
Harta awan tidak di jaga! Apa yang anak² hadhari ini cuba sampaikan?
tgk la sndiri.Aku sendiri baca pon lawak.Betapa cetek pemikiran diorang.Mau cerita politik la kononnya.
P/S:HARGAILAH HARTA AWAM.
Thursday, June 5, 2008
Harta awan dan kanak² Hadhari.
Posted by Paku Neraka at 9:18 PM 0 comments
Labels: gambar hangat, menarik
Misi Mustahak
Animasi melayu yang sungguh menarik! Berkisahkan tentang pesakit mental.hahaa
Layan je! MADE IN MALAYSIA!
Posted by Paku Neraka at 12:47 AM 0 comments
Filem P.Ramlee kutuk UMNO?
Watch and listen carefully what Sudin said in Bujang Lapok! hahaa
He talked about UMNO.
Posted by Paku Neraka at 12:29 AM 0 comments
Labels: Lawak, Malaysia dan Melayu Boleh, menarik, Politik
Sunday, June 1, 2008
Cara membezakan restoran mamak dengan hindu

Kadang² kita komfius juga nak membezakan antara restoran mamak dan hindu.Ditambah pula terdapat kes peniaga restoran hindu menyamar kononnya mereka india muslim utk keuntungan mereka semata-mata.Ni aku ada jumpa satu artikel yang menarik.
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging รข€“ "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
Credit to afyan.com
Posted by Paku Neraka at 8:12 PM 0 comments
Labels: artikel, Isu Hangat, menarik
Saturday, May 3, 2008
Yahudi Di Malaysia


Orang pertama yahudi datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke George Town. Semasa perang dunia ke 2, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di George Town dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di George Town bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di George Town. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di George Town dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.Maklumat di atas menunjukkan komuniti yahudi telah lama wujud di Malaysia.Namun,ramai yang tidak mengetahuinya.Di Pulau Pinang,terdapat sebuah tanah perkuburan yang dapat dilihat sehingga kini.Ia terdapat di Yahudi Road yang kini Jalan Zainal Abiddin.
sumber maklumat:Wikipedia.
Posted by Paku Neraka at 8:22 PM 0 comments
Labels: artikel, Info Hangat, Informasi, menarik
Wednesday, April 30, 2008
Senarai panggilan hormat dan tatacara pengacara majlis
Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.
Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.
Pengenalan
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.
Panggilan Hormat
Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Pantang Larang
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.
Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.
Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.
Posted by Paku Neraka at 10:21 PM 0 comments
Labels: artikel, Info Hangat, Informasi, menarik
Kedatangan Yahudi ke Palestin.
Serba sedikit tentang kaum yang dilaknat Allah dan salah satu kaum yang disebut di dalam al-Quran serta wujud sampai sekarang.Masalah kaum yahudi adalah masalah dunia.Kedatangannya ke Palestin dalam keadaan merempat tapi dalam satu masa mereka buat bumi Palestin macam "Mak Bapak" dorang punya tempat.Watch this video...
Posted by Paku Neraka at 11:39 AM 0 comments
Friday, April 11, 2008
Pesanan Akhir - Saat Menghadapi Sa'akaratul Maut
anda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Posted by Paku Neraka at 1:45 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, Info Hangat, Informasi, menarik, nasihat, renungan
Lelaki sejati
Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu ?
Ibuku menjawab, Nak...
Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...
Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca..
Posted by Paku Neraka at 1:42 AM 0 comments
Sunday, March 30, 2008
Tatacara makan dan minum

Tatacara makan dan minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah
lipat
gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~
sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita
akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut
sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin
yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan
menghampiri 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit
selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut
selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya
boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam
pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan
pertama tadi.
Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah
makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi
mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi
cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul
8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa
makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh
menghindar dari membuat sembahyang malam.
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan
daripada mendapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab
bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar
Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi
tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan
lebih "lapang" dan "lega" dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah
sempurna dan otak anak akan berkembang pesat
Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan
atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang
secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa
bersemangat waja dan exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari
berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu
itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~
emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline,
cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa
penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan
sebagainya.
Ada 3 kategori manusia:-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Posted by Paku Neraka at 2:26 AM 0 comments
Labels: menarik, Tips Dan Petua
Menempah bilik neraka
Menempah Bilik Neraka!!!
Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-dari kawan saya kepada semua pembaca.
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini. utk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi .....
alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu........ "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu.
Namun, nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris
perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpd org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih dahsyat.
"Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam utk.ku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.
Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg didalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn
lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
dari blog sdr. Mohd Afifuddin Md Jamil
http://ibnu-ummi.blogspot.com/2007/08/menempah-bilik-neraka.html
Posted by Paku Neraka at 2:19 AM 0 comments
Labels: al-Hidayah, artikel, menarik, renungan
4 pekara yg kita tidak tahu mengenai handphone kita...
Hello semua, just sharing apa yg aku dapat dr email kepada semua...aku rasa benda best utk dikongsi...
Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for
survival. Check out the things that you can do with it:
1) The Emergency Number worldwide for mobile is 112. If you find yourself
out of coverage area of your mobile network and there is an emergency,
dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the
emergency number for you. Interestingly, the number 112 can be dialled
even if the keypad is locked. Check it out!
2) Have you ever locked your keys in your car? Does you car have infrared
remote keys? Then this may come in handy someday:
If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call
someone at home on their mobile from your mobile. Hold your phone about a
foot from your car door and have the person at your home press the unlock
button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will
unlock. Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no
object. You could be hundreds of miles away and if you can reach someone who has
the other "remote" for your car, can unlock the doors or the boot!
3) Hidden battery power
Imagine your mobile battery is very low, you are expecting an important
Call and you don't have a charger. Nokia phones come with a reserve battery.
To activate, press the keys *3370#. Your mobile will restart with this
Reserve and the phone will show a 50% increase in battery. This reserve will get
charged when you charge your mobile next time.
4) How to disable a STOLEN mobile phone?
To check your mobile phone's serial number, key in the following digits on
your phone:
* # 0 6 #
A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your
handset. Write it down and keep it somewhere safe. If your phone gets
lost or stolen, you can phone your service provider and give them this code.
They will then be able to block your handset so even if the thief changes the
SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your
Phone back, but at least you know that whoever has it can't use/sell it either.
If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile
phones!
sEKIAN
Posted by Paku Neraka at 2:10 AM 0 comments
Labels: artikel, Informasi, menarik, Tips Dan Petua
Ada Apa Dengan Nama?
Ada Apa Dengan Nama?
Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:
1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.
1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R
2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)
3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.
Contoh: ADET ZAIN
Vokal: A+E+A+I
1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7
Konsonan: D+T+Z+N
4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1
Kombo ADET ZAIN ialah 7-1
Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9
Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!
1-1 Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.
2-1 Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.
3-1 Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.
4-1 Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.
5-1 Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman. Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.
7-1 Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.
9-1 Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
____________ _____
1-2 Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.
2-2 Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.
3-2 Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.
4-2 Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.
5-2 Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.
6-2 Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.
7-2 Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.
8-2 Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.
9-2 Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya. Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.
____________ _____
1-3 Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.
2-3 Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.
3-3 Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.
4-3 Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.
5
-3 Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.
6-3 Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.
7-3 Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.
8-3 Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.
9-3Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
____________ _
1-4 Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.
2-4 Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.
3-4 Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.
4-4 Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.
5-4 Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.
6-4 Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.
7-4 Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.
8-4Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?
9-4Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.
____________ ________
1-5 Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.
2-5 Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.
3-5Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.
4-5Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.
5-5Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.
6-5Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.
7-5 Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.
8-5Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.
9-5 Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
____________ ________
1-6 Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.
2-6 Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.
3-6 Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.
4-6 Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.
5-6 Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.
6-6 Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.
7-6 Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.
8-6Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!
9-6 Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
____________ __
1-7 Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.
2-7Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.
3-7 Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.
4-7Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.
5-7Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.
6-7 Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.
7-7 Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.
8-7 Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.
9-7 Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
____________ ____
1-8 Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.
2-8 Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.
3-8 Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.
4-8 Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.
5-8 Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.
6-8 Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.
7-8 Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.
8-8 Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.
9-8 Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.
____________ ___
1-9 Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.
2-9 Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.
3-9 Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.
4-9 Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.
5-9 Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.
6-9 Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.
7-9 Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.
8-9 Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!
9-9 Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.
Posted by Paku Neraka at 2:08 AM 0 comments
Saturday, March 15, 2008
Inikah Imam Hadhari?
Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa.Tetapi ini sebagai renungan bagi kita.Pak Lah sibuk memperkenalkan Islam hadari la,ape la..Tapi inikah prinsip islam hadari.Sama2 kita fikirkan.
Posted by Paku Neraka at 10:16 AM 0 comments
Labels: Isu Hangat, Malaysia dan Melayu Boleh, menarik, Politik, renungan
Tuesday, March 11, 2008
HSB gempar doktor cuba terjun bangunan kerena parti BN kalah
HSB gempar doktor cuba terjun bangunan mungkin berpunca dari kekalahan teruk parti Barisan Nasional yg disokongnya secara rasmi bergelar Pembangkang Kerajaan Negeri Kedah - wakakakakakaka
Jgn marah ha Penyokong setia BN!!
5 tahun lagi ada pilihanraya kasi cuba lagi la jadi pembangkang...huhuhuhu
Berita Dah Basi:
ALOR STAR 10 mac - Persekitaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini gempar seketika apabila seorang doktor wanita cuba terjun dari tingkat enam bangunan hospital tersebut hari ini.
Bagaimanapun tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berjaya menyelamatkan doktor berkenaan yang dipercayai menghadapi masalah kesihatan, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi itu.
Pegawai Perhubungan Bomba dan Penyelamat Kedah, Md. Saad Napi berkata, pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.08 minit dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan doktor itu.
"Kami cuba mengalihkan perhatian doktor itu dengan mengatakan anggota keluarganya ingin bercakap lalu memberikan telefon bimbit kepadanya.
"Pada masa sama anggota bomba menangkap tangannya dan menarik doktor itu ke kawasan selamat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Setelah berjaya diselamatkan katanya, doktor itu diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Che Pah Ahmad memberitahu, doktor berkenaan akan diberikan khidmat kaunseling bagi membantu mengatasi masalahnya.
"Mengikut rekod jabatan, doktor itu tidak mempunyai masalah kesihatan dan dalam keadaan yang stabil.
"Oleh itu, pihak hospital akan menyiasat mengapa beliau bertindak cuba membunuh diri," jelasnya.
lagi apa psl mau bunuh diri?? dia pnya cabel dlm kirajaan kedah suda hancusss jugak....ammaakkk
Posted by Paku Neraka at 11:37 AM 0 comments
Monday, March 10, 2008
Harga Minyak Yang Sebenar.
Baru baru ini dalam akhbar tempatan,
kerajaan telah keluarkan satu
statistik kononnya harga minyak di
malaysia adalah yang paling rendah
di rantau ini.Kemudian mereka
membandingkan harga minyak malaysia
dengan hargi minyak di Thailand,
Singapore, Filifina dan
vietnam.Persoalan sekarang apakah asas
perbandingan tersebut sedangkan
negara negara tersebut bukan pengeluar
minyak?Hujah seperti inilah
yang di gunakan oleh barisan nasional
untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, disini fakta yang semua orang kena
tahu.Pertama sekali sila lihat
perbandingan harga minyak malaysia dan
negara negara pengeluar minyak
yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Dari data di atas, membuktikan
propaganda kerajaan adalah palsu dan
tidak benar.Kesemua negara pengeluar
minyak di atas, harga minyak
adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada
sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak arab
saudi yang mengeluarkan sejuta
tong sehari.Menurut kerajaan,
pengeluaran minyak kita adalah dalam
lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh
itu
kalau berdasarkan ratio
pengeluaran minyak antara arab saudi
dan
malaysia 1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam
lingkungan RM0.30 sen
sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan
harga minyak pada 0.19 sen
seliter tapi malaysia pada 1.92
sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana
pula dengan venezuella yang jumlah
penduduk hampir sama dengan
malaysia boleh kekalkan harga minyak
pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tak kena
dalam menguruskan hasil minyak
dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat
jawatan menteri kewangan
malaysia pada tahun 1991-1998, harga
minyak di kekalkan pada 1.10 sen
seliter.Bagaimana beliau boleh
mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun sedangkan harga minyak dunia naik
mendadak ketika perang teluk
di iraq?Pada masa yang sama juga
pembangunan dan projek projek banyak
juga di jalankan dalam negara tanpa
perlu naikkan harga minyak.Tapi
pemimpin kerajaan beri alasan untuk
naikan harga minyak supaya duit
tersebut dapat tampung projek
pembangunan. Masalah sekarang projek
pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat
atau kroni?Berepa kerat orang
yang dapat faedah dari koridor
pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung
kerajaan
mencapai 35 billion
setahun.Barisan Nasional bersungguh
sungguh untuk mengurang kan
subsidi minyak ini kerana kalau harga
minyak tidak di naikkan dengan
segera ianya akan mengganggu peruntukan
kerajaan bagi membangunkan
koridor koridor di seluruh negara yang
bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga
minyak perlu di naikkan kerana
harga minyak dunia telah naik.Ada yang
mengatakan ia masalah global.So
yang kita kita fikir ialah kenapa nak
risau tentang harga minyak dunia
yang melambung naik kerana sepatutnya
sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia seharusnya gembira kerana bila
harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat
ganda.So apa masalahnya?Walaupun
malaysia ada mengimport minyak dari
luar
untuk kegunaan tempatan, tapi
bila dah net off dari pendapatan
export,
masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau
turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik
di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk
pembangunan projek di atas, sudah
tentulah kerajaan mempunyai wang yang
banyak.Jadi, jika kerajaan
sanggup membelanjakan ratusan billion
untuk projek pembangunan seperti
di atas yang hanya boleh di manafaatkan
oleh segelintir rakyat sahaja,
kenapa nak tampung subsidi 35 billion
setahun pun tak mampu?Mana yang
lebih penting?Mana yang perlu di
utamakan?Kebajikan rakyat atau projek
mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang
ekonomi, semuanya berkata yang
bagus bagus, tapi bila bercakap soal
subsidi minyak, dah cakap lain
pulak.So kalau Dato najib kata turunkan
harga minyak akan buat negara
bankrup,bagaimana projek ratusan
billion
di atas? Tak bankrup kah
negara dengan projek ratusan billion
tersebut?Perlu di ingat bahawa di
samping pendapatan hasil petroleum,
negara juga mempunyai hasil dari
sumber lain seperti getah, sawit,
taxation, balak dan lain
lain.Pendapatan tahunan negara kalau di
ambil kira harga minyak yang
melambung naik bakal mencecah 200
billion setahun.Dari jumlah tersebut
susah sangat ke nak sumbangkan 50
billion untuk beri subsidi pada rakyat?
Kepada pengundi pengundi semua tepuk
dada tanya selera.
Ni korang compare ngan Turkmenistan .
Oil - production: 196,700 bbl/day (2005
est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007
est.)
Posted by Paku Neraka at 7:04 PM 0 comments
Labels: artikel, Berita terkini, Info Hangat, Informasi, Isu Hangat, menarik, Politik
“Mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan”?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
“Mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Inilah yang dinamai syaja’ah. Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah. Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan ke arah meluruskan ufuk minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.
Menurut Prof. Dr. HAMKA di dalam bukunya ‘Tasauf Moden’, keutamaan syaja’ah merupakan salah satu syarat yang perlu dalam memantapkan kesihatan jiwa selain daripada sifat ‘iffah (pandai menjaga kehormatan batin), hikmah (tahu rahsia dari pengalaman hidup) dan ‘adaalah (adil yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya). Prof. Dr. HAMKA menukilkan bahawa syaja’ah ialah perangai yang timbul daripada tabiat manusia yang bernama ghadab, ertinya marah. Syaja’ah mempunyai dua pinggir. Pinggir sebelah ke atas terlalu panas dan itulah yang bernama tahawwur, iaitu berani membabi buta. Sementara pinggir ke sebelah bawah terlalu dingin dan itulah yang bernama jubun, iaitu pengecut.
Tahawwur ialah keberanian manusia menempuh suatu hal meskipun menurut pertimbangan akal yang waras perkara itu tidak sewajarnya ditempuh. Punca kepada timbulnya sikap berani membabi buta ialah lantaran darah marah yang mendidih yang timbul dari nafsu membalas dendam. Manakala jubun pula ialah penyakit yang di bawah dari darjat pertengahan. Pendek kata, kalau diukur dengan termometer kehidupan, tabiat ini amat dingin. Kurang perasaan marah, sehingga tidak ada marahnya pada ketika dan tempat sepatutnya marah. Sikap pengecut atau bacul ini menjadikan seseorang tidak mampu untuk tampil ke hadapan sewaktu perkara tersebut menjadi kewajipan baginya.
Syaja’ah merupakan pusat dari segala budi pekerti dan kemuliaan. Melalui syaja’ah maka akan lahirlah sifat-sifat dan ciri-ciri mulia yang lain. Adaptasi budaya ini jugalah yang akan mengarahkan kepada terhasilnya pembangunan seimbang yang kolektif dari segi pembangunan intelektual, kekudusan rohani, keperkasaan jasmani dan kesejahteraan emosi di dalam kehidupan manusia.
“Politics is good, but not all politicians are good!”
http://saifulislam.com/?p=1000
--12--
Posted by Paku Neraka at 1:22 AM 0 comments
Labels: artikel, menarik, Politik, renungan, Tips Dan Petua, Tips Kesihatan
Monday, February 25, 2008
Pilihanraya Malaysia ke - 12 (Lagu Mengundi - Klasik)
Lawak gak! hehe
Klasik punya beb! Lama!
Posted by Paku Neraka at 4:55 AM 0 comments
Saturday, February 23, 2008
Biadap! Pembunuh Sayyididna Umar Diagungkan,Umar Dicemuh
Biadap! Pembunuh Sayyididna Umar Diagungkan,Umar Dicemuh
Posted by Paku Neraka at 12:05 AM 0 comments
Labels: Isu Hangat, menarik, renungan
Friday, February 22, 2008
Syiah Dan Kristian,seakan serupa
Tengok la video ni!
Posted by Paku Neraka at 11:56 PM 0 comments
Labels: Isu Hangat, menarik, renungan



