Saturday, October 27, 2007

Check Saman JPJ

senang jek nak guna, donlot, dalam fomat winrar, then dah leh guna..
tapi make sure online ler..
hehehehe

SELAMAT MENCUBA!!!!

http://www.savefile.com/files/1140497

Friday, October 26, 2007

Bahaya Kentut

Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak

masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan

Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan

laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai

bahaya kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit

kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis

dan sakit jantung.

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati

disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit

serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan

itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat

Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya

merosakkan kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap

tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250

kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit

telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,

kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23

kali sehari.

Moral of the story : Elakkanlah kentut merata-rata.

Ingatlah orang-orang yang tersayang!!

Keenakan Biji Getah

JERANTUT: Berbuka puasa dengan masakan menggunakan biji getah? Janggal mendengarnya, tetapi biji getah yang ditapai ataupun asam rum merupakan pelengkap pilihan dalam juadah penduduk Jerantut di Pahang.

Andaikata anda ke Jerantut tidak rugi jika mencuba masakan tradisional daerah itu seperti gulai asam rum atau sambal asam rum.

"Sesiapa yang baru ingin mencuba tidak perlu khuatir kerana asam rum ini tidak memabukkan atau mendatangkan kesan mudarat," kata Hamzah Abdul Hamid.

Hamzah, 55, yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Taman Negara dan kini menetap di Kampung Kuala Tahan berkata kebanyakan penduduk di Jerantut sentiasa menyimpan stok asam rum biji getah ini untuk kegunaan harian mereka.

"Di Raub juga terdapat sejenis lagi asam rum tapi ramuan asasnya menggunakan buah perah (sejenis buah hutan)," katanya.

Menu turun temurun
Mungkin ramai di luar daerah Jerantut yang masih belum mengetahui menu turun temurun asam rum sajian penduduk Jerantut itu yang menggunakan biji getah.

Atau mungkin juga mereka yang pernah singgah di Jerantut tidak menyedari gulai atau sambal yang dimakan di restoran atau di kedai makan itu sebenarnya masakan yang mengandungi asam rum biji getah.

Bagi mereka yang baru tiba di Jerantut atau Ulu Tembeling, tidak sukar untuk mencari juadah berkenaan kerana terdapat banyak restoran dan gerai makan di sekitar Jerantut termasuk pasar-pasar Ramadan di daerah itu yang menjual masakan yang mengandungi asam rum ini.

Pada kebiasaannya asam rum biji getah digunakan untuk dijadikan sambal dan dimakan dengan pelbagai ulaman yang agak pahit seperti pucuk dan pelepah betik muda serta buah ara.

Ia juga digunakan untuk membuat gulai terutamanya gulai ikan air tawar yang tidak bersisik seperti baung, toman dan keli.

Hamzah berkata ikan air tawar terutama yang tidak bersisik lazimnya berbau hanyir dan oleh itu sangat sesuai dijadikan gulai asam rum biji getah.

Katanya, rasa kelat-kelat pada asam rum itu dapat mengurangkan bau hanyir ikan selain menyedapkan gulai berkenaan.

"Begitu juga kalau buat sambal cili atau sambal belacan...rasa kelatnya akan berkurangan apabila dimakan bersama ulam yang pahit," katanya.

Bagaimana membuatnya
Mengenai cara membuat asam rum biji getah itu, Hamzah berkata biji getah perlu dikeringkan sehingga isinya kecut terlebih dahulu.

"Proses mengeringkan biji getah ini mengambil masa satu hingga dua hari bergantung kepada cuaca sebelum kulit yang keras dibuang dan isi diambil dan dijemur sekali lagi selama sehari," katanya.

Selepas proses itu, semua isi biji getah perlu ditumbuk hingga hancur sebelum diramas hingga mengeluarkan minyak dan dimasukkan ke dalam botol atau tempayan, yang kemudiannya disimpan di tempat yang kering.

Menurutnya, asam rum biji getah jika dibuat dan disimpan dengan cara yang betul boleh bertahan sehingga lima tahun tanpa rasa dan rupanya terjejas.

"Di Jerantut menu asam rum masih terus digunakan malah golongan remaja dan kanakkanak juga mengenali dan mengetahuinya kerana ia sering menjadi antara pelengkap masakan dan ia merupakan resepi turun temurun.

"Sejak dahulu lagi, kawasan Jerantut dan Ulu Tembeling merupakan kawasan tanaman getah malah sebahagian besar penduduk di sini juga bekerja sebagai penoreh getah, dan biasanya pokok getah berbuah dari Julai hingga September, dan mereka mengutip biji berkenaan untuk dijadikan asam rum.

Katanya, sesiapa yang ingin tahu rasa biji getah boleh mencubanya dengan menghancurkan biji getah yang telah dikeringkan menggunakan mesin pengisar dan terus memasukkannya dalam masakan.

"Rasanya mungkin tidak sama seperti asam rum yang dibuat secara tradisional tetapi ia sedikit sebanyak dapat menunjukkan rasa buah getah," kata beliau. BERNAMA

Produk makanan yang mengakibatkan kanser

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa
timunnya, sebabnya memakan
satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan
kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan
yang menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil pil
vitamin C !!. Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam
sahaja.



3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan
ni "Bah Kut Teh" (babi).
Banyak
orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum
terlambat. Cuba tuangkan
Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap,
anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari
sana.Fakta diperolehi
dari "Health Corporation of Singapore".



4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam
shampoo.Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum
terlambat, jika kandungan dalam
shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa
yang panjang dan ini bukannya
jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi
bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx Herbal
Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth
Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap
syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu
masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan
busa
yang banyak".Dalam pada itu, Pasta xxx &
Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.



5. Kepada penggemar makanan jenis mee
segera (tak kiralah maggi, koayteow
dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-
kurangnya 3 hari selepas
mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.Maklumat yang
dikongsi bersama dengan seorang
doktor.Keluarga saya telah menghentikan
pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax keatas
makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu
sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan
terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai
TCS).

Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee
segera setiap hari. Kemudiannya
beliau disahkan menghidap barah. Barahnya
disebabkan wax dalam mee
segera.Doktor juga memberitahu yang badan
manusia memerlukan 2 hari untuk
membersihkan wax dari sistem badan. Seorang
lagi mangsa yang serupa ialah
Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah
dari rumah ibunya ke
rumahnya sendiri,

Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee
segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk
mendapat barah" Kalau istilah
James Bond ==>Licence to kill!



6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan
melawat ke sebuah perusahaan kecil
membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang
bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang
mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna
dicampur bersama gorengan bawang yang
bertujuan apabila
plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur
lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah
kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah
kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat
sendiri lembik dalam
masa yang singkat sahaja.

Credit By Isuhangat

Sudah Bosan Dengan PC Anda Yang Slow??Sedikit Tips Untuk Panduan Bersama....

1. Kasi laju startup


  • startup tu maknanya waktu yg diambil dr masa korang tkan button power kt pc tu smpai la windows abis load n korang leh mula guna pc tu.

  • ntuk kasi startup ni laju, disable program2 yg dirasakan xperlu run masa startup. contohnya kbanyakan kita punya pc akan auto sign-in kita punya ym. kalo nak disable ym punya autostart ni, pegi kat ym, tekan messenger, pilih preferences, pilih category general. lastly, clear box "Automatically start Yahoo! Messenger"

  • ntuk disable program2 lain, lbih snang lg. pegi start menu, tekan run. taip msconfig then hit enter. pilih tab startup. then uncheck je mana2 program yg korang rasa xperlu. tp jgn bijak sgt uncheck korang punya antivirus ok?

  • menda ni leh gak dibuat dgn 3rd party utilities mcm tuneup utilities 2007. pegi je startup manager, delete mana2 yg patut ok?

  • right-click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings kt dlm frame startup n recovery. clear checkbox "time to display... .". uncheck dua2 box kt atas tu ok?


2. Buang sampah


  • kita mula dr yg basic ok?? rajin2 le buang sampah2 dlm pc korang tu. ntuk wat menda ni, pegi start menu - accesories - system tools - disk cleanup. tkan ok je ntuk start cleaning. repeat ntuk smua drive yg ada dlm pc tu. dgn ini, korang dh leh dpt free space dlm hard disk. wat sminggu skali ok la kot.


3. Tak payah nak cantik2


  • right click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings dlm frame perfomance. nnti akan kuar visual effects punya settings. menda ni yg tentukan kecantikan pc korang. lg cantik, lg slow la pc tu. kalo nk ikut aku punya pndapat, korang tinggalkan 4 settings je yg checked. iaitu, "Show windows content... ", "Use common tasks... ", "Use drop shadows... ", "Use visual styles... ". Aku punya settings ni x menjejaskan sgt kcantikan laptop korang tu.


4. Turn off System Restore


  • kalo korang rasa yakin pc korang xkn diserang virus, turn off je system restore. sbb menda ni akan simpan rekod dlm hard disk dr semasa ke semasa. kalo turn off, korang leh jimat space hard disk n kurangkn windows punya services. oleh itu, laju la pc korang. tp kalo turn off, korang dh xleh nk restore pc balik. bila kena virus, tpaksa la format balik. kalo nk off, wat cmni:right click my computer, pilih properties. tkan tab system restore, pastu tanda checkbox "turn off system.."


5. Disable Indexing Service


  • indexing adalah satu proses mengindeks la. proses ni ntuk mempercepatkan carian file bila korang guna Search. tp indexing service ni akan wat keja kat background n sdikit sbanyak wat pc kita slow (x rasa sgt pon sbnarnya). tp disebabkan kita nk pc kita laju ke tahap maksima, kita disablekan saja!

  • caranya, bukak my computer. right click kat drive c, pilih properties. pastu clear box "Allow Indexing Service... .". pastu tekan ok. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ignore all. ulang bnda ni ntuk smua drive yg ada.


6. Disable Windows Services yg xperlu


  • bila kita on pc, windows akan load smua services yg dh ditentukan oleh encik bill gates yg x ensem. malangnya, byk service2 ni yg lngsung x berguna pon pd kita. cuba korang tkan ctrl+alt+del. pastu pilih tab processes. brapa proses yg run kt pc korang? biasanya lbih 30. meh ikut tips aku ni. maybe pasni korang leh kurangkan smpai belas2 proses je.

  • pegi start menu, tkan run. taip services.msc pastu hit enter. nnti akan kuar la service window. cara untuk disable services adalah dgn double-click pada service tersebut n kmudian set "Disable" pada startup type. skarang jom kita disable services berikut:



  1. Alerter

  2. Application Layer Gateway Service

  3. Application Management

  4. Automatic Updates (Yg pakai windows ori, xyah disable pon xpe. Pndapat aku, disablekan saje)

  5. Background Intelligent Transfer Service

  6. ClipBook

  7. COM+ Event System

  8. COM+ System Application

  9. Computer Browser

  10. Cryptographic Services

  11. Distributed Link Tracking Client

  12. Distributed Transaction Coordinator

  13. DNS Client

  14. Error Reporting Service

  15. Fast User Switching Compatibility

  16. Help and Support (Kalau korang rasa kdg2 perlu servis ni ntuk selesaikan masalah, xyah disable)

  17. HTTP SSL

  18. Human Interface Device Access

  19. IMAPI CD-Burning COM Service (Disable hanya kpada korang yg mmg xde cd burner)

  20. Indexing Service

  21. IPSEC Services

  22. Logical Disk Manager

  23. Logical Disk Manager Administrative Service

  24. Machine Debug Manager

  25. Messenger (Sapa yg pakai msn messenger atau windows messenger, jgn usik bnda ni)

  26. Microsoft Office Diagnostics Service

  27. MS Software Shadow Copy Provider

  28. Net Logon

  29. NetMeeting Remote Desktop Sharing

  30. Network Connections (PC yg ada internet, jgn usik bnda ni)

  31. Network DDE

  32. Network DDE DSDM

  33. Network Location Awareness (NLA) (Yg guna wireless internet x digalakkan usik bnda ni)

  34. Network Provisioning Service

  35. NT LM Security Support Provider

  36. Office Source Engine

  37. Performance Logs and Alerts

  38. Portable Media Serial Number Service

  39. Print Spooler (Sapa ada printer, jgn usik!! nnti korang xleh print dah)

  40. Protected Storage

  41. QoS RSVP

  42. Remote Access Auto Connection Manager

  43. Remote Access Connection Manager

  44. Remote Desktop Help Session Manager

  45. Remote Registry

  46. Removable Storage

  47. Routing and Remote Access

  48. Secondary Logon

  49. Security Accounts Manager

  50. Security Center

  51. Server

  52. Shell Hardware Detection (Bnda ni kuarkan menu autoplay bila msuk cd/pdrive. Aku x disable)

  53. Smart Card

  54. SSDP Discovery Service

  55. System Event Notification

  56. System Restore Service (Sapa yg rasa system restore tu pnting, jgn usik)

  57. TCP/IP NetBIOS Helper

  58. Telephony

  59. Telnet

  60. Terminal Services

  61. Themes (Kalau disable, nnti theme pc jd mcm windows 98 atau earlier)

  62. Uninterruptible Power Supply

  63. Universal Plug and Play Device Host

  64. Volume Shadow Copy

  65. WebClient

  66. Windows Driver Foundation - User-mode Driver Framework

  67. Windows Firewall/Internet Connection Sharing (ICS)

  68. Windows Image Acquisition (WIA)

  69. Windows Management Instrumentation Driver Extensions

  70. Windows Media Player Network Sharing Service

  71. Windows Time

  72. WMI Performance Adapter

  73. Workstation



  • Lepas disable smua2 kt atas tu, restart pc korang. msti laju je nk start kan? pastu tkan ctrl+alt+del, pilih tab processes. skrg tgk brapa proses yg run? wah, sikitnya kan?? laju je pc tu kan?? Nanti bila nak shutdown pc tu pon korang akan pasan, dia off cpat je..

  • Untuk peringatan, korang dinasihatkan disable service2 di atas hanya jika pc tu mmg korang punya n korang sorang je yg pakai. Jgn jd gila wat kt pc ofis korang. Lagi satu, jangan bertindak terlalu bijak nak disable bnda selain yg dlm list kt atas melainkan korang tau apa korang wat. Kalo degil n pastu pc korang xleh on, aku hanya leh ckp PADAN MUKA!! Hihihi…


7. Rajin2 la defrag PC korang tu


  • kalo korang jnis slalu surfing, main game, download2 atau keja2 lain, file2 dlm hard disk korang will be fragmented. tu bermakna, masa ntuk mengakses satu2 file akan mnjadi lbih lama.

  • oleh itu, ringankanlah jari jemari ntuk defrag hard disk. caranya, pegi start menu - accesories - system tools - disk defragmenter. pastu defrag la smua drive yg ada.

  • kalo nk hasil yg lbih memuaskan, guna 3rd party software ntuk defrag. contohnya, perfectdisk, diskeeper, atau o&o defrag. smua software yg aku sbut tu akan mendefrag hard disk korang kt background scara berterusan. oleh itu, korang xpyh pk psl defrag2 dh. sbb diorang dh amik alih keja tu.


8. Get rid of virus, spyware, malware and ntah apa2 ware lagi


  • ni xpyh nk trang pnjg2. smua org tau virus n spyware ni jahat. oleh itu, aku cuma nk cdangkan antivirus n antispyware yg bgus.

  • aku dh try smua antivirus yg popular n wat skit research kt internet ntuk menetukan antivirus yg bgus. oleh itu aku recommend korang pakai salah satu antivirus berikut:



  1. NOD32

  2. BitDefender Plus/Pro (Sesetengah org susah update)

  3. Kaspersky Antivirus / Kaspersky Internet Security

  4. Avira Antivir (Free)

  5. AVG Antivirus (Pilihan terbaik ntuk yg free selain Avira)

  6. Avast! Antivirus

  7. Norton Antivirus (yg 2008 la.. yg lama berat gila seh!!)



  • ni lak senarai antispyware yg aku recommend lpas wat skit research:



  1. Webroot SpySweeper

  2. Trend-Micro Antispyware

  3. Ad-Aware

  4. Spybot Search & Destroy (Free)

  5. AVG Antispyware

  6. CounterSpy

  7. Spyware Doctor


9. Guna 3rd Party utilities


  • Kalo nak maksimakan lg perfomance pc/laptop korang tu, guna la software2 yg offer hundreds of tweaks ntuk kasi pc korang laju.

  • dengan software2 ni, korang leh tukar byk settings yg hidden. selain tu, kita leh clean hard disk, clean registry, defrag registry, optimize internet connection, n mcm2 lg yg leh wat pc korang cam bez.

  • berikut adalah software2 yg popular n aku recommend:



  1. TuneUp Utilities 2007

  2. Advanced System Optimizer

  3. System Mechanic

  4. WinXP Manager

  5. TweakXP

  6. TuneXP


10. X payah nak bunyi2


  • yg ni aku x wat la.. tp bg korang yg nk lajukan lg startup n shutdown leh ikut prosedur ni.

  • Pegi Control Panel - Sounds and Audio Devices - Sounds. pastu pegi kat "Exit Windows". Kat sound panel bawah tu, pilih (none). Ulang bnda ni untuk "Start Windows".


11. Disable Paging

  • Paging adalah backup kepada RAM yang disimpan di dalam hard disk ntuk menyimpan memori. Biasanya space yg dia makan mmg byk. Paging ni perlu sbb kalo RAM x mampu tampung program2 yg run, hard disk akan amik alih keja RAM melalui paging tu la. Tp kpada pemilik pc yg mempunyai RAM 1GB dan ke atas, paging ni xperlu pon sbb RAM korang tu dh ckup otai ntuk run byk program serentak. Cara nak cek saiz RAM adalah dgn right click on my computer, then pilih properties. Kat situ tgk la brapa memory korang. Kalo takat 128, 256 atau 512, abaikan je prosedur ni. Tp kalo lbih, jom disable paging file..

  • Caranya, right click on my computer then pilih properties. Tkan tab advanced, pastu tkan button settings yg dlm frame performance. Pastu tkan lak tab advanced. Pegi kat frame virtual memory, tkan button change. Highlight drive c, pastu tkan option no paging file. Then tkan button set kt sblah tu. Pastu restart. Byk free space korang leh gain pasni n mmg pc pon jd lg laju woo…


12. Change Boot Sequence


  • yg ni lak menentukan cmne pc korang start. biasanya, pc kita akan cari bootable disc dlu baru dia akan start. ni dh akan mkn sikit masa lbih kurang 2-3 saat ntuk pc kita start.

  • ntuk tukar bnda ni, masuk BIOS punya settings masa pc start. caranya, tkan F2 byk2 kali smpai msuk BIOS settings (skrin hitam atau biru). sesetengah pc kena tekan delete n bukan F2. tu bergantung la. pndai2 la korang carik apa yg patut ditekan. dlm BIOS settings tu, pegi "Advanced BIOS features" atau "Boot Sequence" atau "boot" atau something like that la. then disable CD/DVD ROM device atau pastikan hard disk diletakkan di tempat teratas. dah siap, pegi exit, pastu tkan save & exit.

  • kalo xdpt nk tangkap, xpyh buat yg ini. bahaya gak la kalo silap.


13. Disable Ports & Devices yg korang x perlu

  • xreti aku nak explain.. tp kalo korang wat bnda ni, ada la skit lg prubahan pd perfomance pc korang tu.

  • right click my computer, pilih properties. tkan tab hardware pastu tkan button device manager. kat situ, tersenarailah semua hardware dlm pc korang tu. kat situ, korang leh la righ click kt mana2 hardware yg xguna, pastu disable. mcm aku yg guna laptop ni, aku disable Generic CardBus Controller n VIA Compatible Fast Ethernet Adapter sbb aku guna wireless. xpyh la yg Ethernet Adapter tu.

  • kalo xtau sgt, xpyh usik..


14. Check Error

  • benda ni aku galakkan wat dlm sminggu skali atau at least sbulan skali. ia ntuk mencari n memperbetulkan error yg wujud dlm disk korang.

  • caranya, right click kat drive c, pastu tkan properties. pilih tab tools pastu tkan button check now. tanda box "Automatically fix... " pastu tkan start. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ok. ulang ntuk smua drive, pastu restart. biarkan windows check error dlm hard disk korang. bnda ni makan masa skit je..

credit by isuhangat

Mengenal Lelaki Melalui Zodiak

Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek
kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kanperasaannya. Jarang sekali
anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda
Tips utk memikat: COOL aje sis..nak tekel mereka bukan mudah..jgn
give in selalu..ajar sikit..mereka jual mahal..kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali..jual mahal..mahal jugak
sis..jgn mahal sampai terputus tali..melepas lah kau nanti...

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje..sentiasa berpakaian cantik,
glamer..comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org..so sbelum dia
tinggal kan kita..kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka makan belacan!

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its
true..Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib. .sebab nak
bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih
lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak
dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus.
Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg
mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang...
kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn
harap anda nak menang..dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya
Tipa utk memikat: Sabar aje lah..be patient. Sebagai perempuan, mengalah
lah sikit..lambat laun hati nya akan lembut jugak..Lelaki Gemini nie suka
pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya..kalau dah tak tahan dgn
mereka..blah aje jgn banyak cakap..mereka panas baran. Tak guna bertengkar
anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan
kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati- hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya...nanti habis duit
dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis,
kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi
kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Suka memberi
hadiah. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak
ego(jejaka leo memang gitu)...Kuat ingatan, so berhati2 didalam setiap kata2
dan perbuatan anda.
Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan
kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan
menghargai
setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn..saya ulangi..JGN bercakap atau memuji lelaki lain di
hadapanLEO. Mereka tak suka dibanding-bandingka n dengan org lain..mereka
tu sensitif dan kuat cemburu! Lelaki Leo ak suka berkongsi perempuannya
dgn org lain.



Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari
perhatian dari perempuan... .Sanggup melakukan apa sahaja utk memikat
perempuan yg kadang2 boleh memalukan perempuan tersebut.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh,sofisticated,
simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai
menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gayayang manis, kelembutan dan tak lupa
kesabaran..( virgo ceng'eng..kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming"..virgo
ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama
dia.

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)
Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to
quarrel tapi jujur dlm segala hal...Tips utk memikat: Senang aje..Libra suka
perempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urself
WARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupa
cover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingat
diorang nie semua hensem coz Samy Velu pon Libra jugak tapi tak hensem
pon...

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya..nak bergayut di talifon
berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga,
posessive.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana
bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi
warning)

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu..yoh..siapa dpt memang untung...Sagitarius org nya happy
aje..suka (bergembira tepok tangan sama2..la la la..) bawa partner
jalan2..sort of adventurous
Tips utk memikat: Sentiasa adakaplan bila nak keluar..tengok wayang ke?
anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan..i plan lah"..'confirm tak ada plan'.


credit by isuhangat

AbaNG sAm

"Kisah al kisah..............

Last year. Samy Vellu mendapat jemputan untuk merasmikan satu majlis rasmidi Perak anjuran Puteri Umno.


Majlis makan tengahari telah di sediakan, pada hari tu makanan yang disediakan oleh Puteri ialah kari daging. Sebab tengok kari punya lah pekat, makan pulak dengan nasi lembik panas2 disajikan dengan papodom sekali..... Samy Vellu apalagi pulon sampai 3 pinggan....Pastu.... dah masuk suapan terakhir tiba-tiba dia tanya pada ketua puteri nie

"Ini kari kambing sapa masak?"

Maka terkejutlah sang puteri

" Aisey Man. .. Datuk Seri...... I'm sooo sorry, Itu bukan kambing..... itu lembu"

"Haah!!! Apa you sudah buat!!!", "Saya tak boleh makan lembu" Samy terkezzuutt

"Habisss, macammana ni Datuk Seri.... I'm soo sorry" rintih sang puteri

Disebabkan kari tu terlalu sedap, tiba-tiba Samy pun menghabiskan suapan yang terakhir
sambil menjilat-jilat jari nya

"Eh! Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, kenapa Datuk Seri teruskan" tanya ketua puteri

"Takpa!! Tak pa, saya baru teringat.... . saya Hindu Hadhari.... boleh tukar itu law!!!!!"

Ikon di TV

Semua orang tau yg mawi ikon Astro..sebab Astro sendiri yg umumkan. Tapi CT ni walopon tb3 x umum secara rasmi sbg ikon...aku trasa yg tb3 ni sbenarnya dah jadikan ct sbg ikon nak lwn astro....sebabnya ct ni terlalu banyak bekerjasama & mcm membantu program2 tv3...seingat aku kerjasama erat ct ngn tv3 bermula mlalui program mentor 1 nthen mentor 2 (walopon time tu sbuk nk kawin tp ct ttp trima jd mentor)may b dah deal ngn tv3...n bermula dgn PC majlis kawin dia yg disiar live oleh tv3....sampai ke hr ni aku rs x putus2 muka ct muncul kt tb3

1)rancangan khas Tiada Rahsia disiar beberapa mgu menggantikan Majalah3

2) majlis akad nikah

3)persandingan kt KLCC

4)persandingan Kuala Lipis (sbelum majlis2 ni berlangsung mmg tb3 cover up habis-habisan mlalui kbanyakan program2 nya eg. WHI, MHI, Nona n majalah 3)

5)majlis2 ni jugak diulang tyg beberapa kali

6)lepas kawin CT kembali masuk Juara Lagu

7)menjadi juri mystars LG

8)rancgan SITI NURHALIZA MENCARI BINTANG PANTENE

9)Rancangan khas sempena 1st anniversary

10)Rancgn Detik kehidupan CT (hr raya hr tu)

11)telah muncul dlm hmpir kesemua program terbitan tv3. antaranya..
-jln2 cari mkn
-sebalik malam
-singgah sahur
-joget lambak bersama fara
-romansa raya
-setahun sekali
-nona, mhi, whi(memang lebih dr skali)

(ada yg tertinggal, sila tambah)


so, dari fakta2 ini aku secara peribadi mengiktiraf ct sbg ikon tv3

credit by fuiyoh

Friday, October 19, 2007

mona lisa

Visit JPEGr

Sialan Punya Gambar.hehe



Description Only

A funny picture of an Americanized Mona Lisa artwork with the famous painting redone
in a masterpiece humor pic and Leonardo da Vinci comedy photo.

Wednesday, October 17, 2007

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Berbanding Orang Asia?


From: Nasaruddin Abu Bakar

Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani

Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,

Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek.

Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.

Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan "MENURUT SAINS". Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah "Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ".

Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!


Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??

2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??

3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.

4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.

5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.

6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.

7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.

8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.

9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5' 11" atau lebih tinggi lagi.

Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
fuiyoh!!!
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.

Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.

Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.

Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5' 4". Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5' 11". Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengakaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.

Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5' 11' sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.

Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.

Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentinya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.

Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.

Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.

Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.

Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.

Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.

hmmm patut la aku tinggi lampai..aku ni jenis kuat makan roti laa.makanan segara aku roti laaa no roti no lifeee


Kajian Tentang Couple

Sebuah Kajian di Pusat Membelibelah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..


Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..


Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo.


Credit by Fuiyoh

Kaedah Tingkatkan Sperma

SPERMA dihasilkan dalam testikel pada kitaran tiga bulan sekali. Setiap sperma mempunyai satu ekor panjang untuk menolaknya bergerak ke depan. Daripada 500 juta sperma yang dikeluarkan ketika ejakulasi, kira-kira 200 akan sampai ke telur dalam tiub fallopian, tetapi hanya satu berjaya mensenyawakan telur berkenaan.

Bagi perokok, peluang mendapat 200 sperma yang berjaya mendekati telur mungkin rendah dan ia hanya dapat dicapai dengan berhenti merokok.

Selain itu, beberapa kaedah boleh diambil untuk meningkatkan kualiti sperma seperti:

Amalkan pemakanan seimbang. Jika tidak, disarankan ambil multivitamin supaya badan dapat cukup bekalan zink, selenium dan asid folik ? tiga mineral yang penting untuk penghasilan dan fungsi sperma. Multi vitamin juga mengandungi antioksidan seperti Vitamin C dan E yang melindungi sperma daripada kerosakan.

Kurangkan tekanan. Tekanan berpanjangan dan tidak diatasi akan mengganggu hormon diperlukan untuk penghasilan sperma. Jika anda mengalami masalah kesuburan, segera cari jalan mengatasinya kerana jika dibiarkan ia akan membuat anda lebih tertekan.

Bersenam selalu. Aktiviti fizikal bukan saja baik untuk kesihatan badan, malah dapat mengurangkan tekanan.

Kekalkan berat badan seimbang. Terlalu banyak atau sedikit lemak boleh mengganggu penghasilan hormon kesuburan.

Lindungi kesuburan dengan:

Jauhi bahan beracun.

Jangan merokok.

Elak minum minuman keras (alkohol merendahkan kuantiti dan kualiti sperma). Gabungan merokok dan minum minuman keras akan memburukkan keadaan dan merendahkan kesuburan.

Elakkan mandi sauna, mandi wap panas. Kajian menunjukkan berendam dalam air panas (40? Celsius) selama 30 minit boleh mengurangkan jumlah sperma.

Jangan duduk terlalu lama untuk memberikan suhu lebih sejuk kepada testis (sperma memerlukan suhu yang lebih rendah daripada suhu badan).

Berhati-hati dengan ubat yang diambil kerana kebanyakan ubat boleh mempengaruhi penghasilan dan kualiti sperma.

Kurangkan duduk atas permukaan keras. Jika terpaksa, bangun setiap 30 minit untuk merendahkan suhu pada bahagian berkenaan.

PAKAIAN ARTIS YG TAK KENA

Kebanyakkan Artis @ selebriti kat Mesia ni kadang2 tak menitikberatkan pasal penampilan...kekadang tu pakai baju yg tak bersesuaian dgn majlis...pada mrk sure dah cantik sgt le tu...apa taknya baju sponsor kan..bukan semua artis ya...segelintir sahaja...ramai gak artis/selebriti yg kadang2 tersilap pakai baju tak ikut majis mcm...contohnya mcm:-
Baju AC Mizal dan Emy Rosnaida mcm nak gi disko je..

Majlis yg sama spt di atas...Baju mrk berdua mcm pompuan keja kat Pub aje..
tunggu masa je nak terlondeh...kalau iya pun pakai le elok2 sikit..
Cam singlet pagoda laki aku je kat dalam tu...heheh

dah macam opera siam lak sekali pandang.


Terlalu bersantai... Begitulah konsep pelakon yang belum dikenali ramai, Anna Faris mengenai penampilannya ke anugerah MTV Movie Awards. Seluar pendek hitam yang dipadankan dengan baju tanpa lengan menampakkan dia bersahaja menghadiri anugerah tersebut
ala2 bintang hollywood gitu...(perasan dah cantik sgt le tu)

kurang kain kat kedai kot...ala2 langsir tak siap!

Hong Kong mali maaa...(konon2nya)

cantik sesgt le tu....






korang perasan tak baju kak ziana zeng dgn sherina ni sama...? sure baju sponsor!

comelnya.huhu


Credit by Fuiyoh

Monday, October 15, 2007

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan

Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:


- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa


- Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.


- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan
kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.


- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.


- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri!

Orang Gila Jadi bISU(rEnungkanlah wahai saudaraku)

Kira-kira tiga tahun lalu, anak buah saya sedang duduk di kedai saya bersama saya. Sebagaimana biasa, anak buah saya itu berbincang dengan saya banyak perkara mengenai Islam, dan dia selalu menemani saya berceramah ke serata negara. Satu perkara yang perlu saya catat di sini, dia juga selalu membawa Tafsir ke mana-mana, dan selalu membaca Tafsir Al-Qur'an bila saja ada kesempatan. Itu adalah satu perkara yang amat bagus untuk dia lakukan. Beruntunglah kerana ketika itu dia pun masih muda dan masih bujang.

Semasa duduk itu, dia telah membuka Tafsir secara spontan, kemudian dia bacakan ayat-ayat itu pada saya:

"Nabi Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya." (Surah Ali-'Imran 003:40).

"Nabi Zakaria berkata lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung). Allah berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi." (Surah Ali-'Imran 003:41).

Saya dan dia pun berbincang mengenai kekuasaan Allah, bahawa Allah berkuasa melakukan apa-apa yang pada adatnya dianggap mustahil oleh manusia. Hinggakan Nabi Zakaria a.s. (seorang nabi) pun bertanya kepada Allah sama ada dia boleh mendapat zuriat atau tidak. Tapi Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sedangkan Nabi Adam a.s. dijadikanNya tanpa ibu tanpa bapa. Sedangkan Nabi Isa a.s. dijadikanNya tanpa bapa, hanya ada Maryam, seorang gadis suci yang tidak pernah ternoda. Inikan pula jika masih ada ibu dan bapa, ianya amat mudah bagi Allah.

Tidak lama selepas itu, datanglah sepupu saya, Mansur (bukan nama sebenar, dia ini sakit jiwa, sejak berpuluh tahun lampau). Dia datang dari mana tidaklah saya perasan. Dia berdiri di pintu kedai, hampir dengan saya. Kemudian dia pun menggerakkan tangan-tangannya memberi isyarat yang berbagai-bagai. Saya pun tidak faham apa yang dia mahu sampaikan. Sebenarnya Mansur bukan bisu. Setiap kali dia datang jumpa saya, dia akan berkata "Nak duit RM10, aku nak makan." Perkataan itu sudah jadi 'trademark' dia bila saja berjumpa saya. Hinggakan pada satu hari, saya cuba berjenaka padanya. Bila saya nampak saja dia datang, saya pun terus berkata "Ha, eloklah kau datang, beri aku duit RM10, aku nak makan." Dia tergamam, dan pada hari itu dia tidak minta duit pada saya.

Berbalik pada Mansur yang tiba-tiba jadi bisu itu. Saya dan anak buah saya yang memperhatikannya sejak tadi hanya tercengang. Saya pun tidak bercakap sepatah pun, entah kenapa saya pun sukar untuk jelaskan. Kemudian saya pula beri isyarat tangan kepadanya, isyarat bahawa saya tidak faham apa yang dia mahu sampaikan. Dia beri beberapa isyarat lagi, kemudian dia berlalu dari situ. Saya masih tidak faham. Pada hari itu dia langsung tidak berkata "Nak duit RM10, aku nak makan." Malah sekelumit suara pun tidak keluar dari mulutnya.

Setelah dia pergi, saya senyum sambil memperhatikan anak buah saya. Dia terbeliak dan tangannya memberi isyarat tanda dia tidak faham apa yang sedang berlaku. Di masa itu barulah saya berkata kepadanya "Bacalah semula ayat tadi itu. Sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita bagaimanakah keadaan Nabi Zakaria ketika dia tidak boleh berkata-kata." Anak buah saya pun senyum kembali. Mungkin dia sudah faham.

Benarkah Mansur yang datang tadi? Wallahua'lam. Saya pun tidak periksa atau tanya pada Mansur adakah benar dia yang datang sebagai orang bisu itu sebab bila saja dia jumpa saya, dia akan berkata "Nak duit RM10, aku nak makan." Ini membuatkan saya fikir eloklah saya tidak bertanya. Tapi saya jadikan kisah itu sebagai kisah yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya. InsyaAllah.

BUKTI DARI SEGALA UFUK-UFUK

Bersyukurlah kita jika kita lahir dalam keluarga Islam dan terus hidup sebagai Muslim sejati hingga ke akhir hayat kita. Kalau kita lahir dalam keluarga bukan Islam, mungkin Islam ini agak jauh sedikit dari kita, dan hidayahNya lah yang akan membawa kita kepada Islam. Namun, kalau kita lahir dalam keluarga Islam, janganlah pula kita menjauhkan diri dari Islam itu sendiri, atau menjauhkan diri dari Al-Qur'an. Setiap masa kita perlu ingat pada Allah, setiap masa kita perlu fikir tentang kebesaran Allah dan mengakui kebesaranNya.
--
bukan senang nak senang
bukan susah nak susah

Kasut Tumit Tinggi Jejas Kesuburan Wanita

Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman

LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita."Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.
Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur."Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit."Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan
cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.

FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
Jejaskan peluang untuk dapat anak
Punca rambut gugur
Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

12 Barisan Di Akhirat

12 barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

Panjang-panjangkan lah....

Wednesday, October 10, 2007

Cara Mengenal Usus Babi

Oleh DI Tawau

"Logo Halal tidak semestinya menjamin barangan tersebut diperbuat daripada sumber yang halal. Pelbagai bentuk penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang tidak
bertanggung jawab. Sebagai pengguna Islam kita haruslah sentiasa mempelajari ilmu pemakanan, halal dan haram dalam Islam kerana setiap kita akan dipertanggungjawabkan kelak.

Bagaimana kita hendak mengenali sosej itu menggunakan
usus biri-biri, khinzir atau lembu. Berikut adalah
sebagai panduan sahaja daripada maklumat yang
diperolehi dari internet :

Sosej dari usus biri-biri - Saiz garispusat (diameter)
sosej kurang daripada 20 mm
Sosej dari usus khinzir - Saiz garispusat (diameter)
sosej antara 20 mm ke 36 mm
Sosej dari usus lembu - Saiz garispusat (diameter)
sosej lebih daripada 36 mm

Maha Suci Allah yang menjadikan saiz usus haiwan
berbeza-beza seperti mana kejadian kulit khinzir yang
bertompok tiga.

Kenalah bawa pembaris atau vernier caliper kalau nak
pergi pasaraya atau restoran makanan segera

Koleksi Lawak pendek

seorang guru bersoaljawab dengan murid dalam mata pelajaran sains.tiba-tiba murid bertanya soalan kepada guru.

murid:banyak-banyak burung, burung apa yang badannya dikaki, kepalanya dikaki, sayapnya dikaki, kakinya pun dikaki?

guru:mana ada burung yang macam tu.

murid:ada cikgu..burung kena pijak..

*****************************************************************************************

Disekitar awal tahun 90-an,daerah Setiu digemparkan dengan berita yang mengatakan orang meninggal, hidup balik.

Untuk mendapatkan kepastian tersebut,wartawan Ahmad Naem telah menemu bual seorang penduduk kampung yang tinggal di daerah tersebut.

Ahmad :Assalamualaikum pak cik...

Pak cik :Waalaikumussalam cu..

Ahmad :Saya Ahmad Naem dari Edisi Sia Sia,ingin menemuramah pakcik mengenai berita yang mengatakan orng meninggal hidup balik..

Pak cik :Ooo...memang benar sekali cu...setelah orang meninggal tersebut dikebumikan,maka orang yang hidup, balik ke rumah la....tak gitu.???

Ahmad :????????????

*********************************************************************************************

BANGLA

Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????

*******************************************************************************************


TEH
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

*********************************************************************************************


penjual roti
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari
motor rotinya dan masuk ke dalam
longkang..

Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..
Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..
dia terus merintih kesakitan.

Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..

"Ada apa encik..? Ada apa ?"

Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih
kesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."

OGY AHMAD DAUD VERSI JENNIFER LOPEZ


gAMBAR AKU AMBIL DRI FUIYOH NI.....
tgk sekali pandang pakaian J.Lo ni mcm og Ahmad daud la..
komen skit...Jgn Mare kak Ogy oi!
sape ada pic lg tempek la...yup setuju sgt2..... yg Ogy pakai skrg BUKAN tutup AURAT tapi TUTUP URAT jak....
sy lebih suka dgn Imej dia dulu2 yg warak n btudung litup.... punya la suka...sangka dia benar2 dh berubah scr total......

Malaysia Catat Sejarah, Angkasawan Pertama Malaysia Berlepas


BAIKONUR (Kazakhstan), 10 Okt (Bernama) -- Malaysia membuka episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia).

Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.

Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.

Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai Angkawasan Islam pertama yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari. Beliau berlepas di saat umat Islam berpuasa pada 28 Ramadan.

Di Malaysia, berjuta-juta rakyat menonton pelepasan itu yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588, dan beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Kong Cho Ha dan 280 pelajar sekolah.

Sebelum itu majlis berbuka puasa dan solat tarawih diadakan di situ.

Ketiga-tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan tiga ujikaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Okt ini.

Yang berada di sini untuk menyaksikan pelepasan angkasawan negara itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan kedua-dua ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.

Program angkawasan negara bermula pada 2003 apabila Russia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini walaupun Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara Kapten Dr Faiz Khaleed yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.

Roskosmos juga bersetuju semalam bahawa Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia.

Pada 13 Okt 2003, kerajaan secara rasminya membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama dengan sebanyak 11,267 orang memohon.

Selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lepas.

Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkawasan pertama Yuri Gagarin membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan.


Tahniah kepada Dr Muszaphar. Walaupun pelbagai tohmahan seperti pelancong Angkasa ( pernah keluar di isuhangat) , kita mesti terima hakikat bahawa Dr Muszaphar kerana jadi orang Malaysia,orang Melayu orang Islam Malaysia pertama pergi ke angkasa!

Kisah pokok semalu dan wanita moden

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Ucapan Selamat Hari Raya

Kepada sesiapa yang ketandusan idea ucapan selamat hari raya pada email , sms etc , saya bagi klu sikit ( update dari masa ke semasa) , jemulah dengar perkataan email/sms pengganti diri :) :

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======


________________________________




Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya
semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf
zahir dan batin....


Mohon maaf atas lisan yg tak terjaga....
Janji yang terabaikan....
Hati yang berprasangka & .....
Sikap yang pernah menyakitkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Selamat MeYambut Lebaran

Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Seperti sebuah perjalanan hidup,

semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.

Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..

hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

free sms Info dari PLUS!

* PLUS PREPARES FOR ‘BALIK KAMPUNG’ EXODUS

It’s all systems go as PLUS gears up for the anticipated “Balik Kampung” exodus this Hari Raya Aidilfitri holidays to facilitate better traffic movement and enhance its service level on the highway.

“PLUS Expressways is proactive and committed to helping users travel more safely, comfortably and effectively, especially during peak periods,” PLUS Managing Director, Noorizah Hj Abd Hamid told a media briefing on PLUS preparation in anticipation of Hari Raya exodus.

“PLUS Expressways is committed to giving customers value by ensuring that highway travel continues to be a safe and efficient mode of transportation,” she added.

INCREASE OF RESOURCES
Noorizah said that manpower on the mainline is increased by 50 per cent for the festive season. At toll plazas, all lanes are open and additional lanes increased by 30 per cent. At Rest and Service Areas (RSAs), a total of 320 staff is mobilized to assist in traffic management, she added.

“We are also deploying additional resources and initiatives to cater for additional traffic,“ she said. These include:
• Aerial Traffic Surveillance
• Emergency Response Teams will be stationed at strategic locations along the highway
• More PLUSRonda Teams
• Toll Plaza Operations
• HQ Reserve Unit
• Customer Service Centres
• Touch ‘n Go Top up lanes

ADDITIONAL THIRD LANE
For journey to the South, full third lane on both bounds has been opened to traffic between Seremban and Ayer Keroh. On the northern section, the third lane from Tanjung Malim to Rawang, which is on southbound, is also opened.

CONTRA FLOW
To facilitate a smoother traffic flow heading to the north between Rawang and Tanjung Malim, full 3-lane for Northbound traffic will be provided whereby a contra flow will be activated between KM445.55-KM402.25, on the North-South Expressway from 3:00 pm (10 October). The Contra Flow will be deactivated at 12:00 am on 14 October to provide normal 3-lane for Southbound traffic on their return journey.

TRAVEL TIME ADVISORY
PLUS in joint collaboration with the Malaysian Highway Authority (MHA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) and AMP Radio Networks has issued the Travel Time Advisory for the Hari Raya holiday season in view of the increase in traffic.

Noorizah said, “The Travel Time Advisory is to cater for the traffic during the upcoming long holidays. The objectives are to encourage Klang Valley residents to travel at advised times for both outward and return journeys and also to promote safer and efficient traffic flow in order to reduce congestion during peak period travel.”


CUSTOMER CONVENIENCE/COMFORT
For the convenience and comfort of highway users, additional facilities such as toilet, surau and parking are provided at 8 Rest & Service Areas and 9 laybys.

All facilities at our Rest & Service Areas and laybys are open 24 hours a day. In addition, free coffee is provided at all Petronas stations at the Rest & Service Areas as well as at the following laybys:

• Ladang Bikam (Northbound)
• Simpang Pulai (Northbound)
• Senawang (Southbound)
• Kampung Bemban (Southbound)



INCIDENT MANAGEMENT
Additional standby machinery such as cranes and tow trucks have also been provided at certain locations to enhance response time in the event of any incidents or accidents. This is further supported by joint operations with Polis Di Raja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam 3, Persatuan Bulan Sabit Merah and St John Ambulance.


PLUS TRAFFIC INFORMATION

1) PLUSLine – 24-Hour Service

For information on Travel Time Advisory, Rawang-Tanjung Malim Contra Flow, latest traffic updates and any other assistance, users are advised to call the 24-hour toll free line at 1800 88 0000.


2) Info Traffic via Radio

PLUS is also collaborating with AMP Radio Network for more efficient dissemination of traffic information to the users. The radio stations involved include ERA, MY FM, hitz.fm, MIX fm, LiteFM, SINAR, Xfresh, THR Raaga and THR Gegar.


3) PLUS Mobile Alert (PlusMA)

In addition, to enable highway travelers to enjoy an informed journey, PLUS is also introducing the PLUS Mobile Alert SMS service. Through the service, a total of 4 million free SMS on the latest traffic updates on the NSE will be offered to highway users on 11, 12, 15 and 21 October.
To receive a free SMS on the latest traffic situation on the NSE, users can simply :-

Type ON(space)PT1/PT2/PT3/PT4 and send to 33626.

• PT1 refers to the journey from Kuala Lumpur to the North
• PT2 refers to the journey from Kuala Lumpur to the South
• PT3 refers to the journey from the North to Kuala Lumpur
• PT4 refers to the journey from the South to Kuala Lumpur

credit by isuhangat