belajar universiti dalam dan luar negara dengan biasiswa ditanggung penuh kerajaan.

Lepas itu belum habis belajar lagi dah dijamin kerja, sesuai dengan bidang yang diambil.

Sebaliknya sekarang zaman angkasa ini Malaysia semakin maju, boleh hantar angkasawan, banyak bangunan tinggi, jalan cantik-cantik, banyak pembangunan, jet pun paling canggih jet Sukhoi, ada kapal selam lagi.

Tetapi anak-anak kita sukar mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, manakala biasiswa pula susah betul nak dapat, mesti betul-betul cemerlang.

Yang ada ialah pinjaman PTPTN yang perlukan simpanan SSPN. Lepas itu dah berbulan, malah ada yang bertahun habis belajar sukar untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang yang diambil.

Jadi , adakah Malaysia sekarang ini maju ke hadapan, atau maju ke belakang?

Apakah ini Teori Relativiti Ekonomi dimana semakin maju sesebuah negara, semakin kurang biasiswa pelajaran dan semakin sukar mendapat pekerjaan ?



Credit by Harakahdaily

Sunday, January 13, 2008

Sistem Pendidikan

Cuba korang lihat sistem pendidikan yang dijalankan pada zaman sekrang.Adakah memberi
kebaikan pada budak-budak sekarang?Bagi aku tidak.Korang lihat la sendiri.! Dulu dikenali
sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia.Burt now,Kementeriam Pelajaran Malaysia.
Ia tidak mendidik.Tapi cuma memberi pelajaran.Kalau dulu,anak kene rotan.Mak bapak tak
marah.Lagi suka kerana cikgu-cikgu memberi didikan! Tapi sekrang! Waduh-waduh!
Pikir sendiri wahai saudaraku!Betapa jauh perbezaan antara budak zaman sekrang dengan
ape yang kita lihat 10 tahun dahulu! Fikir! Salah siapa!

Hanya anda saja yang tau!