Sunday, May 11, 2008

Perkauman...

sentimen yang berbau perkauman selagi dimainkan oleh kepimpinan UMNO untuk memastikan survival politik mereka, setelah dibelasah oleh tsunami politik PRU12 sehingga nyawa2 ikan.


isu ketuanan melayu sekali lagi disalakkan setiap hari di seluruh media yg dikawal mereka.digambarkan bahawa seluruh umat melayu akan lenyap di mayapada ini jika umno berkubur.diberi gambaran bahawa umno seolah olah adalah parti dari langit yg mebawa wahyu untuk mejaga kepentingan melayu.tanpa UMNO, digambarkan bahawa seluruh umat melayu, akan terhapus sama sekali di alam maya ini.


inilah yg secara halus dimainkan oleh kepimpinan umno demi memastikan survival politik mereka.satu cara kotor lagi mengotorkan yg saban hari diasak kealam minda rakyat.


benarkah dakwaan mereka bahawa hanya umno yang mampu merpertahankan melayu?benarkah melayu akan terhapus jika umno dihumban ke liang lahad?

jika diamat amati, semua kaum dimalaysia ini mampu hidup dengan rukun dan damai jika pemikiran mereka tidak diracun oleh segelintir pemimpin yg dengan sengaja memainkan sentimen perkauman supaya 3 kaum utama di malaysia tidak bersatu padu.jika berlaku penyatuan yg jitu dan padu antara 3 kaum utama ini, nescaya akan lenyaplah seluruh kepimpinan yg korup ini. demi memastikan kelangsungan bagi satu sistem yg berat sebelah, maka pemecahan kaum yg berasaskan "divide and rule" perlu dilaksanakan supaya kesinambungan pemerintahan korup dapat terus bertahan.



hujah yg mengatakan bahawa semua kaum dapat hidup harmoni, adalah satu kenyataan dan bukan retorik semata.perhatikan didalam sukan, beratus ribu kaum melayu menjadikan soh chin aun sebagai idola sukan mereka, beratus ribu kaum china meminati mendiang r arumugam, baratus ribu kaum india yg menyanjung shukur saleh.kita juga tanpa mengira warna kulit bertempik sorak sehingga hilang suara sewaktu regu badminton chong tan fook/lee wan wah menentang regu indonesia.semua rakyat malaysia bermegah apabila malaysia menang didalam pertikaian isu pulau sipadan denga indonesia.seluruh rakyat malaysia berdoa kita akn menang juga dalam isu batu putih dengan singapura.ini semua antara hujah, bahawa seluruh rakyat malaysia sebenarnya memang mampu bersatupadu dan mati demi negara malaysia, kerana inilah bumi yg dipijak, disinilah langit yg dijunjung.



tetapi semua ini, dirosakkan oleh segelintir poliTIKUS yang berfahaman sempit yang tidak mampu berdiri atas keupayaan sendiri, maka satu satu isu perlu dicetuskan supaya mereka kelihatan diperlukan.



alangkah indahnya jika malaysia dipimpin oleh pemimpin yg berwawasan dimana, seluruh rakyat malaysia mampu berbahasa melayu dengan baik, mampu mengusai bahasa cina dengan lancar dan mampu bertutur bahasa tamil dengan sempurna disamping dapat memahami berbagai bagai bahasa kaum seperti iban, kadazan dan lain2.



adakah satu dosa besar jika kita mengetahui dan mahir selain dari bahasa ibunda kita?kenapa dimainkan sentimen dan dipisahkan seolah olah bahasa melayu wajib manakala bahasa bahasa lain seakan akan dipinggirkan secara halus dan terancang?semua ini tidak lain dari supaya kaum2 lain membenci kaum melayu dan penyatuan yg sepatutnya telah lama berlaku, tidak akan berlaku.maka hiduplah kaum kaum ini secara terpisah dan mementingkan kaum masing2 sahaja.



dikalangan kaum melayu pula, seringkali digambarkan dan terus diceritak secara turun temurun, bahawa kaum cina adalah komunis, sedangkan hakikatnya, beribus kaum cina yg berkihidmat sebagai SB sewaktu era dharurat demi memastikan keamanan malaysia terjamin.beratus juag yg turut terkorban demi menjamin malaysia terus aman dari ancaman komunis.



semua prasangka buruk ini haruslah dibuang terus dari minda seluruh rakyat malaysia jika kita ingin memastikan malaysia berdaya juang dalam menempuh era globalisasi yg kian terbuka dari ancaman pihak luar.siapa jua yg terus memainkan sentimen perkauman tidak harus dibiarkan berleluasa dalam menjalankan agenda jahat mereka.malaysia yg harmoni yg merangkumi seluruh kaum tanpa mengira warna kulit dari perlis hingga ke sabah perlu diujudkan dengan kadar segera demi menjamin kedaulatan dan keamanan terus utuh.



ingatlah, walau apa warna kulit, apa pegangngan agama sekali pun, inilah tanah air kita yang disini kita hidup dan disini juga kita akan mati.


Sumber : mYspace seseorang yang namanya dirahsiakan.

0 comments: