Friday, March 14, 2008

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB


Masa BA buat Perhimpunan Halal
bilangan Perserta tunjuk perasaan Utusan Msia tulis 500 atau 1000 saja
kalau Umno/BN bikin sudah ramai woo!! 3000 worang juga.

"HIDUP UMNO/BN KERANA RAMAI JADI PENGAMPU"

berita:

3,000 Menyertai Perhimpunan Haram Bantah Hapus DEB di P. Pinang

Oleh: WAN NAJIB WAN DAUD


BANTAH...Sebahagian daripada ahli UMNO dan pelbagai NGO di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman berhampiran bangunan Komtar, semalam, sebagai membantah tindakan kerajaan baru pimpinan DAP mahu menghapuskan amalan DEB.

PULAU PINANG 14 Mac – Kira-kira 3,000 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan penyokong UMNO menyertai perhimpunan aman di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP yang mahu
menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri ini.

Perhimpunan pada pukul 2.30 petang itu bermula di pekarangan Masjid Simpang Enam berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Ia berlangsung selama sejam
dan tamat setelah disuraikan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira pukul 3.30 petang.

Hampir 300 anggota polis berpakaian seragam dan preman ditugaskan mengawal pergerakan orang ramai di situ. Polis merampas beberapa kain pemidang yang dibawa oleh peserta perhimpunan tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum En. Khairulnaim,

Nampaknya En. Khairul sebenarnya amat benci UMNO dan BN.

Boleh saya tahu kenapa?

Adakah kerana En. Khairul mahu melihat bumiputra tersungkur di negara asal mereka?

Adakah kerana En. Khairul suka melihat bumiputra dengan bumiputra bergaduh sesama sendiri?

Untuk makluman En. Khairul, saya bukan penyokong BA atau BN.

Saya tertanya-tanya kenapa Melayu yang merupakan bumiputra dan Islam berpecah-belah?

Ini umpama "jong pecah, yu kenyang".

Pecahnya perpaduan bumiputra akan menyebabkan anasir luar berpesta kerana mereka berjaya mencapai impian mereka.

Apa impian mereka? Fikirlah sendiri.