Wednesday, June 4, 2008

Petrol naik 78 sen, diesel RM1

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.




Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Penstrukturan baru itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadir di sidang akhbar tersebut berkata, kerajaan dijangka membelanjakan kira-kira RM18 bilion subsidi setahun.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'trak pick-up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 03Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.

Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.

Bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Bayaran ini ditunai dalam bentuk kiriman wang (money order) di pejabat Pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kabinet memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut, berkuatkuasa 1 Jun.

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

Bagi motosikal persendirian berkapasiti enjin lebih 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Perdana menteri juga mengumumkan struktur subsidi bagi minyak diesel dan tarif elektrik.

Menurutnya, melalui penstrukturan semula subsidi bagi semua bahan tersebut, kerajaan dijangka menjimatkan RM13.7 bilion.

Perdana menteri berharap orang ramai tidak akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga tersebut.

Katanya, kos petrol dan barangan telah meningkat secara drastik, maka subsidi terpaksa distruktur semula.

"Insyaallah, saya harap rakyat tidak akan mengadakan demonstrasi," katanya merujuk kepada bantahan terhadap kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.



Video keadaan di sekitar bandaraya.





Credit to malaysiakini

Harga petrol naik mendadak.

Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel - RM1



AdOi!Lemau betul..harga petrol naik gegile.Pak Lah memang buat keje giler.Ini la padah.sume sayangkan BN kan? xper la,teruskan...(Cepat² la Anwar.tlg la)
Jgn sampai jadi macam Mexico,rakyat kalau miskin jadi papa terus...Pak Lah melampau,zaman Mahathir,walaupun dia macam tu,xde la sampai macam ni.Ga***** betul.
HIDUP UMNO! HIDUP BARISAN NASIONAL! HIDUP PAK LAH HANG!


KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Credit to Harakahdaily

Sunday, June 1, 2008

Cara membezakan restoran mamak dengan hindu

Buat Duit Main Myspace



Kadang² kita komfius juga nak membezakan antara restoran mamak dan hindu.Ditambah pula terdapat kes peniaga restoran hindu menyamar kononnya mereka india muslim utk keuntungan mereka semata-mata.Ni aku ada jumpa satu artikel yang menarik.





Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging รข€“ "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..

Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.

Anda boleh cuba di tempat anda!

Credit to afyan.com

Tentera Diraja Arnab

Buat Duit Main Myspace




Wah! Hebat x hebat? Puak arnab sedang berperang untuk mendapatkan carrot.

Mata Lelaki

Buat Duit Main Myspace




Cuba tengok ni? Nama pun lelaki nak buat macam mana.hahaha

Iman Sihat otak cerdas

Buat Duit Main Myspace



LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
6) Memakan daging yan g tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yan g sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis .

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak
3) Makan banyak.
4) Banyak bersetubuh.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Banyak bersetubuh.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yan g dibubuhkan ke dalam air sejuk (air masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minu man ,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minu man itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi / sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum minu man atau memakan makanan yang bercampur semut.
5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


Credit by isuhangat

Saturday, May 31, 2008

Noh Hujan



Pendapat aku di sini,beliau sungguh bapok.Ape pendapat anda semua?



Credit to alalalan.com

Friday, May 30, 2008

Abonation Sound



Jom layan sound dorang yang agak harmony! Cheers!

tukar link address

Salam kepada semua pelawat blog ni.

Blog ni akan bertukar link.Tetapi tidak dapat dipastikan nama tersebut dan akan diberitahu kelak.Sekian

Jin dan cokenya!


Gambar ni agak menarik bagi aku.Kawan aku edit.Amacam?

Pada korang yang nak knal beliau sila g ker myspace beliau di
http://myspace.com/muzikzmania

ANWAR SAID:EZAM GAVE UP WITH PKR STRUGGLE.

PKR's de facto leader Anwar Ibrahim today said that his former political secretary Ezam Mohd Nor re-joined Umno on his own personal wish after having long discarded the PKR struggles.

P/S:HE THINK HE'S SO GOOD?

Model Coca Cola Terkini



Hahaha..apa suda jadi? kalau macam ni.Gulung tikar syarikat coca cola.haha