Friday, October 26, 2007

Bahaya Kentut

Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak

masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan

Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan

laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai

bahaya kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit

kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis

dan sakit jantung.

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati

disebabkan kentut dan ramai lagi menderita penyakit

serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan

itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat

Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya

merosakkan kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap

tahun kentut menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250

kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit

telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur,

kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.

Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23

kali sehari.

Moral of the story : Elakkanlah kentut merata-rata.

Ingatlah orang-orang yang tersayang!!

0 comments: