Showing posts with label demokrasi. Show all posts
Showing posts with label demokrasi. Show all posts

Monday, April 14, 2008

KeADILan!!! tonight!!! Black 14

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Seluruh rakyat dijemput ke Perhimpunan Rakyat dan 'Count Down' sempena Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada 14 April depan.





Menurut daripada laporan blog peribadi Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan "Countdown dari Black 14 ke arah kemenangan rakyat" itu diadakan bagi menandakan berakhirnya larangan selama lima tahun terhadap Anwar untuk aktif dalam politik.





Larangan itu dikena selepas beliau disabitkan hukuman terhadap tuduhan salah guna kuasa sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Hukuman itu dijatuhkan pada 2003.





Tambah Badrul, 'Black 14' dikenang setiap tahun sebagai peristiwa hitam negara.





"Tetapi 14 April 2008 bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya.





"Tanggal 15 April, udara di Malaysia akan berbeza kerana wira rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.





"Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam perhimpunan khas countdown rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8.45 malam 14 April depan," katanya lagi.





Dalam majlis tersebut dijangkakan Anwar akan menyampaikan ucapan sulung selepas pilihan raya, selain ucapan barisan pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam mengimbau kenangan perjuangan rakyat.





Selain itu, satu tayangan video khas 'Dari Black14 ke arah kemenangan rakyat' dan pameran khas juga akan diadakan. - mks.

Friday, March 14, 2008

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB


Masa BA buat Perhimpunan Halal
bilangan Perserta tunjuk perasaan Utusan Msia tulis 500 atau 1000 saja
kalau Umno/BN bikin sudah ramai woo!! 3000 worang juga.

"HIDUP UMNO/BN KERANA RAMAI JADI PENGAMPU"

berita:

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB di P. Pinang

Oleh: WAN NAJIB WAN DAUD


BANTAH...Sebahagian daripada ahli UMNO dan pelbagai NGO di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman berhampiran bangunan Komtar, semalam, sebagai membantah tindakan kerajaan baru pimpinan DAP mahu menghapuskan amalan DEB.

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu
menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.

Perhimpunan pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Ia berlangsung selama sejam
dan tamat setelah disuraikan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira pukul 3.30 petang.

Hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ. Polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut.

DAP biadab BN Kekurangan di ajar.

INI PARTI MELAYU UMNO (PEMBANGKANG KERAJAAN PERAK) TARAK HINA RAJA KA MASA RAJA2 MELAYU
DI LUCUTKAN KEKEBALAN DARIPADA TINDAKAN UNDANG2 NEGARA??

TAPI KALAU KIRAJAAN BA PNYA HAL KICIK
ITU PEMIMPIN UMNO MULUT KICIK SUDAH JADI BUSAR SARUPA MULUT TEMPAYAN
KASI KOMEN MAU CAKAP KAPADA RAKYAT BA TARAK BAIK DAN BIADAP JUGAK...
HATI BANYAK BUSUK PUNYA PEMIMPIN PARTI UMNO/BN
YG SY KASI SOKONG MATI2 DULU JAM LAA TARAK LAGI SKRG DAN SELAMANYA....AMMAAKK

============================================

BERITA:

DAP biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

Mukhriz gesa PM letak jawatan?

Malaysiakini
Fri | Mar 14, 08 | 1:15:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Exco Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menggesa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno bagi memulihkan negara dan parti itu.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," katanya dalam sepucuk surat peribadinya kepada Abdullah.

Surat bertarikh 12 Mac itu turut diedarkan kepada Timbalan Presiden Umno, dua Naib Presidennya dan Setiausaha Agung Umno.

Malaysiakini difahamkan surat itu tidak bertujuan diedarkan kepada umum, namun ia kini mula diterbitkan di beberapa laman web dan blog politik.

Mukhriz, ahli Parlimen Jerlun, berkata keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac jelas menunjukkan rakyat menolak kepemimpinan Abdullah.

Laporan ini dipetik dari Malaysiakini. com

ADA PIHAK MENYAMAR KEADILAN

Ada pihak menyamar KeADILan, arah Tabika Kemas ditutup
Harakahdaily
Fri | Mar 14, 08 | 12:08:52 pm MYT

ALOR SETAR, 14 Mac (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat Negeri Kedah kesal, dan meminta rakyat negeri ini berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemimpin KeADILan dengan motif jahat menutup Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai yang dikuasai Umno.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan Kedah, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya mendapat aduan orang ramai, yang kesal dengan 'arahan' KeADILan untuk menutup premis-premis berkenaan.

Katanya, lelaki yang menyamar pemimpin KeADILan itu berjumpa penyelia tabika dan dewan orang ramai, mengarahkannya mengosongkan premis dan menyerahkan kunci kepadanya.

"Tindakan penyamaran ini amat jahat, kami tegaskan bahawa KeADILan tidak pernah berbuat demikian, malah kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang meminta semua yang berada Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai kekal.

"Tiada arahan penutupan oleh kerajaan negeri, KeADILan juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan," tegasnya.

Menurut Saiful beliau percaya tindakan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang dipercayai diupah pihak pembangkang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lepas.

Dalam PRU tersebut, PAS memenangi 16 kerusi, KeADILan empat, DAP dan calon bebas masing-masing satu.

Saiful bagaimanapun meminta orang ramai yang didatangi lelaki berkenaan, supaya mengambil semua butirannya dan membuat laporan polis jika beliau mengarahkan tabika atau dewan ditutup.

"Berikan salinan repot polis kepada kami, kami akan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Saiful yang juga seorang peguam. - mr

Sunday, March 9, 2008

Antara Faktor Kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai

Dari sini kita dapat lihat sokongan penduduk lembah pantai.Mereka mengalu2kan kedatangan Nurul Izzah ke Pasar Malam di Lembah Pantai.Ini menunjukkan penduduk sudah bosan dengan janji2 yang ditaburkan Pihak BN dan sudah bosan dengan sikap Shahrizat Jalil yang tidak membela rakyat.

Mungkin ini juga antara faktor kekalahan Shahrizat Jalil di Lembah Pantai

Pada PRU 12,kita dikejutkan dengan kekalah Shahrizat Abdul Jalil.Tiada siapa menyangka Nurul Izzah dari PKR akan memenangi kerusi di Lembah Pantai.Bahkan,bapanya sendri,Datuk seri Anwar Ibrahim tidak yakin terhadap anaknya disebabkan anaknya masih freshie dan masih baru dalam politik.Video ini mungkin dapat menerangkan salah satu faktor punca kekalah Shahrizat Jalil.Berikut adalah Temubual bersama PPRT Lembah Pantai.






Setelah hampir 17 tahun masalah penduduk lembah Pantai ini masih lagi belum di selesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Abdullah Badawi bagai telur di hujung tanduk, impian Khairy jadi PM berkecai

Abdullah Badawi bagai telur di hujung tanduk, impian Khairy jadi PM berkecai
Mohd Rashidi Hassan


KEDUDUKAN Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia 'bagaikan telur di hujung tanduk' akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 semalam.

Pada saat ini khabarnya Abdullah menerima desakan yang paling hebat untuk beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno selepas BN kehilangan majoriti di Parlimen serta tewas mengejut di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tiada lagi keangkuhan dan tidak lagi mendabik dada. Kali ini pemimpin Umno/BN senyap sepi enggan menemui wartawan untuk memberikan komen.

Ibu pejabat BN di PWTC semalam begitu muram. Abdullah dan lain-lain pemimpin BN dilaporkan 'menguncikan diri' di dalam bilik mesyuarat.

Tidak ada live telecast seperti biasa dari PWTC. Yang ada cuma paparan celoteh penganalisis politik yang terkejut dengan kebangkitan rakyat menolak BN.

Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperolehi 137 kerusi sahaja. PRU ke 12 mencatat rekod paling buruk apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti, pertama kali selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Walaupun BN sudah menang simple majority, kerajaan baru masih belum dibentuk kerana ramai pemimpin utama BN tewas mengejut.

Mana dia slogan 'Selamat, Aman dan Makmur'? Mana dia slogan Islam Hadhari? Mana dia janji pembangunan koridor ekonomi? Mana dia WPI?

Semuanya ditolak rakyat dari kalangan Melayu, Cina dan India.

Khairy adalah burden besar bagi BN

Serentak dengan gesaan supaya Abdullah meletakkan jawatan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin-pemimpin Umno seluruh negara mula menuding jari terhadap menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rata-rata ahli Umno menganggap failure BN khususnya Umno kali ini berpunca daripada campur tangan berleluasa Khairy sebagai menantu PM dalam parti dan kerajaan.

Kesilapan besar Abdullah antaranya walaupun beliau mempunyai anggota Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet sebagai penasihat utamanya, namun beliau tidak mengambil pandangan mereka kerana dilaporkan beliau pernah berkata I trust the young one.

Khairy, Kamaluddin Abdullah dan rakan-rakan mereka seperti Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan serta beberapa yang lain didakwa orang-orang Umno sebagai punca kepada kelemahan kepimpinan Abdullah.

Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.

Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.

PRU kali ini menyaksikan jentera Umno/BN benar-benar tidak bergerak, kaku dan mandom dalam menghadapi kempen PAS, KeADILan dan DAP.

Keangkuhan Khairy dan juak-juaknya ketika berkempen mengecam PAS untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, dibalas dengan kekalahan yang memalukan.

Ternyata rakyat tidak menerima slogan 'Pade Doh 18 Tahun PAS' (di Kelantan) sebaliknya rakyat membalasnya dengan 'Pade Doh 50 Tahun BN' memerintah Malaysia.

Khairy and his friends has no face right now, komen seorang wartawan asing.

Benar Khairy sudah tidak tahu mana hendak meletak muka, walaupun beliau menang di Rembau, rata-rata ahli Umno tanpa segan silu menyalahkannya.

Rakan-rakan rapat Khairy juga dikhabarkan terpaksa 'menyembunyikan diri' dari orang-orang Umno yang begitu marah sekarang.

‘Tidak pernah terbayang Dato' Seri Mohd Khir Toyo, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dan Dato' Seri Mahdzir Khalid menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing’ kata seorang penganalisis.

Krisis dalaman Umno yang memuncak

Umno kini sudah semakin berkecamuk. Keputusan yang mengejutkan ini menyebabkan Umno benar-benar buntu.

MCA, Gerakan dan MIC juga menerima tamparan yang memalukan. Jelas rakyat sudah menolak mereka.

Abdullah Ahmad Badawi, Ong Ka Ting, Samy Vellu dan Koh Tsu Koon sudah tidak diterima rakyat Malaysia.

Dalam Umno, kini krisis dalaman mereka semakin memuncak. Umno harus 'direvamp'. Abdullah didesak melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

The fake victory in 2004 sudah berakhir. BN sudah merudum di zaman kepimpinan Abdullah.

Jika dalam waktu yang terdekat ini Abdullah terpaksa melepaskan jawatan, maka impian Khairy untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun terkubur buat selama-lamanya.

Episod baru kepimpinan Umno/BN akan bermula pada bila-bila masa. Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menerimanya. - mks.

Senarai Rasmi Keputusan Pilihan Raya ke - 12.

Harakahdaily
Sun | Mar 09, 08 | 12:35:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Berikut adalah senarai terakhir keputusan bagi jumlah kerusi di kawasan Parlimen dan Dun setiap negeri berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Saturday, March 8, 2008

MISSION IS COMPLETE! BN tumbang di Selangor!




BN tumbang di Selangor, pembangkang sedang runding tubuh kerajaan negeri

Terkini! KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Parti-parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo di Selangor.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Subang mengesahkan DAP, KeADILan dan PAS sedang bermesyuarat sekarang ini untuk mencari formula terbaik menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, DAP memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, KeADILan 11 kerusi, manakala PAS memperolehi 9 kerusi.

Dengan ini katanya, pembangkang berjaya merampas 35 daripada 56 kerusi di Selangor.

Berita lanjut menyusul.






KERETA KEBAL KITA!

Siapa kata kelantan mundur?



Sapa cakap kelantan mundur? kalau tengok berita celaka kat tv3 tu memang kene kencing la nampaknya.Kelantan sebenarnye jauh lebih baik dari apa yg dikatakan oleh kerajaan.Then,yg kerajaan gembar gemburkan Terengganu makin maju dan baik adalah pembohongan semata2 kerana Terengganu nampaknya semakin teruk.Bahkan pemuda pemudi semakin teruk masalah sosianya! Nampaknya BN menguasai Terengganu! Ini mungkin kerana rakyat lebih rela berhibur di dunia daripada mendapat syafaat di akhirat kelak! waallahualam

Pertahankan Pemerintahan Ulama!

Tengoklah video ni!Aku memang dah jangka.BN memang takkan dapat tawan kelantan.Tapi dorang terlampau yakin.Byk benda dah labur kat sana.Tapi,Akhirnya kalah teruk.









SOKONGAN DARI PEMUDA-PEMUDA!


We can say that Opposition "KALAH BERGAYA"

Nampaknya memang teruk penangan pembangkang kali ini.Pembangkang dah berjaya bentuk kerajaan di penang,perak,selangor, dan Kedah.Then,cuba tengok,kt KL pon majoriti utk parlimen berpihak kpd pembangkang! Thats show us Pak Lah dah gagal!BN dah kalah teruk. Actually,yang memenangkan Pak Lah ialah Sabah dan Sarawak semata².Ini mungkin juga disebabkan faktor geografi .Disebabkan banyak kawasan di ke dua² negeri tersebut.Pendundinya tidak mendapat maklumat yang betul.Thats means mereka masih jahil dan masih berpaling tadah.Hanya disebabkan kejahilan pengundi,BN masih berkuasa.Lojiknya di sini,andai kata Dolah ingin menjadi PM,beliau hanya layak menjadi PM di sabah n sarawak kerana kedua² negeri ini sahaja yang menyokongnya tidak berbelah bagi,haha...Tapi aku sedih la kat Terengganu.Apa nak buat kan? Takper la..Tapi cuba korang tengok,kebanyakkan di Bandar² BA telah menguasai.Yang tinggal kebanyakkan orang di kampung²....Yang pastinya,even opposition gagal untuk membentuk Kerajaan! Tapi,semua orang puas hati.Pembangkang Kalah bergaya! BN dan Down...Tu pendapat aku sebagai observe! Tak menyebelah kepada mana²..

Sekian.........

Faktor Mahathir punca menang - Mohamad Sabu


Abdul Halim Mohd Rashid
Sun | Mar 09, 08 | 7:46:07 am MYT

KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - "Faktor Mahathir" adalah antara sebab kemenangan PAS dan parti-parti pembangkang lain di Kedah, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.




"Faktor utama tidak dapat dinafikan lagi ialah kebangkitan pengundi-pengundi India dan Cina. Kebangkitan pengundi India dapat dilihat di beberapa kawasan seperti di Kulim dan Baling. Sikap mereka boleh dianggap faktor yang sangat penting.

"Kebangkitan pengundi Cina pula boleh dilihat kepada apa yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan misalnya, di mana calon kita, Mohd Nasir Mustafa menang," katanya.

Tetapi, kata Mohamad Sabu, satu lagi faktor penting ialah protes rakyat Kedah terhadap apa yang dilakukan oleh para pemimpin Umno kini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mengapa dalam banyak kawasan di Kedah, peratusan yang keluar mengundi begitu rendah? Saya menjangkakan mereka adalah pengundi-pengundi Melayu yang tidak mahu mengundi Barisan Nasional kali ini tetapi tidak juga bersedia memberikan undi kepada pembangkang.

"Akhirnya mereka mengambil keputusan tidak keluar mengundi," katanya.

Malah, kata beliau lagi, faktor Mahathir bukan sahaja menyumbangkan kemenangan di Kedah.

"Kritikan-kritikan Dr Mahathir sebenarnya banyak membantu kemenangan pembangkang di seluruh negara. Kita mengkritik kerajaan lebih dari beliau lagi, tetapi apabila orang yang mengangkat (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) sendiri memberikan undi tidak percaya kepadanya, bagaimana rakyat hendak percaya," katanya.

Mohamad Sabu tewas di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, walaupun ketiga-tiga kawasan DUN di dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS.

Diminta mengulas kekalahannya itu, Mohamad Sabu berkata, walaupun beliau kalah beliau tetap gembira kerana penat lelahnya boleh dianggap berbaloi dengan kemenangan ketiga-tiga DUN tersebut.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kekalahannya itu.

Bagaimanapun, analisa awal jentera pilihan raya Kuala Terengganu menyifatkan kira-kira 900 undi pos dan faktor calon luar adalah antara punca kekalahan beliau.

Mohamad Sabu disepakati sebagai penggerak utama kebangkitan rakyat 10 November 2007 lalu. Beliau ialah Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih itu.

Pimpinan Abdullah Punca BN kalah teruk.

Datuk Ruhanie Ahmad
Sun | Mar 09, 08 | 5:04:02 am MYT

Harap Agong tak perkenan beliau jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 - BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 - adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.

Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan Abdullah kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.

Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.

Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.

Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.

Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.

Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.

Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.

Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.

Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.

Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.

Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.

Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.

Dua belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.

Tiga belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.

Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa. (kuda-kepang.blogspot.com)

Credit to Harakah


Ini adalah revolusi rakyat - Husam


KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - Kegagalan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini seperti satu revolusi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

"Ini adalah revolusi rakyat. Rakyat bangkit dan bersatu. Mesej yang jelas kepada kerajaan ialah ‘Enough is enough’ (cukuplah!)”, beliau memberitahu pemberita.

Reuters pula memetik sumber yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata: "Apa yang berlaku ialah rasa tidak puas di mana-mana - India, Cina dan Melayu. Ribut ini datang serentak dan akan berlaku perubahan yang besar".

Awal-awal lagi sumber itu menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan mengalami kemerosotan terbesar sejak 1969 dan hanya akan mendapat majoriti mudah.

Pada tahun 1969, Perikatan (yang kemudiannya betukar nama kepada BN) tidak pula kehilangan sehingga lima negeri.

Reuters juga menyifatkan pilihan raya kali ini adalah satu referendum atau pungutan suara rakyat terhadap pemerintahan Abdullah.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan melihat kebangkitan rakyat itu sebagai undi tidak percaya kepadanya.

"Saya tidak melihat itu (undi tidak percaya). Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan," kata beliau.

Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya."

Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang.

“Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya.

Dengan tamparan sebegitu hebat, Perdana Menteri enggan bercaikap banyak dan beliau dipercayai akan membaca kenyataan yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.

“Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya.

Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang dilihat antara punca terbesar kekalahan BN dipetik oleh Bernama sebagai berkata: "Kami akan melawan semula".

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan BN yang kecundang. selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut mengalami kekalahan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut kecundang ialah 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.

Pak Lah terkedu,Tak Mampu jawab soalan wartawan

KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).







Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.

Air muka Abdullahsudah cukup membayangkan bahawa ini adalah satu petanda malang kepada Umno/BN apabila terlalu angkuh kepada rakyat.

Memetika kata-kata Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim bahawa Abdullah perlu mengubati kemelut yang melanda BN yang mengakibatkan kalah besar di beberapa buah negeri.

Persolakan dalamUmno/BN tidak dinafikan antara punca kekalahan mereka selain faktor kuasa rakyat yang menolak keangkuhan Umno/BN.

Berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan sidang media di Kota Bharu jam 11.45 malam tadi (8 Mac) yang cukup tenang dan penuh syukur dengan kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan dan di beberapa negeri lain.

Ayat-ayat Al-Quran dan dia mengiringi hujah-hujah dan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ditemani Naib Presiden PAS, Dato' Husma Musa, Dato' Ahmad Yaakob, Dato' Kamarudin Jaffar dan Abdul Fatah Harun.




Credit to Harakah

Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - "Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara."

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

"BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

"Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya.

Kata Anwar setakat keputusan diperolehi, KeADILan telah memenangi lebih 30 kerusi Parlimen, PAS sejumlah 27 manakala DAP juga mendapat 27 kerusi namun keputusan muktamad dan rasmi masih ditunggu oleh pihaknya.

Turut hadir sama dalam sidang media itu ialah Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua yang telah memenangi kerusi Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan.

Anwar menjelaskan kejayaan itu adalah kerana rakyat telah memberikan mesej yang jelas mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan mewakili suara pandangan semua kaum.

Katanya keputusan pada malam ini merupakan satu sejarah yang belum pernah berlaku dalam landskap politik negara dan berjanji BA akan melaksanakan mandat yang diberikan rakyat dengan sebaiknya.

"Esok insya-Allah, kita akan membina Malaysia baru secara bersama-sama dan masa depan Malaysia mula tercipta," katanya.

Ketika ditanya bagaimana perasaan beliau menghadapi kejayaan BA besar dan mengejutkan itu, Anwar berkata beliau benar-benar tersentuh dengan pilihan rakyat Malaysia itu.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT. Dan merasa begitu bahagia kerana dikongsi bersama dengan semua kaum yang dianggap sebagai satu keluarga.

"Sesungguhnya, politik negara sudah tidak akan sama lagi sampai bila-bila,"kata Anwar.

Sementara itu, beliau meminta semua pihak khususnya para penyokong BA supaya bersikap bertenang dan tidak melakukan sebarang sambutan atas kejayaan BA dan ini turut dipersetujui oleh PAS dan DAP.

"Tiada sambutan dilakukan. Kerja akan diteruskan esok seperti biasa untuk membina Malaysia baru," katanya. - mks.



Credit to Harakah

BN tumbang di Kedah

  • 20:46 - BN tumbang di Kedah - PAS, KeADILan sedia tubuh kerajaan negeri
    Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Hussin berkata setakat ini PAS dan KeADILan sudah memenangi majoriti mudah setelah keputusan dikeluarkan hari ini.

    Menurut beliau, PAS sudah memenangi kerusi Dun, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

    Sementara KeADILan memenangi kerusi Dun Derga dan Lunas. Harakahdaily difahamkan, DAP turut memenangi kerusi Dun Kota Darulaman.

Keputusan Tidak Rasmi

  • 20:31 - Keputusan tidak rasmi, BA menang besar!
    Keputusan tidak rasmi yang diterima oleh Harakahdaily menunjukkan peningkatan prestasi BA dalam pilihan raya kali ini.
  • Kelantan - Di Kelantan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa telah mengesahkan rakyat Kelantan memberi mandat apabila memenangi 30 kerusi negeri.
  • Kedah - Di Kedah, sehingga berita ini ditulis (9.30pm), PAS Kedah telah memenangi 15 kerusi Dun.
  • Pulau Pinang - Manakala di Pulau Pinang, pembangkang secara tidak rasmi telah menang 24 kerusi dan mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.
  • Kuala Lumpur - Sementara itu, di Kuala Lumpur, untuk Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo menang dengan majoriti 2,00o undi. Di Parlimen Lembah Pantai, menurut laporan Malaysiakini, Nurul Izzah (KeADILan) menang mengalahkan Sharizat Jalil (BN).
  • Selangor - Calon DAP (Dun Teratai), Jenice Lee kalah calon BN. Di Dun Cempaka (N21) Iskandar Samad (PAS) menang kalahkan BN. Kassim Abdul Aziz (Lembah Jaya) menang kalahkan BN.
  • Perak - Di Perak, Sungai Siput, Samy Vellu kalah kepada Dr D Jeyakumar dan calon Kayveas (BN) kalah kepada BA