Showing posts with label Berita terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita terkini. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perli

Pegang al-Quran semasa sumpah kepercayaan salah: Mufti Perlis
http://www. bharian. com. my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20080818160527/Article/index_html

KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui cara melakukan sumpah laknat sambil memegang al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu adalah kepercayaan yang salah dan tidak perlu dilakukan.


Bagaimanapun katanya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, bahawa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.


“Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang al-Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beberapa pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cara bersumpah itu sambil memegang al-Quran sebagai meniru amalan penganut Kristian yang bersumpah sambil meletakkan tangan atas Bible.


Pada Jumaat lalu, Mohd Saiful Bukhari melafazkan sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan yang disaksikan juga bapanya, Azlan Mohd Lazim, yang mendapat liputan meluas media massa.


Katanya, sumpah yang dilakukan itu juga bukan bagi menentukan pihak mana yang betul atau salah tetapi ia sekadar untuk mengelak daripada prasangka atau tuduh menuduh antara kedua-dua pihak.


Ditanya sama ada Mohd Saiful Bukhari perlu mengulangi sumpahnya ekoran ada pihak yang mempertikaikannya, Mufti berusia 36 tahun itu berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan.


Semalam, Azlan mempertahankan kaedah sumpah yang dilakukan anaknya itu adalah betul setelah mendapat nasihat ulama dan tiada sebab untuk anaknya mengulanginya.


Mengenai sama ada proses mubahalah yang dicetuskan olehnya suatu ketika dahulu itu sudah sempurna, Mohd Asri berkata, ia belum sempurna selagi Anwar yang juga calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh belum melakukan perkara sama.
- Bernama

Saturday, August 16, 2008

Al-Quran tidak mulia di sisi Saiful

Asalammualaikum....

KIta sebagai orang Islam dari kecil lagi telah diajar mencium dan menjunjung Al'Quran sebagai menghormati Firman-Firman Allah yg menjadi Pedoman manusia di seluruh alam semesta ini.


Begitu juga menghormati tangan kanan melebihi dari kiri untuk melakukan kebaikan.


Apa yg menjolok mata saya sebagai umat Muhammad S.A.W.
dan juga Hamba Allah
ialah bagaimana Saiful menghormati Al'Quran yakni kitab Allah ini.



 Image Hosting

 Image Hosting

Mungkin ramai yg tidak perasan Saiful bersumpah didepan Al'Quran yg di muliakan umat Islam seluruh dunia tetapi Saiful hanya memegang Al'Quran di tangan kirinya dan text sumpahnya pula dimuliakannya berada di tangan kanannya.


Apakah anda percaya sumpah liwat orang seperti saiful ini??

kalau anda tanya saya tentu sekali tidak jawapan yg diberikan kerana,
ternyata Kitab Allah sendiri yg menjadikan saksi liwatnya di akhirat pun tidak dihormatinya apatah lagi kebenaran sumpahnya di masjid Wilayah baru2 ini.


sila lihat pic:

Secara tidak langsung kebenaran sumpah Saiful telah di tunjukkan Allah pada kita dalam keadaan dia tidak sedar akan perlakuannya.



Friday, June 6, 2008

Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet

Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Sekumpulan rakyat prihatin yang dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) mengadakan demostrasi di luar perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebentar tadi, mendesak supaya Perdana Menteri dan Timbalannya meletakkan jawatan serta membubarkan Kabinet.




Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak tengah hari sudah menantikan perhimpunan tersebut.



Ketika Pengerusi Ikrar, Mustapha Mansor menyatakan tuntutan dan gesaan kerajaan supaya menurunkan harga minyak, ada di kalangan peserta yang melaungkan 'Hancur BN' dan 'PM Pembohong' di samping menaikkan sepanduk 'Tarik Balik Harga Minyak' bagi menyatakan bantahan disebabkan keperitan beban kos sara hidup yang tinggi akan kenaikan bahan bakar tersebut.



"Rakyat telah menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu...nyata BN tidak prihatin nasib rakyat.



"Kita akan terus menagadakan demostrasi setiap Jumaat sehinggalah mengadakan perhimpunan besar-besaran Protes 12 Julai nanti selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak," kata Mustapha kepada orang ramai.



Difahamkan beberapa siri demonstrasi kecil dan pengedaran risalah membantah harga minyak turut diadakan hari ini di beberapa lokasi berbeza di ibukota antaranya seperti Masjid Negara, Sogo dan KLCC.

Image

Dalam pada itu Ikrar juga turut menuntut agar kerajaan membentang laporan kewangan tahunan Petronas kepada umum secara terbuka malah menggesa supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak berundur kerana tidak mampu mentadbir ekonomi negara secara berkesan

Ikrar juga mendesak supaya kabinet yang sedia ada dibubarkan kerana terbukti tidak prihatin kepada nasib rakyat dan telah mempersendakan kepercayaan rakyat paada pilihan raya umum ke 12 yang lalu," katanya lagi

Perhimpunan aman itu berakhir kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang insiden tangkapan namun kelihatan beberapa anggota polis mengambil beberapa sepanduk kecil dan menasihati agar orang ramai bersurai termasuk kumpulan Ikrar tersebut.



Sebelum ini Penyelaras Gabungan Protes Harga Minyak (Protes) Dr Hatta Ramli dalam satu sidang medianya meyatakan bahawa akan mengandakanperhimpunan besar-besaran yang dijangkakan akan menghimpun lebih 100,000 rakyat di KLCC jam 3 petang, 12 Julai nanti

"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu.



Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.



"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.



Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh minyak! Pak Lah Oh Pak Lah!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi kuasa memerintah kepada kerajaan BN pada PRU pada 8 Mac yang lalu.Tahniah diucapkan.!!
Pada hari ini,kerajaan BN telah membalas jasa dan budi baik anda semua dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus..! Tahniah lagi sekali!.

Saya amat berharap rakyat Malaysia terutama pengundi BN dapat menerima hakikat ini dengan dada dan hati yang terbuka.Kerajaan benar-benar menghargai anda dan telahpun membalas jasa anda dengan meningkatkan bebanan hidup terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Pada pendapat saya,inilah hadiah paling istimewa yang diberikan khas untuk rakyat Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional.Inilah yang mereka dapat setelah berkorban dengan mengundi BN.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.


Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.


Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.


Kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.


"Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.


"Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.


Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.


Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

P/S:HAHAAHA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!! HADIAH TERISTIMEWA BUAT SELURUH WARGANEGARA! ANWAR! BANTULAH KAMI!

XMRKAYX


Petrol naik 78 sen, diesel RM1

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.




Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 03Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.

Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.

Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.



Video keadaan di sekitar bandaraya.





Credit to malaysiakini

Harga petrol naik mendadak.

Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel - RM1



AdOi!Lemau betul..harga petrol naik gegile.Pak Lah memang buat keje giler.Ini la padah.sume sayangkan BN kan? xper la,teruskan...(Cepat² la Anwar.tlg la)
Jgn sampai jadi macam Mexico,rakyat kalau miskin jadi papa terus...Pak Lah melampau,zaman Mahathir,walaupun dia macam tu,xde la sampai macam ni.Ga***** betul.
HIDUP UMNO! HIDUP BARISAN NASIONAL! HIDUP PAK LAH HANG!


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Credit to Harakahdaily

Friday, May 9, 2008

Guru Ponteng

Buletin Utama 9 mei tadi ada melaporkan tentang guru yang ponteng.So,ape pendapat korang?Bagaimana masalah ni boleh terjadi.Perkara ini perlu ditangani secepat mungkin bagi mengelakkan ia menjadi2 dan jika dibiarkan mungkin akan menjadi seperti kudis! Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa.Tapi agak terkejut kerana kes seperi ini jarang berlaku di kalangan para pendidik yang sepatutnya member contoh tauladan yang baik kepada para pelajar.
Guru sepatutnya memberi contoh tauladan yang baik,jika guru sendiri sanggaup ponteng.Inikan pula murid skola yang berdarah muda dan panas!

Sekian

Wednesday, April 23, 2008

Petrol Terengganu Sumbangkan 20 Billion Setahun Kepada Kerajaan

Petrol Terengganu Sumbangkan 20 Billion Setahun Kepada Kerajaan Pusat

Jika royalti ..yang disekat-sekat.. lima peratus itu bernilai RM1 Billion, bermakna nilai sebenar petrolium yang ..dilunggah atau dikorek.. di perairan Terengganu tentulah RM20 billion setahun.





Angka itupun rasanya dikira tatkala nilai pasaran antarabangsa dibawah USD100 setong sedangkan nilai sekarang sudah lebih daripada itu.





Saya tak pasti sama ada rakyat Terengganu perasan atau tidak, akan nilai sebenar yang amat besar itu kerana balik-balik angka yang disebut ialah RM1 billion.



( Nilai ini cuma 5% dari 20 billion )

Besar betul nilai sumbangan dan pengorbanan rakyat Terengganu kepada kerajaan pusat melalui petronas. Jumlah itu belum dicampurkan lagi dengan sumbangan oleh Sarawak yang lebih besar lagi.





Justeru kemana perginya yang RM19 bilion lagi itu. Saya tak tahu kerana bukan bidang saya namun rasanya tentulah belum ditolakkan dengan kos pengeluaran manakala selebihnya kepada petronas yang tentunya untuk kerajaan pusat.





Jika sudah dapat sumbangan begitu besar daripada perairan Terengganu apa salahnya berikan terus yang RM1 billion itu betul-betul kepada kerajaan Terengganu. Cuma 1 sedangkan kamu dah ambil 19.





Kesian benar dengan rakyat Terengganu. Dengan hasil bumi yang begitu besar yang kamu miliki sepatutbya kamu boleh hidup senang sekalipun tidak sekaya rakyat Brunei Darussalam.





Kepada orang Terengganu, teruskanlah perjuangan menuntut hak kamu itu. Sebagai orang Islam dari Negeri Sembilan saya akan terus mendoakan kejayaan perjuangan kamu.

Monday, April 14, 2008

KeADILan!!! tonight!!! Black 14

KUALA LUMPUR, 8 April (Hrkh) - Seluruh rakyat dijemput ke Perhimpunan Rakyat dan 'Count Down' sempena Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada 14 April depan.





Menurut daripada laporan blog peribadi Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin, perhimpunan "Countdown dari Black 14 ke arah kemenangan rakyat" itu diadakan bagi menandakan berakhirnya larangan selama lima tahun terhadap Anwar untuk aktif dalam politik.





Larangan itu dikena selepas beliau disabitkan hukuman terhadap tuduhan salah guna kuasa sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Hukuman itu dijatuhkan pada 2003.





Tambah Badrul, 'Black 14' dikenang setiap tahun sebagai peristiwa hitam negara.





"Tetapi 14 April 2008 bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya.





"Tanggal 15 April, udara di Malaysia akan berbeza kerana wira rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.





"Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam perhimpunan khas countdown rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8.45 malam 14 April depan," katanya lagi.





Dalam majlis tersebut dijangkakan Anwar akan menyampaikan ucapan sulung selepas pilihan raya, selain ucapan barisan pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam mengimbau kenangan perjuangan rakyat.





Selain itu, satu tayangan video khas 'Dari Black14 ke arah kemenangan rakyat' dan pameran khas juga akan diadakan. - mks.

Tuesday, March 25, 2008

ARAHAN HARAM TERKINI KEPADA PENGETUA2 SEKOLAH DI NEGERI BA

INFO TERKINI DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN MENGARAHKAN SEMUA SEKOLAH2 DI NEGERI2 YG DI PERINTAHI BA
SUPAYA TIDAK MENJEMPUT PENCERAMAH2 ATAU PEMIMPIN2 DARI KERAJAAN BA UNTUK BERCERAMAH.





ARAHAN KERASNYA BERUPA UGUTAN KEPADA SETIAP PENGETUA2 DAN GURU2 BESAR SEKOLAH PERLU DI PATUHI JIKA TIDAK JAWATAN2 MEREKA DALAM KERAJAAN AKAN DI GANGGU GUGAT.




BEGITULAH SELAMAT, AMAN DAN MAKURNYA MALAYSIA KITA HARI INI YG DITABIR OLEH KERAJAAN PILIHAN RAKYAT DARI PARTI UMNO/BN.





BEGITULAH TERDESAKNYA PEMIMPIN2 DARI PARTI UMNO/BN INI MENGUNAKAN KUASA HARAMNYA SETELAH LEBIH 50 TAHUN MEMPENGARUHI BADAN2 KERAJAAN DAN MINDA RAKYAT YG RAKYATNYA RELA MENJADI ROBOT SEBAGAI ALAT KAWALAN OLEH PEMIMPIN2 UMNO/BN ITU SENDIRI.





DENGAN PEMBERIAN KUASA UNDI OLEH RAKYAT PADA PRU KE 12, MEREKA BEBAS MENGGUNAKAN ARAHAN SECARA HARAM DI LIMA NEGERI DAN MENYEKAT KEBEBASAN PENCERAMAH2 AGAMA,PAKAR2 MOTIVASI UNTUK MENAMBAH ILMU KEPADA PELAJAR2 MUDA KITA.

Saturday, March 15, 2008

Agenda ekonomi PKR ganti DEB

Agenda ekonomi PKR ganti DEB
Mar 15, 08 8:50pm

PKR bertegas menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang didakwanya hanya memanfaatkan elit politik tertentu dengan dasar ekonomi yang baru - Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Walaupun terpaksa berdepan bantahan Umno, PKR berjanji akan meneruskan AEM yang mempunyai lima matlamat besar:

- melaksanakan kaedah pengagihan semula kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata,
- memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme,
- dasar afirmatif yang memihak kepada kumpulan miskin
- menyalurkan kekayaan negara untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan yang lebih baik,
- meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata dasar-dasar AEM ini telah diperkenalkan beberapa tahun lalu lagi oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas menteri kewangan, melalui ucapan, artikel dan janjinya untuk pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"(DEB) selama ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir pemimpin dan kroni dalam Umno dan BN bagi merompak kekayaan negara ini demi kekayaan mereka sendiri atas nama Melayu keseluruhannya," kata Dr Syed Husin dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia mendorong amalan pilih kasih yang bercanggahan dengan semangat keadilan dan sama rata untuk semua rakyat Malaysia, khususnya golongan miskin, terpinggir dan tidak bernasih baik dalam semua kaum."

Menurut Anwar, AEM yang menjadi tonggak janji-janji pilihanraya PKR boleh dilaksanakan di peringkat negeri untuk mengurangkan dasar-dasar afirmatif berasaskan kaum seumpama DEB dan sekali gus melaksanakan sistem berasaskan merit dan lebih berdaya saing.

"Ini akan meningkat segera pelaburan asing, menambahbaik perolehan cukai negeri dan mempromosikan keadilan dan kesamaan pendapatan," katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini.

Beliau, yang juga bekas timbalan perdana menteri, menambah "kita akan menunaikan janji kita untuk melindungi masyarakat dari setiap kaum daripada terus terpinggir."

Anwar sering menjadi sasaran Umno berhubung isu hak-hak Melayu khususnya sejak pakatan PKR, DAP dan PAS berjaya menumbangkan empat lagi kerajaan negeri, selain berjaya mengekalkan Kelantan.

Beliau juga dijadikan sasaran kecaman Umno susulan kenyataan ketua menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa negeri itu - yang kini ditadbir kerajaan campuran DAP-PKR - tidak akan melaksanakan lagi DEB yang membiakkan rasuah danpilih kasih.

Semalam penyokong Umno menganjurkan demonstrasi, satu di pulau mutiara itu dan satu lagi Selangor bagi membantah usaha menggantikan DEB.

Dr Syed Husin berkata, media yang dikawal kerajaan BN cuba memberikan gambaran bahawa PKR tidak mempunyai program untuk membasmi kemiskinan orang Melayu.

"Kami ingin menekankan bahawa satu dasar yang memberikan kelebihan kepada semua rakyat Malaysia yang miskin, terpinggir dan tidak bernasib baik tanpa mengira kaum akan memberi lebih manfaat kepada orang Melayu, kerana mereka paling ramai dalam golongan termiskin," tambahnya.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang hari ini berjanji tidak akan melaksanakan sebarang dasar yang merugikan penduduk negeri itu, kata Lim.

Sambil menegaskan tiada pihak yang akan disisihkan, Lim berkata kerajaan pimpinannya akan mengagihkan kekayaan negeri kepada seluruh penduduk.

Ditanya mengenai isu dasar ekonomi kontroversi itu, Lim berkata: "DEB tidak ada isu langsung.

"Sekarang kita hanya nak buat tender terbuka. Kalau ini pun dianggap sebagai isu, apa yang boleh saya buat."

Tan Sri Koh Tsu Koon bantah demo Umno

Gerakan bantah demo Umno
Mar 15, 08 8:16pm
Berdemonstrasi untuk menyuarakan pandangan bukanlah kaedah yang wajar dan ia bertentangan dengan keputusan BN dan Perdana Menteri, kata pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Koh berkata demonstrasi anjuran pemimpin dan penyokong Umno di Komtar semalam tidak bersesuaian dalam masyarakat majmuk.

Kira-kira 1,000 penyokong Umno menghadiri perhimpunan tersebut, yang ketuai antaranya oleh setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, selama satu jam.

Turut berucap di demonstrasi itu: bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan ketua menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang ingin memansuhkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membiakkan amalan rasuah dan pilih kasih.

Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan slogan-slogan, antaranya "Jangan pinggirkan Melayu" dan "Jangan hapuskan DEB".

Koh berkata, walaupun demonstrasi itu hak semua individu untuk meluahkan perasaan tetapi ia haruslah dimanfaatkan dengan baik agar tidak meningkatkan lagi ketegangan atau konflik antara kaum.

"Kebebasan berhimpun harus digunakan dengan matang dan berkesan," katanya.

"Selain demonstrasi jalanan, menganjurkan forum dan seminar, menghantar memorandum dengan cadangan konkrit, disokongan dengan fakta dan perangkaan, menjadi pendekatan yang lebih berhasil ke arah menyelesaikan sesuatu isu, termasuk langkah-langkah memperbaiki status sosio-ekonomi sesuatu kumpulan atau masyarakat yang terpinggir.”

Friday, March 14, 2008

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB


Masa BA buat Perhimpunan Halal
bilangan Perserta tunjuk perasaan Utusan Msia tulis 500 atau 1000 saja
kalau Umno/BN bikin sudah ramai woo!! 3000 worang juga.

"HIDUP UMNO/BN KERANA RAMAI JADI PENGAMPU"

berita:

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB di P. Pinang

Oleh: WAN NAJIB WAN DAUD


BANTAH...Sebahagian daripada ahli UMNO dan pelbagai NGO di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman berhampiran bangunan Komtar, semalam, sebagai membantah tindakan kerajaan baru pimpinan DAP mahu menghapuskan amalan DEB.

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu
menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.

Perhimpunan pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Ia berlangsung selama sejam
dan tamat setelah disuraikan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira pukul 3.30 petang.

Hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ. Polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut.

ADA PIHAK MENYAMAR KEADILAN

Ada pihak menyamar KeADILan, arah Tabika Kemas ditutup
Harakahdaily
Fri | Mar 14, 08 | 12:08:52 pm MYT

ALOR SETAR, 14 Mac (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat Negeri Kedah kesal, dan meminta rakyat negeri ini berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemimpin KeADILan dengan motif jahat menutup Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai yang dikuasai Umno.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan Kedah, Saiful Izham Ramli berkata, pihaknya mendapat aduan orang ramai, yang kesal dengan 'arahan' KeADILan untuk menutup premis-premis berkenaan.

Katanya, lelaki yang menyamar pemimpin KeADILan itu berjumpa penyelia tabika dan dewan orang ramai, mengarahkannya mengosongkan premis dan menyerahkan kunci kepadanya.

"Tindakan penyamaran ini amat jahat, kami tegaskan bahawa KeADILan tidak pernah berbuat demikian, malah kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang meminta semua yang berada Tabika Kemas dan Dewan Orang Ramai kekal.

"Tiada arahan penutupan oleh kerajaan negeri, KeADILan juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan," tegasnya.

Menurut Saiful beliau percaya tindakan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang dipercayai diupah pihak pembangkang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lepas.

Dalam PRU tersebut, PAS memenangi 16 kerusi, KeADILan empat, DAP dan calon bebas masing-masing satu.

Saiful bagaimanapun meminta orang ramai yang didatangi lelaki berkenaan, supaya mengambil semua butirannya dan membuat laporan polis jika beliau mengarahkan tabika atau dewan ditutup.

"Berikan salinan repot polis kepada kami, kami akan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Saiful yang juga seorang peguam. - mr

Monday, March 10, 2008

Harga Minyak Yang Sebenar.

Baru baru ini dalam akhbar tempatan,
kerajaan telah keluarkan satu
statistik kononnya harga minyak di
malaysia adalah yang paling rendah
di rantau ini.Kemudian mereka
membandingkan harga minyak malaysia
dengan hargi minyak di Thailand,
Singapore, Filifina dan
vietnam.Persoalan sekarang apakah asas
perbandingan tersebut sedangkan
negara negara tersebut bukan pengeluar
minyak?Hujah seperti inilah
yang di gunakan oleh barisan nasional
untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena
tahu.Pertama sekali sila lihat
perbandingan harga minyak malaysia dan
negara negara pengeluar minyak
yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan
propaganda kerajaan adalah palsu dan
tidak benar.Kesemua negara pengeluar
minyak di atas, harga minyak
adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada
sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak arab
saudi yang mengeluarkan sejuta
tong sehari.Menurut kerajaan,
pengeluaran minyak kita adalah dalam
lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh
itu
kalau berdasarkan ratio
pengeluaran minyak antara arab saudi
dan
malaysia 1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam
lingkungan RM0.30 sen
sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan
harga minyak pada 0.19 sen
seliter tapi malaysia pada 1.92
sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana
pula dengan venezuella yang jumlah
penduduk hampir sama dengan
malaysia boleh kekalkan harga minyak
pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tak kena
dalam menguruskan hasil minyak
dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat
jawatan menteri kewangan
malaysia pada tahun 1991-1998, harga
minyak di kekalkan pada 1.10 sen
seliter.Bagaimana beliau boleh
mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun sedangkan harga minyak dunia naik
mendadak ketika perang teluk
di iraq?Pada masa yang sama juga
pembangunan dan projek projek banyak
juga di jalankan dalam negara tanpa
perlu naikkan harga minyak.Tapi
pemimpin kerajaan beri alasan untuk
naikan harga minyak supaya duit
tersebut dapat tampung projek
pembangunan. Masalah sekarang projek
pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat
atau kroni?Berepa kerat orang
yang dapat faedah dari koridor
pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung
kerajaan
mencapai 35 billion
setahun.Barisan Nasional bersungguh
sungguh untuk mengurang kan
subsidi minyak ini kerana kalau harga
minyak tidak di naikkan dengan
segera ianya akan mengganggu peruntukan
kerajaan bagi membangunkan
koridor koridor di seluruh negara yang
bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga
minyak perlu di naikkan kerana
harga minyak dunia telah naik.Ada yang
mengatakan ia masalah global.So
yang kita kita fikir ialah kenapa nak
risau tentang harga minyak dunia
yang melambung naik kerana sepatutnya
sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia seharusnya gembira kerana bila
harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat
ganda.So apa masalahnya?Walaupun
malaysia ada mengimport minyak dari
luar
untuk kegunaan tempatan, tapi
bila dah net off dari pendapatan
export,
masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau
turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik
di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk
pembangunan projek di atas, sudah
tentulah kerajaan mempunyai wang yang
banyak.Jadi, jika kerajaan
sanggup membelanjakan ratusan billion
untuk projek pembangunan seperti
di atas yang hanya boleh di manafaatkan
oleh segelintir rakyat sahaja,
kenapa nak tampung subsidi 35 billion
setahun pun tak mampu?Mana yang
lebih penting?Mana yang perlu di
utamakan?Kebajikan rakyat atau projek
mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang
ekonomi, semuanya berkata yang
bagus bagus, tapi bila bercakap soal
subsidi minyak, dah cakap lain
pulak.So kalau Dato najib kata turunkan
harga minyak akan buat negara
bankrup,bagaimana projek ratusan
billion
di atas? Tak bankrup kah
negara dengan projek ratusan billion
tersebut?Perlu di ingat bahawa di
samping pendapatan hasil petroleum,
negara juga mempunyai hasil dari
sumber lain seperti getah, sawit,
taxation, balak dan lain
lain.Pendapatan tahunan negara kalau di
ambil kira harga minyak yang
melambung naik bakal mencecah 200
billion setahun.Dari jumlah tersebut
susah sangat ke nak sumbangkan 50
billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Kepada pengundi pengundi semua tepuk
dada tanya selera.

Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005
est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007
est.)

Saturday, March 8, 2008

We can say that Opposition "KALAH BERGAYA"

Nampaknya memang teruk penangan pembangkang kali ini.Pembangkang dah berjaya bentuk kerajaan di penang,perak,selangor, dan Kedah.Then,cuba tengok,kt KL pon majoriti utk parlimen berpihak kpd pembangkang! Thats show us Pak Lah dah gagal!BN dah kalah teruk. Actually,yang memenangkan Pak Lah ialah Sabah dan Sarawak semata².Ini mungkin juga disebabkan faktor geografi .Disebabkan banyak kawasan di ke dua² negeri tersebut.Pendundinya tidak mendapat maklumat yang betul.Thats means mereka masih jahil dan masih berpaling tadah.Hanya disebabkan kejahilan pengundi,BN masih berkuasa.Lojiknya di sini,andai kata Dolah ingin menjadi PM,beliau hanya layak menjadi PM di sabah n sarawak kerana kedua² negeri ini sahaja yang menyokongnya tidak berbelah bagi,haha...Tapi aku sedih la kat Terengganu.Apa nak buat kan? Takper la..Tapi cuba korang tengok,kebanyakkan di Bandar² BA telah menguasai.Yang tinggal kebanyakkan orang di kampung²....Yang pastinya,even opposition gagal untuk membentuk Kerajaan! Tapi,semua orang puas hati.Pembangkang Kalah bergaya! BN dan Down...Tu pendapat aku sebagai observe! Tak menyebelah kepada mana²..

Sekian.........

Pak Lah terkedu,Tak Mampu jawab soalan wartawan

KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).







Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.

Air muka Abdullahsudah cukup membayangkan bahawa ini adalah satu petanda malang kepada Umno/BN apabila terlalu angkuh kepada rakyat.

Memetika kata-kata Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim bahawa Abdullah perlu mengubati kemelut yang melanda BN yang mengakibatkan kalah besar di beberapa buah negeri.

Persolakan dalamUmno/BN tidak dinafikan antara punca kekalahan mereka selain faktor kuasa rakyat yang menolak keangkuhan Umno/BN.

Berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengadakan sidang media di Kota Bharu jam 11.45 malam tadi (8 Mac) yang cukup tenang dan penuh syukur dengan kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan dan di beberapa negeri lain.

Ayat-ayat Al-Quran dan dia mengiringi hujah-hujah dan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ditemani Naib Presiden PAS, Dato' Husma Musa, Dato' Ahmad Yaakob, Dato' Kamarudin Jaffar dan Abdul Fatah Harun.




Credit to Harakah

Tuesday, March 4, 2008

Akhirnya, Mahathir mengaku salah memecat Anwar

Akhirnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku salah memecat bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan segala jawatannya di dalam kerajaan dahulu.

Berdasarkan keratan klip video di internet, kita boleh membuat beberapa tafsiran tentang hal jenayah bekas Perdana Menteri ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pertamanya, sudah tentulah ucapan itu datangnya daripada keinsafan hatinya. Rasa insaf itu mungkin berikutan tekanan yang diterima oleh Dr Mahathir akibat terlalu pincangnya demokrasi selama ini.

Mahathir marah benar terhadap Abdullah kerana suara beliau cuba ditenggelamkan, tidak dapat diapungkan ke media.

"Semua orang nampakkan bagaimana saya lakukan ke atas Anwar? Saya tangkap dia dan saya letakkan dia dalam tahanan," kata Dr Mahathir sambil diiringi gelak ketawa hadirin.

Mereka ketawa kerana aksi Dr Mahathir menggawangkan tangannya ke udara seperti aksi menangkap seseorang lalu digenggam tangannya seraya mencampak sesuatu ke udara. Di situ pun khalayak sudah boleh tertawa dengan jenaka bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi, entahlah ketawa itu untuk siapa dan atas tujuan apa? Mungkin mentertawakan diri sendiri, mentertawakan Mahathir atau sengaja untuk mengambil hati Mahathir? Wallahu 'alam …

"Anwar tiada salah apa pun," kata Mahathir

Lalu, beliau menyambung: "Padahal dia (Anwar) tidaklah bersalah walau sedikit apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan."

Mahathir mengaku bersalah menahan Anwar dalam penjara itu ketika dia berasa kesal ke atas Abdullah yang menggunakan polis bagi menahan orang-ramai sehingga terkuburnya suara khalayak untuk berucap.

Barangkali, Dr Mahathir pun tahu dan dia dapat mendengar suara hati hadirin. Dia mesti tahu, akan ada orang yang berkata dalam suara menyampah: "Eek, eleh… dulu pun Dr M buat macam tu juga!"

Oleh kerana beliau menyedari kewujudan suara-suara sebegitu, maka mungkinlah sebab itu juga bekas PM itu dengan cepat mengaku bersalah menghumbankan Anwar dalam.

Pengakuan itu dengan cepat menyebabkan imejnya menjadi kembali suci. Hanya, beliau mengaku bersalah, tetapi berdasarkan keratan klip video itu, belum lagi beliau meminta maaf secara terbuka kepada Anwar.

Mengaku salah dan meminta maaf adalah dua hal yang berbeza. Tetapi, Anwar pun telah memaafkan Mahathir sebelum itu lagi.

Saya buat pertama kalinya menonton klip video itu dalam yahoogroups SIM, tetapi hari ini (28 Februari) 'link' 'url'nya telah pun dipadamkan. Tidak diketahui kenapakah ia ditarik keluar? Adakah ia dikeluarkan oleh 'cyber troopers' Umno?

Maka, tidak dapat saya memeriksa kalau-kalau terbit kenyataan minta maaf Dr Mahathir ke atas Anwar. Sukar untuk dibuat pemeriksaan juga oleh kerana klip video itu disunting. Dan, ada kemungkinan ucapan maaf itu telah tertanggal.

Tetapi, untuk lebih bersikap bertanggungjawab, biar ditulis di sini bahawa, hasil daripada penelitian peribadi saya, tidak terlihat kalimat lafaz minta maaf tersebut melainkan hanya cuma pengakuan bersalahnya kerana mencederakan reputasi Anwar.

Ertinya, terbatal segala tuduhan salah laku yang dihumbankan ke atas bekas TPM selama ini. Pertama, Anwar telah dibersihkan melalui mahkamah. Kedua, beliau telah dibersihkan melalui pengakuan kesilapan dan kesalahan Dr Mahathir sendiri.

Mengaku salah sudah, minta maafnya bila?

Apabila Dr Mahathir mengaku beliau terpaksa menipu ketika mengalami saat-saat sukar itu, ini mengingatkan saya kepada sebuah filem Bollywood bertajuk RAM lakonan Kamal Hasan dan Rani Mukherjee).

Di dalam pergelutan antara Muslim dan Hindu di India, Ram telah kehilangan kekasihnya lalu dia membawa diri ke sebuah kota lain. Sebenarnya pergelutan antara dua agama yang menyebabkan kematian kekasihnya itu dicetuskan oleh seorang ahli politik India.

Untuk merawat hatinya yang luka lara, Ram pergi ke sebuah kota. Kebetulan, ahli politik itu sedang berpidato di sebuah rumah. Ram meluru ke depan lalu bertanya soalan kepada ahli politik tersebut yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara di pekannya dahulu.

Terlihat di ruang mata, wajah kekasihnya yang meninggal dunia ketika dua puak sedang bertelagah menegakkan kebenaran di pihak masing-masing. Dengan hati panas membara, Ram bertanya kepada ahli politik yang sedang berpidato itu.

"Tuan menyeru ke arah kemerdekaan dan persaudaraan, tetapi bukankah tuan yang telah menyebabkan berlakunya peristiwa pergaduhan antara Hindu dan Muslim di pekan saya dahulu?" Ram bertanya bertalu-talu. Dia mahu ahli politik tersebut mengaku bersalah dan meminta maaf.

Ahli politik itu cuba mengelak, tapi akhirnya Mahatma Gandhi keluar dari celah belakang dan menepuk bahunya seraya memujuk ahli politik itu untuk segera meminta maaf.

Akhirnya, ahli politik itu merapatkan tangannya dan dalam esak tangis beliau memohon maaf kepada Ram dan semua pihak yang telah kehilangan keluarga pada malam berdarah itu. Gandhi pun berundur dan ceramah tamat di situ. Bagi Ram, segalanya telah selesai.

Moralnya, jika seseorang ahli politik itu mahu mengaku salah, memang hal itu pun boleh dilakukan. Tapi, untuk meminta maaf, mereka sangat memerlukan kekuatan dalaman.

Di mana maaf ke atas tindakan penggubalan Auku?

Tun Dr Mahathir mengaku terpaksa mengenakan tindakan ke atas Anwar dan jangan kita lupa bahawa pada tahun 1971 ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran, sebuah akta yang memerangkap mahasiswa dan menjebak pensyarah universiti telah pun digubal.

Tentunya, Dr Mahathir akan berkata bahawa beliau melakukan semua itu kerana terpaksa juga memandangkan mahasiswa pada saat itu amat sukar dikawal. Dan, seperti biasa Anwar dan rakan-rakannya itulah yang telah hadir pada kemuncak kebangkitan mahasiswa itu.

Itulah gelombang pertama ketika Mahathir cuba menyekat Anwar dan sekutunya melalui Auku. Seterusnya, gelombang kedua ketika Anwar sukar dikawal apabila bekas TPM itu berada di dalam Umno. Dr Mahathir terpaksa melakukan beberapa tindakan lagi untuk menyekatnya buat kali kedua.

Kini, ketika tidak lagi berkuasa, Dr Mahathir tidak lagi boleh berbuat apa-apa melainkan beliau hanya menyeru kepada rakyat supaya jangan mengambil peduli kepada parti tetapi pilihlah calon yang dianggap terbaik. Inilah gelombang ketiga, iaitu gelombang kesedaran rakyat yang mampu menumbangkan BN.

"Inilah sahaja yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan negara, memandangkan Umno sudah rosak," kata Dr Mahathir dalam suatu kenyataan yang lain.

Sehingga kini ada suara-suara profesional dalam Umno yang mengikut rentak ucapan ini. Antaranya Presiden ProWaris Feriz Omar yang telah mengeluarkan kenyataan yang sama dalam Hujah (TV9) baru-baru ini dan Prof Dr Zainal Kling dalam acara forum di RTM.

Walhal, dahulu pun Dr Mahathir sebagai pemimpin parti BN, beliau juga meminta rakyat melihat kepada parti dan bukannya kepada calon sangat. Tetapi pandangan beliau sebagai negarawan tentunya lebih suci dan murni.

Ini kerana, ia disuarakan dalam niat bagi menyelamatkan rakyat dan negara. Semua lafaz ini tentunya sangat bermakna kepada rakyat dan negara. Apa yang diperlukan oleh beliau ialah sebanyak-banyaknya ucapan maaf kepada rakyat seiring dengan kezaliman di dalam tempoh 22 tahun pemerintahan ini.

Antara implikasi lain berhubung pengakuan Mahathir yang tersilap memenjarakan Anwar ini ialah suatu hakikat yang agak terselindung mengenai 'haramnya' kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dalam tempoh sepenggal yang lalu. Jadi, beliau ambil tempat Anwar secara tak sah. Agaknya, sebab itu pentadbiran Abdullah tak berkat.

Abdullah mesti tahu Anwar dianiaya. Abdullah orang dalam ('insider') Umno. Tanpa perlu Mahathir mengaku salah memenjarakan Anwar sekali pun, Abdullah mesti tahu bahawa Anwar tidak bersalah. Mustahil Abdullah yakin bahawa Anwar bersalah. Tetapi, Abdullah tidak peduli semua itu.

Dia mahukan jawatan PM walau dalam apa situasi sekali pun. Abdullah sanggup berjanji secara lisan dengan Dr Mahathir jika beliau 'dianugerahkan' jawatan sebagai PM oleh Dr Mahathir. Apabila beliau mendapat jawatan, Abdullah sanggup mungkir janji.

Kalau isu berhubung perjanjian lisan ini ditanyakan kepada Najib Tun Razak, dia sendiri pun tahu, tapi mana boleh Najib mengaku bahawa dia tahu. Semua orang dalam atau pun 'insiders' ini akan menipu dan berhelah guna menonjolkan imej sucinya dan melestarikan diri dengan watak bersih, kononnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah.

Jikalau Abdullah Ahmad Badawi perampas pertama jawatan TPM daripada Anwar, maka Najib ialah perampas kedua jawatan TPM daripada Anwar. Dr. Mahathir telah mengaku bersalah, tetapi dia belum diberikan kesempatan untuk memohon maaf.

Abdullah dan Najib yang sedang mabuk kuasa sudah tentu dikhatamkan hati mereka itu buat masa ini untuk mengaku bersalah, apatah lagi untuk meminta maaf. Syahadan, demikianlah nilai-nilai hadhari itu.

Perhatian:SPR telah membatalkan penggunaan dakwat kuku..

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau yang sepatutnya sepenggal sahaja, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh Barisan Nasional (BN) mengundi berikali-kali untuk memastikan kemenangan parti itu.

Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali, katanya lagi.

Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan jangkaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah.

Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan bahawa SPR memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

"Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu mengelakkan pengundian berkali-kali oleh seseorang pengundi yang ditaja oleh pihak yang mempunyai kuasa. Pembangkang tidak ada kuasa.

"Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan "hantu- hantu" tajaan Perdana Menteri dan BN, yang dibekalkan dengan kad-kad pengenalan yang dikeluarkan secara besar-besaran, mengundi berkali-kali," katanya ketika dihubungi.

Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada dalam keadaan yang sangat terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah pemerintahan Abdullah.

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kuku itu?

"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana menteri telah mengarahkan supaya disediakan kad-kad pengenalan palsu untuk membolehkan pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas ini?" beliau mempersoalkan.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli SPR yang lain supaya campur tangan untuk menyelamatkan rakyat dari terus dihina dengan pembohongan-pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.

"Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu kata ia hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula. Mula-mula kata mesti matikan setem pada borang pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula. Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan mereka.

"Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang penghinaan SPR ke atas mereka.

Wednesday, February 13, 2008

Virus baru menyerang! Virus valentine!

hahahahaha......esk valentine!esk virus serang! klu bole x yah bkk ms n email...donlod² juge elakkn esk!its can harm u pc! Virus ni boleh disable ur graphic card!