Showing posts with label Malaysia dan Melayu Boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia dan Melayu Boleh. Show all posts

Thursday, June 5, 2008

Filem P.Ramlee kutuk UMNO?



Watch and listen carefully what Sudin said in Bujang Lapok! hahaa
He talked about UMNO.

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh minyak! Pak Lah Oh Pak Lah!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi kuasa memerintah kepada kerajaan BN pada PRU pada 8 Mac yang lalu.Tahniah diucapkan.!!
Pada hari ini,kerajaan BN telah membalas jasa dan budi baik anda semua dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus..! Tahniah lagi sekali!.

Saya amat berharap rakyat Malaysia terutama pengundi BN dapat menerima hakikat ini dengan dada dan hati yang terbuka.Kerajaan benar-benar menghargai anda dan telahpun membalas jasa anda dengan meningkatkan bebanan hidup terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Pada pendapat saya,inilah hadiah paling istimewa yang diberikan khas untuk rakyat Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional.Inilah yang mereka dapat setelah berkorban dengan mengundi BN.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.


Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.


Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.

Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.


Kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.


"Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.


"Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.


Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.


Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

P/S:HAHAAHA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!! HADIAH TERISTIMEWA BUAT SELURUH WARGANEGARA! ANWAR! BANTULAH KAMI!

XMRKAYX


Wednesday, April 30, 2008

Hanya Islam sebagai penyelamat Ketuanan Melayu - Presiden PAS





KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politik terkini dalam negara. Image

Kata Ustaz Hadi, ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

"Yang menyelamatkan Melayu adalah Islam iaitu agama bagi orang Melayu. Melayu tak dapat menyelamatkan melayu.

"Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab proinsip keadilan Islam yang menyeluruh,"jelasnya.

Katanya, merujuk kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menyelamatkan bangsa Arab dengan falsafah atau peraturan bangsa Arab tetapi dengan agama Islam.

"Semua amalan jahiliyah dan kezaliman Arab mesti dihapuskan dan begitu juga dengan jahiliyah Melayu sesama bangsa yang lain mesti diketepikan," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan di ruang lobi Parlimen sejurus selepas menyertai sesi perbahasan pagi tadi. Image

Ustaz Hadi adalah antara ahli Parlimen yang ditunggu oleh para wartawan dan menjadi tumpuan ramai termasuk tidak lepas daripada lensa kamera yang merakam suasana Parlimen hari ini.

Sebelum soalan diajukan Ustaz Hadi telah disapa secara ramah oleh bekas Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu yang secara bersahaja berkata kepada Presiden PAS itu,"Saya sudah orang biasa."

Dalam sidang dewan tadi Ustaz Hadi turut mengemuka soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu kecekapan perancangan kerajaan dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

Sidang Parlimen hari ini yang menyaksikan kesemua ahli Parlimen memenuhi ruang dewan dan menjadi tumpuan orang ramai khususnya pihak media yang sejak dari awal pagi sudah mula 'berkampung' di sekitar bangunan Parlimen bagi menyaksikan 'kehangatan' suasana sidang yang ditunggu ramai.

Dalam pada itu Ustaz Hadi mengulas janji kerajaan yang akan bekerjasama dengan pembangkang untuk menangani masalah kenaikan harga barang yang menyulitkan rakyat.

"Kita menerima cadangan tersebut dengan sikap positif. Kita pernah meyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sewaktu zaman Tun Mahathir.

"Banyak buat keputusan dan resolusi yang bernas tetapi malangnya tak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan PAS keluar daripada MPEN," katanya.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan mengambil pengajaran daripada kelemahan MPEN untuk membuat suatu pembentukan atau jawatankuasa yang berbeza untuk menghadapi cabaran terkini.

Beliau sempat ditanya berhubung isu hak keitimewaan orang Melayu yang dilihat semakin terhakis akibat situasi politik negara yang sudah berubah.

"Hak keistimewaan Melayu bergantung kepada kedudukan orang Melayu sebagai golongan yang miskin dan dalam masa sama kita tak boleh mengabaikan kaum lain yang miskin.

"Sekiranya kedudukan orang Melayu sudah berubah, maka orang Melayu tidak boleh mengatakan berhak atas segala-galanya dan mengenepikan orang lain," katanya dan menyatakan bahawa masa depan orang Melayu terletak kepada satu kuasa politik sahaja iaitu Islam. - mks.

Friday, April 11, 2008

Apa hobi orang melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Saturday, March 15, 2008

Inikah Imam Hadhari?



Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa.Tetapi ini sebagai renungan bagi kita.Pak Lah sibuk memperkenalkan Islam hadari la,ape la..Tapi inikah prinsip islam hadari.Sama2 kita fikirkan.

Saturday, March 8, 2008

Siapa kata kelantan mundur?



Sapa cakap kelantan mundur? kalau tengok berita celaka kat tv3 tu memang kene kencing la nampaknya.Kelantan sebenarnye jauh lebih baik dari apa yg dikatakan oleh kerajaan.Then,yg kerajaan gembar gemburkan Terengganu makin maju dan baik adalah pembohongan semata2 kerana Terengganu nampaknya semakin teruk.Bahkan pemuda pemudi semakin teruk masalah sosianya! Nampaknya BN menguasai Terengganu! Ini mungkin kerana rakyat lebih rela berhibur di dunia daripada mendapat syafaat di akhirat kelak! waallahualam

We can say that Opposition "KALAH BERGAYA"

Nampaknya memang teruk penangan pembangkang kali ini.Pembangkang dah berjaya bentuk kerajaan di penang,perak,selangor, dan Kedah.Then,cuba tengok,kt KL pon majoriti utk parlimen berpihak kpd pembangkang! Thats show us Pak Lah dah gagal!BN dah kalah teruk. Actually,yang memenangkan Pak Lah ialah Sabah dan Sarawak semata².Ini mungkin juga disebabkan faktor geografi .Disebabkan banyak kawasan di ke dua² negeri tersebut.Pendundinya tidak mendapat maklumat yang betul.Thats means mereka masih jahil dan masih berpaling tadah.Hanya disebabkan kejahilan pengundi,BN masih berkuasa.Lojiknya di sini,andai kata Dolah ingin menjadi PM,beliau hanya layak menjadi PM di sabah n sarawak kerana kedua² negeri ini sahaja yang menyokongnya tidak berbelah bagi,haha...Tapi aku sedih la kat Terengganu.Apa nak buat kan? Takper la..Tapi cuba korang tengok,kebanyakkan di Bandar² BA telah menguasai.Yang tinggal kebanyakkan orang di kampung²....Yang pastinya,even opposition gagal untuk membentuk Kerajaan! Tapi,semua orang puas hati.Pembangkang Kalah bergaya! BN dan Down...Tu pendapat aku sebagai observe! Tak menyebelah kepada mana²..

Sekian.........

Tuesday, March 4, 2008

Fikir-fikirkanlah 'Dacing Akhirat'

Beberapa hari menjelang pilihan raya 8 Mac ini, dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Dacing berimbang atas kayu ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka. Tetapi kenapa dacing 'kuno' ini membiak subur akhir-akhir ini?

Subuh-subuh buta, keluar saja dari rumah untuk ke masjid, sudah nampak dacing. Malah dalam rumah pun, ceritanya tidak lain daripada dacing, dacing dan dacing. Radio cakap pasal kebaikan dacing. TV pun cakap pasal dacing. Malah apabila membuka saja komputer, lambang dacing tertera di skrinnya.

Bermotosikal untuk ke tempat kerja, sepanjang laluan nampak ribuan dacing. Di tepi sekolah, di tembok masjid ada dacing. Batang pokok pun tak selamat daripada ditampal dacing.

Sebut saja dacing, tidak salah untuk kuncu-kuncu pejuang dacing ini pasang lambang di bangunan awam, malah billboard (iklan besar di tepi jalan raya) juga terpampang gambar pemimpin dacing.

Beli akhbar dan baca berita, hampir semuanya pasal dacing. Ada iklan dacing. Pendeknya, di mana-mana saja ada dacing. Cerita akhbar, TV dan sebagainya berkisar kepada dua perkara saja. Satu dacing baik. Kedua, yang selain dacing, semuanya jahat-jahat belaka.

Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, penulis cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN TIDAK PERCUMA.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada anak di sekolah. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri. Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing yang timbangannya MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, TIDAK BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING) ANGKAT SENDIRI!

Ingatlah masa manusia itu hanya ada tiga – SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Semalam adalah sejarah. Hari ini buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Esok (termasuk tanggal 8 Mac) belum tentu. Entah-entah esok sudah berada di alam barzakh. Jadi usahlah difikirkan sangat dacing di dunia ini, fikirkanlah dacing di sana. Itulah jalan selamat di dunia dan akhirat.

BN guna penari separuh bogel utk tarik pengundi!



Apa la dorang ni kan? dah terdesak sangat ni..tahun ni lingkup la..Lingkup!

Friday, February 1, 2008

Faizal mula jalani hukuman!

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Penyanyi Faizal Tahir yang dihukum melakukan kerja-kerja amal oleh 8TV selepas mencetuskan kontroversi kerana membuka baju pada konsert anjuran stesen televisyen itu, mula melaksanakan hukuman tersebut hari ini.

Sebagai permulaan, Faizal, 30, melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar rumah kebajikan Asrama Darul Falah kendalian Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini.

Bagaimanapun, penyanyi rock itu tidak menganggap kerja-kerja amal dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu sebagai sesuatu yang sukar.

“Saya tidak anggap ini sebagai kerja amal kerana saya sudah biasa melakukan kerja-kerja seperti ini apatah lagi saya berasal dari kampung.

“Cuma sudah dekat setahun saya tidak melakukan kerja-kerja seperti ini, apa pun kerja-kerja sebegini bagus untuk mengingatkan atau menginsafkan diri sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


FAIZAL Tahir (dua dari kiri) melakukan kerja-kerja amal sebagai hukuman gara-gara insiden ‘buka baju’ yang dilakukannya dengan melakukan pembersihan di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.



Pada sesi menjalani hukuman itu, Faizal bersama para penghuni Asrama Darul Falah melakukan kerja-kerja pembersihan dan menanam anak pokok di sekitar rumah kebajikan tersebut.

Meskipun akur dengan hukuman melakukan kerja-kerja amal selama enam bulan itu, bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 3, dan Siti Raudhah Nur Iman, 1, tidak menafikan kritikan dan berita yang disiarkan menerusi media massa lebih memberi pengajaran kepadanya.

“Selama lebih kurang dua minggu pihak media massa termasuklah para peminat telah banyak memberi kritikan kepada saya.

“Saya anggap itu merupakan suatu pengajaran yang paling bermakna kepada saya. Ia benar-benar menginsafkan saya,” ujarnya yang juga finalis pertandingan One In A Million.

Namun katanya, pada masa yang sama masih ada pihak yang memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya dalam meneruskan perjuangannya sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

“Syarikat DC Super Heroes yang mengedarkan pakaian jenama watak-watak super hero seperti Superman melanjutkan kontrak saya sebagai duta mereka selama setahun.

“Selepas ini saya akan terus aktif seperti biasa termasuklah mencipta lagu-lagu baru dan menumpukan kepada Studio Aku.Muzik.Kamu yang terletak di Damansara,” katanya.

Faizal akan menjalani hukuman dengan menjalani kerja-kerja amal di Rumah Amal Cheshire, Selayang, Selangor pada 6 Februari ini.

Kerja-kerja amal tersebut diaturkan oleh pihak pengurusan Faizal iaitu 8 Unit, 8TV dan syarikat rakaman yang menaunginya, Monkey Bone Records.

Selain hukuman daripada stesen televisyen yang menjadi tempat beliau bernaung, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menggantung rancangan siaran langsung berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Keputusan itu dibuat selepas stesen 8TV gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan semasa konsert siaran langsung ulang tahun keempat stesen televisyen terbabit pada 13 Januari lalu yang menyaksikan Faizal menyanyi tanpa memakai baju.

utusan.com.my




Saturday, January 12, 2008

Bangunlah wahai melayuku!

Ape nak jadi ngan orang melayu ni.Tak sodar² lagi ker? Pilihanraya kali ni,kalu x sodar aku tak tau la! Pikir sendiri la.Sejak Pak Lah pegang ni,mcm² mende jadik! Pikir la.! Gunakan akal dan fikiran korang tu! Pastu barang naik,itu naik,ini naik.tol lagik.! X tension ker? Isyh,tak paham aku.Pastu Islam hadhari konon.Islam hadhari ape klu biarkan rakyat khayal debgan hiburan especially anak² muda!!! Kalau ade ape² majlis mcm new year or ape sje la! Msti ade konsert!! Mcm kalau xde konsert,x sempurna sesuatu majlis!

Itu ker dinamakn Islam Hadhari? Then,tgk la,klu ade sambutan tahun baru ker ape..biarkan je anak² muda dgn hiburan! Pagi² kita akan lihat mcm² la seperti tin arak,kondom,coli,sudar dalam.aku cakap siyes ni.korang pn msti tau hal ni kan! Xyah ckp la mende ni! Sibuk sini sana melaungkan n megah²kn islam hadhari.! Tapi bini sendirik x bertudong! Pikir la wahai saudara2ku! Bangunlah!

Hapuskan Sekular!

Wednesday, December 26, 2007

Budak Sekolah Sekarang!

Wednesday, November 21, 2007

Forum Lucah Malaysia

Bilakah agaknya pihak polis/kerajaan/media akan membongkar isu ini?, di bawah ini aku sertakan salah satu info utk siasatan:
Admin Web lucah:

Nama laman: 18sx
Sebenarnya aku ada nama penuh dia dan akaun maybank dia tapi da hilang.Siapa yang ada info pasal dia tolong tinggalkan komen anda dibawah.

Web ini benar2 menghina islam, mereka mencampuradukkan bahan2 agama & bahan2 lucah,
kebanyakkan gambar2 atau video lucah org melayu sendiri!

Monday, October 1, 2007

Transformer Made In Malaysia

Gambar ni aku jumpa kat blog kennsia.memang smart la..aku respek sape yg edit gambar ni..korang tengok la sendiri!!!