Saturday, May 3, 2008

Yahudi Di Malaysia




Orang pertama yahudi datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke George Town. Semasa perang dunia ke 2, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di George Town dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di George Town bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di George Town. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di George Town dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.Maklumat di atas menunjukkan komuniti yahudi telah lama wujud di Malaysia.Namun,ramai yang tidak mengetahuinya.Di Pulau Pinang,terdapat sebuah tanah perkuburan yang dapat dilihat sehingga kini.Ia terdapat di Yahudi Road yang kini Jalan Zainal Abiddin.


sumber maklumat:Wikipedia.

0 comments: